Anna Chapman Gadis Spy Rusia Yang Mengetuai Senarai 5 Hacker Wanita Yang Menawan Dan Pandai

Ramai orang masih beranggapan kecantikan dan kepintaran tidak serasi pada orang yang sama, tetapi senarai 5 awek ini mungkin akan mengubah pendirian anda. Walaupun kepandaian mereka digunakan pada cara yang dianggap salah iaitu untuk menggodam atau meretas.

Seperti yang kita semua tahu bahawa Penggodaman adalah satu jenayah. Tetapi ia merupakan kerja yang rumit yang benar-benar memerlukan kemahiran teknikal yang besar.

Berikut adalah 5 wanita yang cantik dan mereka juga hacker. Ada antara mereka digelar hacker beretika atau white hacker.

1. Adeanna Cooke

Adeanna Cooke ialah bekas model Playboy. Ramai akan teringat perkataan bimbo kerana ianya stereotaip kepada wanita wanita di rumah agam Playboy. Berbeza dengan Adeanna Cooke.

Dia merupakan model yang mendapati banyak gambar gambar model telah disalahgunakan tanpa dibayar.

Dia akan menyerang laman web tersebut secara senyap tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Pada asasnya, Adeanna Cooke terkenal dengan kemahiran penggodaman beretikanya, dan dia seorang penggodam yang terlatih sendiri atau self thougt.

Dia juga menawarkan sokongan kepada wanita dan model lain dalam situasi yang sama dengan masalah yang sama. Selepas kejayaannya menggodam beberapa laman web yang kecil dia berubah kepada laman web lebih besar.

2. Xiao Tian

Xiao Tian yang ketika itu baru berusia 19 tahun pada tahun 2008, telah menjadi “jeneral” baharu tentera China penggodam wanita. Hanya pada penghujung usia remajanya, dia menjadi terkenal dengan membentuk kumpulan “China Girl Security Team”.

Dalam satu penerbitan dikeluarkan oleh laman web China, menulis: “Bagi mereka yang tidak tahu, ‘China Girl Security Team’ adalah kumpulan penggodam, terutamanya untuk wanita, yang merupakan pasukan penggodam wanita yang terbesar di china pada ketika ini [2008], mempunyai lebih daripada 3000 ahli, dan semakin bertambah.”

“Ketua mereka adalah seorang remaja 19 tahun bernama Xiao Tian.”

“Seorang penggodam, Scott Henderson, telah menyusup masuk ke dalam forum mereka dan mendapati mereka mengadakan perbincangan dan tutorial khas kepada semua ahli. Membincangkan perkara yang sama dengan penggodam lelaki yang lain menggunakan suntikan SQL untuk menyebar virus dan ARP Spoofing serta XSS Worm.”

Henderson mendapati Xiao Tian menubuhkan kumpulan hacker wanita China itu sebagai respon kepada ketidaksamarataan di kalangan masyarakat tentang wanita dalam teknologi.

Di mana wanita seringkali dipandang rendah sebagai kurang celik IT berbanding lelaki. Lalu mereka membuktikan bahawa mereka ada skil yang sama dengan lelaki.

Mereka menggelar diri mereka sebagai hacktivist. Yang berperang dengan penggodam lelaki di dunia maya. Malah mereka seringkali dibayar untuk memintas penggodaman daripada penggodam penggodam lelaki dari seluruh dunia.

3. Anna Chapman

Anna Chapman mirip kepada Evelyn Salt dalam filem Salt lakonan Angelina Jolie. Cuma dia dibesarkan dan dilahirkan di Amerika. Salt pula membesar di Rusia.

Anna Chapman memiliki paras yang menawan dan dia juga seorang spy dan hacker.

Anna Chapman ialah seorang penggodam Rusia yang dilahirkan pada 23 Februari 1982 dan ditangkap di New York City apabila dia ditemui bersama sembilan orang lain di bawah pertuduhan bekerja untuk program organisasi Perisik Haram di bawah agensi perisikan luar Persekutuan Rusia.

Anna Chapman didakwa bersalah atas satu pertuduhan konspirasi untuk bertindak sebagai ejen kerajaan asing tanpa memberitahu Peguam Negara Amerika Syarikat dan telah dihantar pulang ke Rusia pada 8 Julai 2010, sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan antara Amerika Syarikat dan Rusia.

Anna Chapman sangat bijak dan mahir dalam penggodaman. Membuatkan dia disenaraikan kerajaan Amerika sebagai nama yang harus diawasi setiap masa kerana risau dia boleh melancarkan misil daripada rumahnya di Rusia.

Dia masih lagi aktif menjadi hacktivist di negaranya Rusia.

4. Ying Cracker

Ying Cracker ialah salah seorang penggodam paling cantik yang ada di dunia dan seorang profesor cantik Shanghai, China, yang mengajar orang ramai asas “Cara memulakan penggodaman”, “Cara menukar alamat IP anda” dan “Cara Menghapuskan kata laluan Pejabat dan lain-lain.

Dia menjadi popular dalam Forum yang dikenali sebagai “Penggodam Hottie China” di mana dia mendapat peminat yang ramai. Tambahan pula, kerjanya adalah luar biasa, menjadi pakar dalam perisian penggodaman.

Dia adalah white hacker yang menawarkan perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan tentang kesedaran berkaitan penggodaman. Dia juga seringkali dibayar untuk menghapuskan godaman di sistem kompuer di beberapa perusahaan.

Ying Cracker juga seringkali dilantik menjadi pakar dalam memeriksa tahap keselamatan sistem sesebuah syarikat dan dia akan memasang perisian untuk menghalang hacker jahat yang mahu menggodam sesebuah syarikat.

Maka tak hairanlah dia menjadi idola dan juga crush oleh orang ramai. Dia dalam kategori white hacker.

5. Kristina Svechinskaya

Nama penuh Kristina Svechinskaya ialah “Kristina Vladimirovna Svechinskaya”, dilahirkan di bandar Irkutsk yang merupakan pusat pentadbiran yang besar. Irkutsk juga merupakan salah satu bandar paling ramai penduduk di Siberia, Rusia.

Jika korang masa belajar dulu selalu terkena virus trojan horse, inilah antara orang yang menggalakkan lagi pertumbuhan virus hasad itu yang dipercayai dicipta oleh John Walker pada 1975.

Pada 16 Februari 1989, dia pergi ke Amerika Syarikat di mana dia adalah seorang pelajar di New York University Stern School of Business dan bekerja sebagai pelayan.

Mata biru mudanya dan kecantikan Rusianya yang luar biasa, menjadikannya salah seorang “Penggodam Paling Seksi”, apabila dia ditangkap di New York, Amerika Syarikat, pada awal Oktober 2010, kerana dituduh menyepadukan rangkaian penipuan Internet, di mana perisian hasad dan virus , Trojan digunakan untuk mencuri $35 juta daripada beberapa akaun bank AS dan menggunakan pasport palsu.

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.