Ange Postecoglou: ‘Saya Nak Jadi Johan EPL Bersama Spurs’

Ange Postecoglou menyatakan bahawa dia mahu memenangi Liga Perdana Inggeris bersama Spurs bukannya berada di kedudukan sekarang.

Pada awal musim ini Spurs sangat cemerlang dan menjadi pasukan terakhir yang tidak kalah dalam beberapa perlawanan pembukaan.

Namun situasinya kini, Spurs bergelut untuk meraih 4 teratas dalam carta EPL. Membuatkan pengendali asal Australia, Ange Postecoglou meluahkan rasa tidak berpuas hati dan ikrarnya.

Ange tidak mahu berpuas hati hanya kerana prestasi semasa ataupun taktikal. Kerana menurutnya, kepuasan sebenar adalah menjuarai liga.

“Saya tak akan biarkan kelab ini berada di kedudukan kami berakhir musim ini. Saya berada di sini untuk memenangi liga, saya nak menang liga,” tegas pengurus itu.

Dia kemudian menyatakan bahawa musim ini adalah musim asas kepada pembinaan pasukan di bawah kendaliannya. Dan ianya akan menjadi asas sangat penting untuk menjadi lebih baik pada musim hadapan.

Ange Postecoglou menambah: “Di mana kami menamatkan saingan musim  ini patut menjadi asas kepada kami untuk menjadi lebih baik tahun akan datang.”

Tottenham sudah lama kemarau piala domestik. Mereka mahu menamatkan badi itu segera di bawah Ange Postecoglou. Pengurus yang dilantik pada musim ini dan menunjukkan kemampuannya membentuk pasukan kompetitif meskipun kelab kehilangan Harry Kane yang merupakan penjaring legenda kelab itu.

Kane menyertai Bayern Munich musim ini dengan harga £100 juta. Postecoglou bergantung kepada bintang seperti Son Heung Min, Richarlison dan kemudian mendapatkan Timo Werner secara pinjaman.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi