Menteri Pengangkutan menyatakan kekecewaannya ke atas pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti di stesen pengangkutan awam.
Menurut beliau lagi, ia seperti sudah menjadi satu budaya yang buruk dan kita harus mengubahnya.
Loke bersiar-siar dan melakukan spot check di sekitar stesen LRT Pasar Seni dan juga Stesen KTM Kuala Lumpur.
Loke menaiki Dego Ride untuk melakukan pemerikssaan mengejut itu.
Dalam permantauan yang dilakukannya itu, Loke mendapati, travelator ‘bi-directional’ yang baru dipasang di jambatan pejalan kaki sejauh 102 meter telah rosak.
Travelator itu menghubungkan LRT Pasar Seni dengan stesen KTM Kuala Lumpur.
Anthony Loke menegaskan: “Inilah sebabnya kenapa saya nak buat pemeriksaan mengejut. Travelator ini adalah baru. Namun daripada dua, hanya satu yang befungsi.”
“Ini akan mencalarkan imej negara kira terutama sekali pada awal tahun untuk kempen Tahun Melawat Malaysia.”
Loke juga mendapati hanya satu daripada empat mesin tiket KTM yang berfungsi.
“Bukan sahaja Menteri Pengangkutan yang harus turun padang memeriksa kesemua perkhidmatan ini. Namun CEO GLC yang berkaitan dengan bidang pengangkutan harus mencari inisiatif, bagi memeriksa keadaan dengan lebih kerap.”
“Ini kerana perkhidmatan ini juga dibekalkan oleh syarikat [GLC] mereka.”
“Saya mahu budaya penyelenggaraan yang lebih baik dapat disemai di kalangan penyedia perkhidmatan awam kita.”
“Dan saya jelaskan bahawa saya tidak gembira dengan situasi semasa terutama ketika kami menjangkakan kesemuanya sudah bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan ramai pelancong ke negara ini tahun ini, ” tambah beliau lagi.
Loke turut menjelaskan bahawa, kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk infrastruktur.
Tetapi jika perkhidmatan pengangkutan awam masih di takuk lama, maka GLC yang berakaitan harus melakukan sesuatu dengan segera.
“Tak ada gunanya ada projek mega dan berbelanja berbilion ringgit untuk menaik taraf trek dan stesen pengangkutan awam yang kita ada, namun dari segi perkhidmatan kepada orang awam, kita jauh ketinggalan di belakang.”
“Sistem penjualan tiket harus lebih cekap. Kita tak mahu ada situasi di mana ada orang yang ingin menggunakan pengangkutan awam tetapi sukar nak beli tiket.”
Anthony Loke melakukan spot check dengan menaiki kapcai je tau dengan perkhidmatan Dego Ride.
This is not acceptable ! Guess what transport minister Anthony Loke found out on his first spot check of the year 🚇
But he can’t do it alone he said, he’s tasked CEOs of GLCs to put in place a culture of maintenance, strive for better service to commuters in 2020 & beyond.👍 pic.twitter.com/beQGZiC51X— Melissa Goh (@MelGohCNA) January 6, 2020
Sumber: Sun Daily