Presiden Valencia, Anil Murthy, mengakui beliau mendengar perbincangan hangat di media tentang minat daripada TMJ untuk membeli Valencia.
Anil Murthy menyatakan bahawa Valencia bukan untuk dijual. Anil menegaskan bahawa beliau sudah berbincang dengan pemilik kelab, Peter Lim beberapa hari lalu di Singapura. Dan jelas sekali Peter Lim tidak berminat mendengar sebarang tawaran untuk pengambilalihan.
Murthy bertemu dengan media ketika beliau sedang dalam perjalanan bertemu dengan Generalitat Catalonia, Ximo Puig pada hari ini.
Beliau memberitahu media: “Kami tidak ada indikasi untuk perubahan posisi dan tidak menjual klub”, katanya.
Isu Valencia turut dibincangkan dengan dalam pertemuan di mana bersama-sama dengan Puig yang akan menganalisis situasi Nuevo Mestalla.
Mengenai komen dari Tunku Ismail, Anil menyatakan bahawa dia tidak mengikuti profil Instagram putera Johor, tetapi menyatakan bahawa dia mengenali TMJ dengan “sangat baik.”
Ketika ditanya apakah putera Johor akan mengurus pengurusan Valencia, Murthy telah memasuki Palau de la Generalitat [bangunan pentadbiran] dan tidak membuat pernyataan lebih lanjut.
Beberapa peminat Valencia membawa sepanduk yang bertuliskan ‘Lim pulang ke rumah / Lim Go Home’ sebagai tanda mereka mengkritik pengurusannya.
Selepas pertemuan itu Anil Murthy membuat kenyataan rasmi menerusi laman rasmi kelab.
Beliau menyatakan kecewa dengan Puig yang seolah olah membuat kenyataan tidak bertanggungjawab berkenaan situasi di Valencia.
Murthy menegaskan bahawa Peter Lim masih komited untuk menyelesaikan masalah hutang kelab mereka walaupun di tengah krisis.
Anil turut menyatakan bahawa projek Mestalla baharu tetap dalam agenda mereka. Dan kini mereka sedang mencari jalan penyelesaian.
Dan beliau menyeru kesemua pihak berkaitan Valencia, termasuk peminat, bersatu hati.
Mensaje del presidente Anil Murthy ⤵️
— Valencia CF 🦇🍊🌊 (@valenciacf) March 3, 2021
TMJ mahukan Valencia
Semalam, Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberikan bayangan bahawa beliau mempertimbangkan untuk menjadi pemilik kelab ternama Sepanyol, Valencia. Perkara itu diluahkan oleh TMJ menerusi instagram miliknya. Di mana TMJ berkata:
“Pertamanya, saya bukan usahawan, saya seorang Putera raja.”
“Keduanya, wang bukan motivasi saya. Tetapi kejayaan dan mencipta sejarah adalah motivasi saya.”
“Ketiga, bukan rahsia lagi, saya mencintai bola sepak, saya sangat fanatik.”
“Keempat, saya bukan baru dalam arena bola sepak. Saya mencipta kelab JDTFC, yang bertarung dengan penyingkiran setiap tahun kepada juara dominan. Saya ada 16 kejuaraan dalam 8 tahun. Kami adalah kelab terbesar di Asia Tenggara, dan salah sebuah kelab terbesar di Asia.”
“Kelima, saya nak meluaskan empayar, melebarkan sayap dan pergi kepada cabaran baharu.”
“Terakhir dan tak kurang pentingnya, saya bukan seorang yang akan menukar kelab atau tradisi. Macam saya katakan sebelum ini, saya orang diraja, bukan usahawan. Saya di sini untuk memburu kejayaan, kegemilangan dan sejarah.
“Apa yang Valencia perlukan? Kamu perlukan seorang yang tahu tentang bola sepak, laparkan kejayaan, bersemangat, dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab.”
“Langkah pertama, kita perlukan orang [yang ahli dalam] bola sepak di dalam kelab. Titik.”
Valencia kini bergelut dengan masalah kewangan. Dan penyokong mereka sudah lama melancarkan kempen Lim Go Home selepas Peter Lim dilihat sebagai presiden yang gagal.
DEAR MR. LIM,
WE MET SOME NICE PEOPLE FROM @CAFCfansforfans AND…
WE THINK MANCHESTER HAS A MESSAGE FOR YOU❤️#LimGoHome #SalvemNostreValencia pic.twitter.com/dWjJZx5ozr
— Plataforma Salvem Nostre Valencia CF (@SalvemNostreVLC) February 26, 2021
Mesej TMJ itu mendapat liputan daripada portal sukan besar di Sepanyol dan Eropah iaitu Marca. Malah mereka melabel TMJ secara tak langsung menyindir Peter Lim – yang merupakan kawan baiknya.
Dipetik dari Marca:
Putera Mahkota Johor, sahabat kepada Peter Lim, menghantar mesej sindiran menerusi akaun instagramnya yang disahkan.
Pada petang Isnin, atau lebih tepatnya selepas kepulangan semula presiden Anil Murthy dari Singapura, Tunku Ismail yang merupakan salah seorang rakan karib Peter Lim memuat naik imej (laporan kewangan Valencia) dengan emoji sambil berfikir.
Sumber dari Valencia menyatakan ianya mesej dari Peter Lim melalui TMJ, yang ada kemungkinan membeli saham di Valencia namun tidak ada tawaran konkrit buat masa ini.
Marca juga melaporkan bahawa ini bukan pertama kali Putera Mahkota Johor itu berminat untuk mendapatkan Valencia.
Consultancy Europe yang menyatakan Valencia adalah bernilai €408 juta.
💣 ¿Quién es el Príncipe de Johor que habla abiertamente de su desembarco en el Valencia?
🔎 Amante de las armas, vida a todo tren, Mendes, Cristiano, Mourinho… https://t.co/rmpQ4MKgN3 pic.twitter.com/jtrF2VzbE9— MARCA (@marca) March 2, 2021
Ketika Peter Lim membeli Valencia dia mendapatkan kelab itu dengan harga jauh lebih rendah. Lim kemudian melabur €254 juta dan seterusnya mendapatkan pinjaman €54.5 untuk membantunya mendapatkan 8 pemain baharu.