Ange Postecoglou dan Roy Keane memberikan penilaian pedas mereka terhadap England selepas seri dengan Slovenia.
Skuad kendalian Gareth Southgate dilihat sudah pasti menentang Belanda atau pasukan tangga ketiga Kumpulan E pada hari Ahad selepas mengungguli Kumpulan C.
Mereka mengesahkan tempat di peringkat kalah mati dengan dua seri dan satu kemenangan – dua seri yang dicatatkan mengecewakan yang membimbangkan ramai penyokong England.
Jadi, apakah yang mesti mereka lakukan untuk berjaya? Selepas wisel sepenuh masa di Cologne, pengurus Spurs, Ange Postecoglou berpendapat bahawa England harus mengabaikan pengkritik dan fokus semata-mata pada perlawanan hadapan.
“Adalah lumrah bagi pemain untuk berasa sakit hati apabila kritikan datang kepada mereka,” kata Postecoglou kepada ITV.
“Tetapi jika mereka mahu memecahkan kitaran itu, anda tidak boleh mengulangi apa yang berlaku pada masa lalu. Gary [Neville] berkata sebelum ini. Mereka telah melaluinya sebagai pemain sendiri. Tidak ada gunanya memikirkan apa yang berlaku 10, 15 atau 30 tahun lalu , itulah yang berlaku kepada mereka sekarang.”
Postecoglou juga menyarankan agar Gareth Southgate untuk lebih berani menggunakan pemain muda yang ada padanya selepas Kobbie Mainoo dan Cole Palmer mempamerkan aksi cemerlang pada babak kedua mereka menentang Slovenia.
Postecoglou menegaskan apa gunanya membawa mereka ke kejohanan major jika takut mereka akan dikecam? Inilah masanya untuk mendedahkan mereka kepada aksi sebenar.
“Saya tidak fikir mereka [pemain muda] memerlukan perlindungan,” katanya. “Mereka hanya perlu dihantar sahaja ke luar sana.”
Dia menambah: “Ia sentiasa sukar dengan pemain muda… sifat anda sebagai jurulatih muda adalah untuk mencuba dan memudahkan mereka dalam sesuatu perkara tetapi setiap masa.
“Ada sesetengah pemain muda tak perlukan jurulatih pun untuk memudahkan mereka melakukan sesuatu. Jurulatih cuma perlu biarkan sahaja mereka bermain. Dan jurulatih harus buat itu.”
Ange Postecoglou on young players:
• they don't need protection; they just need to be thrown in there to play.
• some young players don't need their coach to ease them into things; they just need them to let them play, and the coach has to.pic.twitter.com/08ogNbihGK— FΛV (@footyav) June 26, 2024
“Saya pasti 12 bulan lalu, Mainoo, Wharton dan Cole Palmer tidak berada dalam 40 pemain terbaik Gareth Southgate untuk Euro ini. Kini, mereka mungkin menjadi pemain utamanya.”
Postecoglou penuh dengan pujian untuk Palmer. “Setiap kali dia mendapat bola, dia sedang mencari untuk mengatasi lawannya. Sama ada mengatasi lawan secara individu, secara garisan pemain lawan.
“Apabila anda mempunyai pemain seperti itu, tidak kira bagaimana lawan cuba bertahan dengan apa cara sekalipun, dia akan sentiasa mencari jurang itu dan mencari ruang itu. Fikiran pertamanya ialah bagaimana saya boleh mengatasi salah satu daripada lawan atau garisan lawan ini.”
Sementara itu, Keane memberikan penilaiannya tentang bagaimana England boleh mara pada kejohanan musim panas ini di Jerman.
“Mereka perlu memudahkan perkara dan fokus pada perlawanan seterusnya,” kata bekas pemain tengah Manchester United itu.
“England mempunyai sekumpulan pemain yang luar biasa berbakat tetapi itu tidak menjamin apa-apa. Anda memerlukan sedikit tuah, dan pasukan perlu bersatu. Anda memerlukan penyerang anda menonjol. Mereka belum lagi melakukannya, tetapi mereka akan baik baik sahaja.”