Minggu lalu, Balai Polis Odessa di Texas telah dikunjungi oleh pelawat yang agak mengejutkan semua mereka di situ.
Ini apabila mereka dikunjungi oleh pelawat yang merupakan seekor anjing yang comel.
Iya seekor anjing yang sangat mesra yang seolah-olah tidak sabar-sabar untuk memberitahu pegawai polis bahawa ada orang yang hilang dari rumah tempat dia tinggal, iaitu….
dia (anjing itu) sendiri..
Sarjan Rusty Martin adalah merupakan antara pegawai yang bertugas ketika itu. Martin berada di sana untuk menerima laporan daripada anjing tersebut.
Anjing itu datang dalam keadaan tergesa gesa terus ke kaunter untuk membuat aduan.
Dan beliau menyatakan bahawa anak anjing itu kelihatan tidak terlalu resah dan sangat bertenang walaupun telah menjadi anjing yang hilang.
Dan kelihatan baru sahaja menikmati masa masa berada di luar rumah. Melarikan diri la tu.
“Kami semua saangat teruja untuk menerima kehadiran dia di sinu,” kata Martin kepada The Dodo.
“Kami ada bola tenis dan melemparkannya ke lobi untuk bermain dengannya. Dan semua orang suka dekat dia.”
Walaupun mereka gembira sebab kejutan daripada anjing itu, namun pihak polis perlu bertindak segera untuk menyiasat kes tersebut, dan memeriksa jika ada laporan dibuat sebelum ini tentang kehilangannya.
Anjing itu memakai kolar, namun begitu tag ID hampir terputus serta rosak. Jadi mereka meminta bantuan daripada bahagian kawalan haiwan untuk datang bagi memeriksa mikrochip yang ada.
Ini untuk mengenalpasti identiti si pelapor serta dia juga yang dilaporkan.
Jelas sekali dia telah “hilang” agak lama. Namun anjing comel dan mesra itu berjaya kembali semula ke pangkuan keluarganya.
Martin berkata: “Dia meluru masuk dengan cepat sekali [ke dalam balai polis].”
“Pemilik dia tiba pada hari berikutnya, dan mengesahka bahawa itu adalah anjingnya dan dia telah pulang ke rumah.”
“Tempat tinggal mereka kira-kira satu batu daripada balai polis.”
Anjing itu, yang bernama Chico. Dan Chico telah mencatatkan kes pertama seumpama itu buat masa ini.
Martin menegaskan beliau menganggap kes itu sebagai unik dan kagum dengan Chico.
Dan Martin berseloroh, tidak pasti sama ada Chico akan dipotong gaji kerana ponteng kerja sebab hilangkan diri.
Sumber: The Dodo