Anthony Gordon Mengamuk Dikeluarkan, Siku Hampir Hinggap Di Muka Pengurus

Eddie Howe menegaskan dia ‘tiada masalah’ dengan Anthony Gordon selepas dia bertindak balas dengan marah apabila digantikan pada lewat dalam kemenangan 2-1 Newcastle menentang Brentford.

Pemain berusia 22 tahun itu dikeluarkan pada separuh masa dengan Magpies ketinggalan 1-0, sebelum mereka menghidupkan permainan dengan dua gol pantas.

Gordon bertindak balas dengan marah selepas dikeluarkan dan hampir sahaja siku hinggap ke muka pengurusnya, Eddie Howe yang cuba bersalaman dan memeluk pemain itu.

Howe telah memberikan amaran bahawa pemain sayap Magpies mesti belajar mengawal emosinya dengan lebih baik

Gordon dikeluarkan selepas dia dikhuatiri mengalami kesakitan. Namun ada juga yang merasakan Gordon dikeluarkan kerana dia telah memberikan sepakan percuma bodoh kepada lawan serta gagal mengawal emosinya.

Sepakan percuma hasil kekasaran Gordon itu hampir membuatkan pasukannya bolos.

Ketika dia keluar dari padang, Howe berada di sana untuk menyambut pemain muda itu, tetapi Gordon menolaknya, dengan jurulatih Graeme Jones terpaksa menenangkannya.

Howe terus cuba mendapatkan Gordon dan menjelaskan sebab dia dikeluarkan.

Saksikan di sini:

Ramai penyokong Newcastle bengang dengan tindakan Gordon. Kerana menurut mereka, pemain itu masih belum membuktikan apa apa di kelab baharunya, namun sudah cuba berlagak seperti superstar.

Selain itu, seorang penyokong Everton berkata: “Dia memang virus. Ingat tak bagaimana dia mendesak perpindahan ke Newcastle?”

Ada juga yang merasakan bahawa Newcastle harus mengambil tindakan tegas ke atas pemain itu untuk pengajaran.