Ange Postecoglou menyatakan bahawa dia tak akan mengubah falsafah bola sepak mereka yang berasaskan serangan. Kerana dia seorang yang percaya kepada 1 ‘agama’ sahaja dalam bola sepak.
Dia merujuk kepada kepercayaan kepada falsafah ofensive football berbanding dengan bola sepak bertahan dan sebagainya.
Sebelum ini Spurs dilihat terus bermain dalam sistem garisan sangat tinggi ketika menentang Chelsea walaupun dikurangkan kepada 9 pemain dalam perlawanan itu.
Selepas tamat perlawanan tersebut, Postecoglou berkata: “Itu memang cara kami bermai. Selagi lagi saya ada di sini, walaupun kami bermain dengan 5 orang sekalipun, kami akan bermain dengan cara itu, cara kami sendiri.”
Menjelang aksi menentang Aston Villa minggu ini, pengurus itu menegaskan bahawa mereka hanya berpegang kepada satu falsafah bola sepak sama juga dengan prinsip hidupnya yang menganut 1 agama sahaja.
Dan dia sebagai pengurus hanya memilih untuk mengkaji dan mengamalkan gaya bola sepak menyerang.
Pengurus asal Australia itu berkata: “Tidak kiralah, menentang Aston Villa, Man City atau sesiapa sahaja, kami akan bermain dengan gaya bola sepak kami. Saya tak tahu cara lain untuk bermain bola sepak.”
“Dari segi falsafah, saya sangat tegas berpegang kepada 1 agama sahaja [sama juga dalam bola sepak].”
🗣️Ange Postecoglou: ''Whether it's Aston Villa, Man City or whoever, we're going to play our football. I don't know any other way. In terms of philosophy, I've stayed really strict to one religion.
I went to a library of football books and I got stuck to one section which was… pic.twitter.com/WQMoNAnIYD
— Football Talk (@FootballTalkHQ) November 24, 2023
“Jika saya pergi ke perpustakaan bola sepak, saya akan tersekat di satu seksyen sahaja yang berkaitan dengan bola sepak menyerang.”
Dia menambah, dia seringkali mendengar segelintir pengurus beralasan mereka tidak ada pemain yang cukup untuk melaksanakan taktikal yang mereka mahukan. Ange menegaskan, mereka harus buat sahaja apa yang mereka mahu lakukan dengan pemain sedia ada.
“Saya kerap kali mendengar ada pengurus yang berkata ‘saya nak bermain dengan cara ini, namun saya tak cukup pemain’, – Saya rasa, lakukan saja la kawan.”
🇦🇺🗣️ Ange Postecoglou: "The amount of times I hear managers saying 'I would like to play this way but I don't have the players' — I just think: just do it mate." (@MailSport) pic.twitter.com/oskYpqOF9C
— EuroFoot (@eurofootcom) November 24, 2023