Antony memberikan jaminan bahawa peminat akan mendengar namanya untuk jaringan gol dan assist pada musim baharu ini. Antony musim lalu bergelut dengan gol dan assist.
Dia sedar bahawa musim lalu adalah musim yang mengecewakan bagi dirinya secara peribadi. Lantaran itu, Antony nekad mahu memperbaiki prestasinya pada musim ini.
Pemain antarabangsa Brazil itu juga akui kesukaran itu juga dipengaruhi oleh masalah luar padang. Di mana dia dituduh memukul bekas teman hidupnya, Gabriela Cavalin.
Antony menafikan kesemua pertuduhan itu dan menyatakan bahawa dia tak akan pernah mengasari mana mana wanita. Dia menghormati wanita sama seperti mana dia menghormati ibu dan kakaknya.
Bercakap kepada Daily Mail, Antony sudah ada formula untuk memperbaiki prestasinya. Dia yakin kehidupannya yang sukar di Favela membantunya untuk mengatasi kesulitan tersebut.
Antony berkata: “Saya adalah seorang yang tak mudah berpuas hati dan menuntut banyak daripada diri sendiri. Sudah tentu saya agak tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku musim lalu.
“Ada banyak perkara berlaku musim lalu, termasuk, terpaksa beraksi di bek kiri. Sebab ketika pasukan kamu sedang ketinggalan atau terikat, kamu nak lebih banyak terlibat dalam serangan untuk membantu pasukan bangkit dan mengubah keadaan dan menang.
“Namun saya baik baik baik sahaja, sebab saya sayangkan Erik dan dia pun sangat sayangkan saya. Dia pengurus yang hebat dan tahu dia boleh berharap kepada saya.
“Saya ada banyak objektif musim ini, saya suda ada catitkannya untuk diri sendiri. Saya dah lama tak buat macam ini, namun saya akan melakukan lebih banyak musim ini. Saya akan lakukannya setiap perlawanan. Sentiasa ada kertas di rumah saya, biasanya saya akan bawa nota itu bersama saya. Jika saya tertinggal nota saya di rumah, saya akan hubungi isteri saya untuk ambil gambar dan hantar kepada saya.
Antony is ready to deliver for Man United ⚽️🎯 pic.twitter.com/lzwW3az0EV
— ESPN FC (@ESPNFC) August 9, 2024
“Ada banyak perkara dan butiran saya tulis, berapa banyak percubaan yang patut saya buat dalam satu perlawanan, saya tak boleh kehilangan bola, saya perlu menjaringkan gol dan mencipta assist, hantar bola dan melengkapkan gelecekan, tak lupa juga prestasi ketika bertahan, lebih banyak menggunakan kaki kanan. Ada banyak sekali objektif.
“Saya berikan jaminan, kamu semua akan dengar nama Antony pada gol dan assist pada musim ini.”
Antony is ready to deliver for Man United ⚽️🎯 pic.twitter.com/lzwW3az0EV
— ESPN FC (@ESPNFC) August 9, 2024
Antony merupakan pemain yang dibeli dari Ajax oleh Man United dengan nilai keseluruhan £85 juta atau sekitar €100 juta. Oleh sebab it Antony seringkali menjadi kritikan setiap kali gagal memberikan hasil terbaik.
Namun pengendali Man United, Erik Ten Hag percaya pemain itu akan bangkit.
“Kamu sudah lihat sendiri betapa bagusnya dia di Ajax. Dia memulakan musim [di England] dengan sangat baik. Namun dia agak tergganggu pada musim lalu,” kata Ten Hag yang mengakui insiden di luar padang telah mempengaruhi prestasi Antony.
Ten Hag percaya pemain itu akan bangkit pada musim ini dan kembali semula kepada prestasi luar biasanya seperti di Ajax.
Ten Hag dan United akan berhadapan dengan Man City pada hari ini untuk aksi Perisai Komuniti Inggeris. Ianya selepas United berjaya menjulang Piala FA pada musim lalu, dan Man City mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris mereka.
Antony menegaskan bahawa dia sentiasa bersedia untuk membantu pasukannya.
Adakah musim ini akan menjadi musim kebangkitan untuk Antony? Sama sama kita nantikan apa yang bakal berlaku.