Ange Postecoglou Sindir Neville: “Saya Cuma Tiru Pep Guardiola Je”

Pengurus baharu Spurs, Ange Postecoglou telah membuatkan ramai kagum dengan sistem taktikal dan permainan yang dia terapkan.

Namun di England ada beberapa pundit sebenarnya memandang rendah kemampuan Ange Postecoglou dalam pengurusan taktikal.

Terbaru dia bermain dengan sistem flying full back dalam sistem false fullback mirip inovasi Guardiola.

Dua pemain bek sayap yang cemerlang masa ini ialah pemain £40 juta Pedro Porro dan Destiny Udogie

Kedua dua pemain dalam sistem inverted fullback ataupun false fullback. Di mana mereka akan menjadi pemain tengah apabila fasa serangan.

Postecoglou menyatakan dia berani memainkan sistem itu kerana percaya dengan kemampuan pemain dan pasukan yang dia ada.

Namun dia sempat menyindir pundit di EPL dengan berkata kepada Joe Cole dalam temuramah selepas perlawanan: “Saya cuma meniru Pep la.”

Dia jelas menyindir Gary Neville yang seolah olah memperlekehkan usahanya dalam memikirkan soal taktikal.

Neville sebelum ini dalam ulasannya berkata: “Angel Postecoglou hanya meniru idea pep Guardiola dengan sistem memasukkan pemain bek sayap ke tengah. Kemudian melakukannya dengan sangat efektif.”

“Tiada ragu lagi, memang ada risiko dari segi ruang dan keseimbangan. Spurs masih perlu beradaptasi,” tegas Neville.

Ange Postecoglou tampil menyatakan apa yang dia lakukan di Spurs bukanlah semudah yang Neville fikir. Kerana dia bukan sekadar meniru idea, tetapi ia memerlukan banyak proses dan kerja keras.

Kemudian Ange Postecoglou mengulas dengan serius: “Sebenarnya kami telah banyak bekerja keras. Ini kadangkala berkaitan dengan naluri. Cuma untuk mencipta sistem itu kamu harus la fluid secara optimum.”

“Jika ada ruang kamu akan lupakan tugas kamu sebagai bek sisi. Kamu pemain bola sepak yang bermain dengan ruang, jadi pergi masuk ke ruang itu dan terpulang kepada kami selepas itu untuk memastikan kami menutup ruang yang kami tinggalkan apabila diserang balas.”

Kemudian Ange Postecoglou suka memberikan kebebasan kepada pemainnya agar mereka menikmati permainan mereka dan mengekspresikan diri mereka

“Apabila pemain menyedari mereka ada kebebasan melakukannya, namun masih dalam satu struktur, mereka tidak akan teragak agak.”