Anne Hidalgo Jelaskan Sebab Utama Kerajaan Tolak Tawaran PSG Mahu Beli Stadium Parc Des Princes

Beberapa bulan lalu, PSG dilaporkan mahu meninggalkan Parc des Princes, yang menjadi gelanggang home mereka sejak penubuhan kelab itu pada 1970.

Ini selepas datuk bandar Paris, Anne Hidalgo, mengumumkan bandar itu tidak akan sesekali menjual stadium milik kerajaan itu kepada kelab itu.

PSG, yang telah melabur €85 juta dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk menambah baik kemudahan dan meningkatkan kapasiti stadium tersebut.

Berdasarkan kontrak, PSG membayar sewa €1 juta setahun kepada kerajaan Perancis. Dan kelab Qatar itu juga tertakluk kepada perjanjian untuk membantu menambahbaik / upgrade stadium tersebut menjelang Euro 2016 yang lalu.

Selepas kejohanan Euro 2016, PSG boleh menikmati kutipan tiket daripada 48,000 kepada 60,000.

PSG turut bersedia untuk memberikan €500 juta lagi dalam pengubahsuaian dan lanjutan yang lebih besar untuk membolehkan kelab itu terus berkembang dan bersaing dengan kelab terkemuka Eropah yang lain.

Kedua-dua pihak telah mengadakan rundingan perjanjian untuk penjualan Parc des Princes sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun semua rundingan itu gagal menemui persetujuan. Kini, Datuk Bandar Paris, telah menyatakan kata kata yang dianggap keputusan mutlak bahawa mereka tidak akan lagi duduk berunding untuk sebarang rundingan berkaitan pembelian stadium tersebut.

“Kami mempunyai kedudukan yang sangat jelas. Parc des Princes bukan untuk dijual, dan ia tidak akan dijual.’

“Ini adalah kedudukan yang tegas dan mutal. Ia adalah warisan yang luar biasa untuk orang Paris,” katanya kepada akhbar Le Parisien pada hari Sabtu.

PSG menyatakan mereka sangat kecewa kerana Hidalgo berdegil dan mengambil keputusan dianggap melulu.

Ini kerana menurut PSG, keputusan kerajaan enggan menjual stadium itu kepada PSG akan membuatkan rakyat Perancis yang menanggung beban kos menyelenggara stadium itu yang memakan puluhan juta dollar, hasil daripada wang pembayar cukai.

PSG yakin, langkah terbaik adalah menjual terus stadium itu kepada mereka.

Jurucakap PSG memberitahu ESPN: “Sungguh mengejutkan dan mengecewakan untuk mendengar bahawa Datuk Bandar Paris mengambil kedudukan yang, secara bertegas menolak sebarang rundingan, yang akan memaksa PSG, peminat dan komuniti kami menjauhi Parc des Princes; sementara itu juga — ianya agak luar biasa — [kerajaan telah] menambah berpuluh puluh juta Euro kepada beban pembayar cukai untuk mengekalkan struktur bangunan, yang kini berusia 50 tahun dan memerlukan pengubahsuaian.”

Bagaimanapun, Hidalgo, yang tidak begitu popular di kalangan masyarakat di Paris, berdasarkan tinjauan pendapat sejak pemilihan semula pada 2020, masih mahu bekerjasama dengan PSG untuk memodenkan stadium tersebut.

Dia dituduh tidak mahu menyerahkan Parc Des Princes kepada PSG walaupun apa sahaja nilai yang ditawarkan kelab itu.

Tetapi kelab itu enggan melabur sejumlah besar wang di Parc des Princes jika mereka tidak memiliki stadium itu.

“Adalah dikesalkan bahawa Major kini tiba-tiba merampas — secara muktamad — perbincangan penjualan yang telah kami lakukan sejak sekian lama, dengan kelab kini dengan sedihnya terpaksa memajukan pilihan alternatif untuk rumah kami, yang bukan keputusan yang kelab atau peminat kami harapkan,” tambah kelab itu.

Anne Hidalgo: Tawaran PSG mengarut

Terbaru Anne Hidalgo mengeluarkan kenyataan angka sebenar ditawarkan PSG untuk memiliki Stadium tersebut.

Menurut Anne Hidalgo, PSG cuma  menawakan €38 juta untuk memiliki stadium yang serba mewah itu.

Angka itu dianggap mengarut dan tawaran yang tidak masuk akal.

Dia turut meminta PSG menghormati prinsip demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan dalam semua perkara. Keputusan enggan menerima tawaran itu adalah keputusan sebulat suara kerajaan bukannya dia seorang sahaja.

Anne menyindir PSG yang seolah olah mensasarkan dia sahaja sebagai subjek kritikan.

Dia berkata: “PSG cuma menawarkan kami €38 juta sahaja. Ianya mengarut betul. Mungkin mereka tidak jelas atau salah faham tentang peraturan demkorasi di negara kita.”

Kenyataan Anne Hidalgo itu membuatkan peminat di Perancis berbelah bagi pendapat. Penyokong PSG menuduh Anne Hidalgo seorang penunggang politik.

Mereka menegaskan bahawa lebih baik kerajaan menerima sahaja tawaran itu memandangkan PSG sudah banyak melabur memperbaki dan membangunkan stadium itu.

Ada juga yang bersetuju dengan Anne Hidalgo. Salah seorang peminat berkata:

“Saya bukan penyokong Hidalgo, namun kali ini saya terpaksa bersetuju. Tak semua perkara kamu [Anne Hidalgo] perlu menggembirakan hati orang.”

PSG merupakan kelab yang dimiliki oleh Konsortium dari Qatar. Dan mereka antara kelab paling kaya di Eropah pada ketika ini.

Mereka memiliki ramai bintang berkelas dunia termasuk Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar.

Kelab tersebut mengalami revolusi luar biasa sejak pemilikan dari Qatar dan berterusan mendapatkan pemain pemain berkelas dunia.

Misi utama mereka adalah untuk menjulang UCL pertama dalam sejarah kelab mereka.

Mereka hampir melakukannya dalam beberapa musim sebelum ini, namun masih lagi gagal.

Dengan prestasi luar biasa Lionel Messi ditambah pula dengan prestasi cemerlang Mbappe dan Neymar. Mereka sekali lagi menjadi pasukan tumpuan dan pasukan pilihan untuk bergelar juara eropah musim ini.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi