Seorang content creator yang tak pernah meminta orang subscribe channel dia dan menggunakan cara unik iaitu mengamuk depan kamera.
Tanpa perlu tampil jambu atau background yang mahal, tiada mikrofon, fancy, kerusi gaming mahal, Angry Rantman mencipta kemahsyuran dengan cara tersndiri.
Angry Rantman atau nama sebenarnya, Abrahadepp Saha dari Delhi, India, disahkan meninggal dunia oleh ahli keluarganya menerusi media sosial.
Saha dilaporkan meninggal dunia pada usia baru 27 tahun kerana masalah jantung.
We will miss him and his passion. RIP Abhradeep Saha, famously known as the Angry Rantman 💙 pic.twitter.com/4mVJFsbdKe
— Janty (@CFC_Janty) April 17, 2024
Dalam kenyataan tersebut, berbunyi: “Dengan rasa sedih dan sayu, kami di sini mengumumkan dukacitanya dan terasa sangat kehilangan Abhradeep Saha AKA AngryRantman hari ini.
“Dia menyentuh jutaan jiwa dengan kejujurannya, jenaka dan semangat yang kuat. Dia akan dirindui semua yang mengenalinya.
“Dalam kami meratapi kehilangannya, marilah kita kenang detik gembira yang dia bawakan kepada kehidupan kita semua, dan dakaplah memori indah yang kita kongsi bersama.”
Laporan dari India menyebut, Saha sudah lama menghadapi masalah jantung, sejak dari lahir lagi. Dia menjalani pembedahan baru baru ini. Namun itu masih tidak dapat membantunya. Akhirnya dia pergi pada usianya yang sangat muda.
Angry Rantman adalah penyokong tegar Chelsea. Mulai menjadi perhatian dunia kerana amukannya di depan kamera yang sangat jujur dengan reaksi wajahnya.
Seorang influencer terkenal, Mark Goldbridge antara yang menulis mesej takziah.
Mark menulis: “RIP Angry Rantman! Sama ada kamu suka dia atau tak, dia seorang pencipta konten yang unik melakukan perkara yang dia suka. Kita menikmati masa indah sekejap sahaja.”
Seorang peminat menggelarkan Angry Rantman sebagai legenda di arena konten yang berbentuk ‘ranting’.
Spot on Mark!!! He was a legend of this industry, one of the first pioneers of this type of content imo
He certainly knew how to rant 😂
RIP LEGEND 🕊 pic.twitter.com/GrxUmv8fI7
— Bruno Fernandes enjoyer (@Nadal_istheGOAT) April 17, 2024
Video dan meme Angry Rantman telah pergi ke serata dunia. Kerana ramai yang terhibur dan menggunakan ia sebagai meme.
Bagi peminat Chelsea dia Angry Rantman antara wakil kepada komuniti mereka ketika mereka rasa mahu meroyan.
RIP Abhradeep or commonly known as Angry Rantman 🕊️ 💔One of the original voices in our community that never failed to make us smile ☹️pic.twitter.com/VKLevNJz6H
— Dubois (@CFCDUBois) April 17, 2024
Seorang peminat dari India menyatakan bahawa Angry Rantman telah membantu menunjukkan kepada dunia tentang wajah penyokong bola sepak di negara tersebut.
Di mana mereka akan berasa sangat marah dan keluar segala ayat caci maki jika pasukan kalah. Namun tetap juga akan terus setia dengan pasukan yang mereka sokong.