Antara 5 Drama Korea Yang Memulakan Gelombang K-Drama Di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
blank

Pada hari ini ramai sekali peminat drama Korea ataupun K-Drama. Namun gelombang ini bermula lebih sedekad yang lalu.

Berikut antara 5 senarai K-Drama legenda yang memulakan gelombang di Malaysia.

1. Full House

blank

Drama legenda yang dibintangi oleh Rain dan juga ratu drama Korea, Song Hye Kyo. Kisah dia adalah tentang perebutan rumah di antara seorang penulis bernama Han Ji-Eun (Song Hye Kyo) dan dengan pelakon Lee Young-Jae (Rain).

Rumah itu rumah impian Han Ji-Eun yang dibina oleh ayahnya, diberikan nama Full House. Mereka berbalah berebutkan rumah itu. Akhirnya Ji Eun sedar bahawa mereka berdua telah ditipu oleh kawannya yang menjual rumah itu kepada Yong Jae.

Selepas berunding, Lee Yong Jae akhirnya membenarkan Ji Eun untuk duduk di rumah itu dengan syarat dia menjadi pembantu rumah. Di situ bermulalah bibit bibit percintaan.

Drama ini penuh dengan aksi jenaka, dan pada masa yang sama banyak babak emosi di dalamnya. Kalau korang nak cari drama yang feel good dan pada masa yang sama ada masa sebak, ini pilihan yang bagus.

2. Autumn In My Heart

blank

Ini satu lagi drama lakonan Song Hye Kyo. Ianya menjadi fenomena juga di Malaysia pada satu ketika dahulu.

Mengisahkan sebuah keluarga bahagia yang dikejutkan dengan satu kebenaran yang memberikan trauma. Ini apabila mereka mengetahui anak perempuan mereka itu bukan anak kandung mereka.

Segalanya bermula apabila Eun Suh terlibat dalam kemalangan. Namun malangnya darah dia tak sama dengan keluarganya. Rupanya dia adalah bayi yang tertukar ketika lahir.

Eun Suh dibesarkan keluarga yang berada. Sedangkan adik perempuan sebenar Joon Suh, iaitu Shin Ae (Han Chae Young) dipelihara keluarga Choi yang miskin.

Kecewa mendapat tahu dirinya bukan anak kandung, Eun Suh melarikan diri dan tinggal di sebuah tempat.

Mereka kemudian terpisah lebih lama apabila keluarganya itu pergi ke luar negara. Dan selepas sembilan tahun berpisah, Eun Suh bertemu semula dengan abangnya Joon Suh.

Joon Suh yang telah menginjak usia dewasa dan bertunang denga Shin Yoo Mi (Han Na Na), dan tanpa sengaja bertemu lagi dengan Eun Suh di sebuah hotel. Eun Suh kini bekerja di sebuah hotel milik sahabat Joon Suh, Hun Tae Suhk (Won Bin).

Keadaan menjadi rumit apabila mereka berdua Eun Suh dan Joon Suh pula jatuh cinta. Adei.

3. Winter Sonata

blank

Winter Sonata adalah merupakan siri sambungan kepada drama Endless Love yang dikeluarkan pada tahun 2000.

Drama ini telah memberikan impak yang sangat besar kepada K-Drama yang membuka pagar seluas-luasnya kepada Drama Korea masuk ke negara lain. Ini termasuk di Jepun yang ketika itu ada banyak produk J-Drama.

Di Asia Tenggara, drama Winter Sonata ini menjadi salah satu drama paling banyak diikuti ketika itu.

Drama ini berkisarkan tentang Kang Joon-Sang (Bae Yong Joon) yang merupakan ahli muzik terkenal di Korea Selatan. Dia bercinta dengan Jung Yu-Jin (Choi Ji Woo). Namun, di tengah kehidupan asmara yang bergelora, Jung Yu-Jin harus menerima kenyataan bahwa Joon-Sang terlibat kemalangan dan menderita amnesia sehingga tidak mampu lagi mengingat Yu Jin.

Yu Jin pun berusaha keras agar Joon Sang dapat ingat kembali kepadanya dengan bekerja di pejabat yang sama dengan Joon Sang.

Drama ini banyak menyebat anugerah satu ketika dahulu.

4. My Girl

blank

Rasanya drama ini tidak ditayangkan di tv umum, ke aku yang tersilap. Namun popularitinya boleh tahan juga di Malaysia.

Drama ini mengisahkan gadis licik dan energettik, Joo Yoo-rin (Lee Da Hae) yang bertekad untuk mencari duit bagi melangsaikan hutang ayahnya bertemu dengan Seol Gong-chan (Lee Dong-wook), pewaris tunggal kepada L’Avenue Hotel.

Joo Yoo-rin ni dianggap penipu dan sanggup buat apa sahaja demi wang oleh Gong Chan. Namun persepsi Gong Chan berubah apabila lebih mengenali Joo Yoo-rin secara impromptu.

Ini selepas Gong-chan meminta bantuan Joo Yoo-rin menyamar menjadi cucu yang dicari datuknya sejak sekian lama.

Dari situ Gong-chan baru mengerti bahawa kehidupan Joo Yoo-rin bukannya kerana dia sendiri. Dia mencari wang untuk orang yang dia sayang iaitu bapa dia. Sedangkan Joo Yoo-rin jenis yang sempoi je.

OST ni legend zaman nokia sabun:

Paling sedih, Joo Yoo-rin tak pernah tahu tarikh lahirnya, sebab dia cuma dengar ayah dia cakap dia lahir pada salji turun.

Joo Yoo-rin yang kadangkala merasakan dia sentiasa dalam kerumitan dalam menutup penipuannya kerap dibantu oleh Seo-Jung Woo lakonan Lee Jung Ki.

Yoo-rin dan Gong-chan akhirnya jatuh cinta, namun cinta itu dilarang datuknya, yang akhirnya tahu bahawa selama ini dia ditipu.

Konflik dan emosi dalam drama ni sangat banyak.

5. Stairway To Heaven

blank

Drama Korea 20 episod ini kerap diundi oleh banyak portal hiburan sebagai drama Korea paling sedih. Terlalu banyak adegan yang menguji air mata korang.

Ianya kisah cinta di antara Kwon Sang Woo dan Choi Ji Woo berdepan dengan orang ketiga. Selain itu, Choi Ji Woo juga menderita sebuah penyakit. Choi Ji Woo (Han Jung Suh) menderita penyakit mata. Han Tae Hwa (Shin Hyun Joon) rela berkorban demi adik tiri yang dicintainya tersebut.

Ia rela mendermakan matanya untuk Han Jung Suh. Namun prosedur derma mata hanya boleh dilakukan orang yang sudah meninggal.

Lalu Han Tae Hwa pun membunuh dirinya demi mendermakan matanya. Pemergian Han Tae Hwa sangat tragis.

Senarai lain:

  • Coffee Prince (NOTA: Ini bukan lakonan Fattah Amin tu ok)

  • All About Eve

  • Secret Garden

  • Sassy Girl Chun Hyang

Korang ada senarai lain yang korang pernah layan di bilik hostel?

Baca yang lain