Anggap Tabiat Shopping Perempuan Galakkan Jangkitan, Makcik Bawang Jepun Kecam Datuk Bandar Ini

Seorang Datuk Bandar di Jepun teruk dihentam oleh akak akak, mak cik mak cik bawang Jepun. Ini selepas dia dianggap membuat satu kenyataan sampah dan seksis ke atas wanita.

Mereka menuduh Datuk Bandar tersebut bersifat terlalu mengagungkan lelaki.

Seperti yang dilaporkan oleh media CNN, Datuk Bandar Osaka, Ichiro Matsui, telah dengan terbuka menggalakkan agar pembeli barangan runcit terdiri daripada kaum lelaki.

Ini menurut beliau, lelaki yang keluar membeli belah akan membantu mengurangkan kemungkinan penyebaran jangkitan.

Beliau berkata, wanita yang ramai keluar membeli barang akan membuatkan keadaan menjadi lebih sukar dan menggalakkan jangkitan virus.

Ketika ini Jepun diserang gelombang kedua virus dan mengisytiharkan penguncian / L00CKD0WN sehingga 6 Mei selepas terkena gelombang kedua.

Tabiat membeli belah lelaki vs perempuan

Oleh itu, sangat penting untuk mereka terus menentang penularannya. Maka Datuk Bandar Ichiro Matsui menjelaskan, tabiat perempuan membeli barang akan mengundang risiko.

Sementara lelaki pula lebih baik pada keadaan sekarang ini. Di mana lelaki tidak banyak singgah dan tidak meluangkan masa yang lama di dalam pasaraya ataupun pasar.

Perempuan pula disifatkannya, suka melambat-lambatkan diri ketika membeli barang dan banyak pergi menyimpang ke bahagian yang lain di dalam kedai.

Beliau berkata: “Perempuan ni akan mengambil masa lebih lama untuk membeli-belah kerana mereka mencari produk yang berbeza dan mempertimbangkan pilihan mana yang terbaik,” kata Matsui kepada wartawan pada sidang media di Osaka, lapor Reuters.

“Lelaki dengan cepat mengambil apa yang disuruh untuk dibeli dan mereka tidak akan suka nak berada lama-lama di pasar raya. Ini tabiat yang bagus untuk mengelakkan hubungan / kontak rapat dengan orang lain,” tambah Matsui.

Dapat kecaman

Matsui, yang juga mengatakan bahawa pasangan yang sudah berkahwin harus mengelakkan untuk keluar membeli belah bersama-sama.

Ramai wanita Jepun telah mengecam kenyataan Ichiro Matsui.

Seorang warganet berkata: “Kenyataan ini dengan tenang keluar daripada Datuk Bandar negara kita – Jepun [negara yang sudah maju]. Mengecewakan, ”kata seorang pengguna pada hari Jumaat.

Seorang pengguna lain mengatakan bahawa komen itu menunjukkan bahawa ahli politik tidak cukup prihatin dengan isu berkaitan ibu bapa, pekerjaan rumah tangga dan kejururawatan.

“Apabila saya mendengar ucapan seperti ini … saya merasakan perlunya orang yang pelbagai latar belakang untuk terlibat di dalam politik,” kata pengguna.

Aduh uncle. Pandai pandai la setelkan dengan perempuan tu ye.

Sumber: CNN

Baca yang lain