Angkut 5 Awek Sekali, Akhirnya Semua Ke Lokap Melanggar Social Distancing

Di seluruh dunia, penyakit COVID-19 telah mengorbankan lebih 15,000 nyawa. Berdasarkan worldmeter, ketika ini lebih 383,000 kes koronavirus dilaporkan di seluruh dunia.

Oleh itu banyak pihak berkuasa kerajaan negara telah memberi amaran untuk orang ramai agar mengamalkan pengasingan diri untuk mengekang penularan dan penyebaran.

Di beberapa buah negara yang terjejas teruk, mereka mengenakan perintah lockdown. Misalnya di Itali, mereka sangat ketat dengan perintah lockdown pada ketika ini.

Untuk negara seperti Malaysia pula, masih mengamalkan partially lockdown di mana hanya mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan kepada rakyatnya.

Namun bukan semua yang reti cakap dan ingkar arahan untuk mengamalkan social distancing.

Sedangkan social distancing ini adalah untuk mengekang penularan wabak yang boleh berjangkit menerusi sentuhan ini.

Lelaki China dan 5 awek kena cekup

Baru-baru ini, seorang lelaki Cina bernama Luo ditangkap dengan membawa lima wanita di atas basikal elektriknya ketika sedang melintasi jalan di China.

Mereka kelihatan bersuka ria meraikan hari di mana mereka akhirnya bebas perintah lockdown.

Menurut Mail Online, tiada seorang pun daripada mereka memakai topeng muka ketika mengguanakan kenderaan kecil di itu di bandar Dongguan, Wilayah Guangdong.

Sikap tak bertanggungjawab dan kononnya cool mereka itu telah membawa padah. Di mana kesemua mereka dicekup dan ditahan oleh polis.

Luo kemudian menyatakan dia dipaksa oleh 5 wanita tersebut untuk membawa mereka sekaligus.

Banyak kesalahan disabitkan

Selain daripada kes ingkar arahan kawalan koronavirus, Luo juga dikenakan pertuduhan lain termasuk:

  • Tiada lesen memandu
  • Membawa lebih penumpang
  • Menunggang tanpa helmet

Peraturan basikal elektrik di China adalah sama dengan peraturan motosikal. Di mana penunggang kena ada lesen.

Bukan itu sahaja, Luo dan kelima-lima wanita yang membonceng basikal elektriknya itu telah dikenakan pertuduhan melanggar peraturan social distancing.

Mereka juga ditahan di lokap dan dikenakan saringan covid-19. Kan dah cari pasal. Elok elok dah happy happy dah meringkuk.

Social distancing masih diamalkan

Di China, walaupun mereka sudah mencatatkan angka pemulihan yang ramai berbanding kes baharu yang semakin sedikit, peraturan social distancing masih dikuatkuasakan.

Banyak kes yang bodoh macam ni. Baru baru ini di Milan, ada pasangan ditangkap ketika melakukan asmara di dalam kereta.

Pasangan tersebut berhadapan pertuduhan melanggar peraturan lockdown termasuk berada dalam kereta lebih daripada seorang.

Itali hanya membenarkan seorang sahaja yang berada di dalam kereta ketika ini. Dan hanya keluar atas alasan munasabah.

Jadi bersama-samalah kita berganding bahu untuk menyekat penularan wabak Covid-19 ini ye.

Kekalkan social distancing dan ikut arahan daripada pihak berkuasa. Sentiasa berada di rumah. Hanya keluar jika ada keperluan yang mendesak.

Bersama-sama kita menentang covid-19.

Baca yang lain