Anjing Ini Dibuang Tuannya Kerana Bernafsu Songsang, Suka Mencabul Anjing Jantan Lain

Seekor anjing malang telah ditinggalkan dan dibuang oleh pemiliknya di tempat perlindungan haiwan kerana mereka tidak dapat menerima kelakuannya yang suka mengunyit.

Anjing bernama Fezco itu suka cuba mencabuli anjing jantan yang lain. Dan akhirnya tuannya terperasan perkara itu dan malu dengan kelakuannya.

Dia akhirnya dibuang oleh tuan rumahnya yang tak sanggup membela seekor anjing jantan bernafsu songsang.

Orang ramai di pusat perlindungan haiwan itu berkata pemiliknya meninggalkan anjing bernama Fezco itu di tempat perlindungan semula mereka di Stanly County, North Carolina, AS, selepas dia tuba tiba menyerang dari belakang seekor lagi anjing jantan dengan gaya tak senonoh.

Pusat perlindungan itu meminta pusat penyelamat tempatan untuk membawa Fezco ke dalam jagaan angkat buat sementara waktu sebelum dia menemui rumah baharunya dan akan tinggal di sana dengan tuan barunya kelak.

Dalam kenyataan mereka, pusat perlindungan itu memberikan jaminan bahawa anjing itu ‘budak baik’ sangat melindungi tuannya dan mesra.

Menurut catatan yang dikongsi oleh stesen TV tempatan WCCB, Fezco berusia empat tahun. Dia digambarkan sebagai seekor anjing yang suka berkawan dengan orang ramai dan beratnya kira-kira 50 paun. Dia anjing yang selesa berada di dalam kerumuman orang ramai. Tidak memberikan masalah termasuk terlatih untuk ke tandas.

Post itu juga menggesa orang ramai untuk menjadika Fezco haiwan peliharaan angkat mereka buat sementara waktu sehingga rumah baharu ditemui untuknya.

Menjadikan haiwan itu sebagai peliharaan angkat bermakna membantu menyumbangkan makanan buat Fezco.

Selepas membaca posting tersebut, ramai yang berada di ruangan komen mencerca pemiliknya kerana meninggalkan anjing kesayangan mereka begitu sahaja.

Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Amerika telah menyebut bahawa menujah (humping) adalah tingkah laku biasa yang ditunjukkan oleh kebanyakan anjing, sama ada ke atas anjing lain [termasuk jantan], ke atas manusia atau objek lain.

Itu bermakna anjing yang suka menujah anjing jantan lain bukan bermaksud dia pengunyit seperti mana cerita suami pendosa.

Organisasi itu menggalakkan sesiapa sahaja yang terganggu dengan tingkah laku anjing mereka untuk cuba mengalih perhatian anjing itu dengan memberi mereka mainan atau objek mahupun makanan untuk dikunyah, bermain permainan atau aktiviti aktiviti lain.

Persatuan pencinta haiwan juga kesal dengan banyak komen hom*fo*bik yang ditulis tentang anjing itu.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan