Anthony Gordon: “Paling Penting Untuk ‘Stay Humble’ Eh”

Wira kemenangan Newcastle, Anthony Gordon menggesa rakan sepasukannya supaya kekal ‘merendah diri’ susulan kemenangan Newcastle United ke atas Arsenal pada perlawanan kedua separuh akhir Piala Carabao.

Pemain sayap berusia 23 tahun itu memainkan peranan penting dalam kemenangan di St. James’ Park pada malam Rabu, menggandakan kelebihan Magpies pada separuh masa kedua.

Ianya selepas mereka mendahului menerusi gol Jacob Murphy pada sepparuh masa pertama.

Ianya misi sukar untuk Arsenal selepas mereka kalah 2-0 dalam perlawanan pertama di Emirates sebelum ini. Lagipun Newcastle adalah pasukan yang sentiasa memberikan masalah kepada mereeka dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Hasil usaha Gordon dan rakan sepasukannya, Newcastle telah menempah tempat ke final di Stadium Wembley bulan depan. Bercakap mengenai Sky Sports selepas perlawanan, pemain antarabangsa England itu menegaskan bahawa dia – dan rakan sepasukannya – tidak boleh terbawa-bawa.

“Saya rasa penting untuk kita kekal rendah diri sekarang, eh” kata Gordon.

“Kami meneruskan kemaraan yang sangat baik dan kami mempunyai dua keputusan yang kami tidak sangka akan datang dan kami tidak benar-benar perlukan pada musim ini, jadi ini adalah permainan yang baik untuk meletakkan kami kembali ke landasan.

“Tetapi saya fikir kami hanya perlu menundukkan kepala dan fokus pada apa yang ada di hadapan kami.”

Komen ‘merendah diri’ atau ‘stay humble’ bintang Newcastle itu boleh dilihat oleh peminat sebagai membangkitkan kembali komen Erling Haaland beberapa bulan lalu ke atas Arsenal, berikutan keputusan seri 2-2 The Gunners dengan City pada awal musim, Erling Haaland memberitahu Mikel Arteta untuk ‘kekal merendah diri’ – dan detik itu cepat menjadi tular di media sosial.

Terbaru Arsenal pula menganjing Manchester City dengan memutarkan lagu Humble di dalam stadium ketika meraikan kemenangan 5-1 mereka ke atas Manchester City.

Newcastle kini berpeluang untuk menamatkan kemarau trofi domestik sejak 1955.