Antony meneruskan rentak cemerlangnya di Real Betis. Selepas meraih 3 MOTM dalam 4 perlawannan pertamanya bersama kelab itu, dia membantu Betis mengejutkan Real Madrid.
Antony merupakan pemain yang dipinjam dari Man United. Dia tidak berada dalam perancangan Ruben Amorim buat masa ini.
Antony dibeli dengan nilai €100 juta dari Ajax beberapa tahun lalu. Gagal untuk menepati tanda harga ada padanya.
Antony malah disenarai jual oleh United yang merasakan pemain itu boleh dianggap pembelian gagal di bawah era Erik Ten Hag.
Namun kelab hanya akan menjual Antony dengan harga tepat. Yakin bahawa pemain itu adalah pemain berkualiti.
Antony sebelum ini menyatakan dia masih mahu merebut tempat dalam skuad Man United. Dia pernah menolak tawaran kelab Sepanyol sebelum ini kerana mahu berjuang di United.
Namun akhirnya pemain itu menerima cadangan kelab agar dia berpindah secara pinjaman ke kelab lain.
Dia menyertai Real Betis dan setakat ini sudah menunjukkan semula kualitinya yang sudah lama ditagih oleh United.
Namun begitu, prestasi itu masih belum meyakinkan Ruben Amorim. Yang berpendapat bahawa kualiti fizikal di EPL adalah berbeza dengan La Liga yang lebih lembik.
Itulah alasan utama Antony menyerlah di sana dan tidak menyerlah di United. Ianya bukan kerana isu taktikal atau masalah pasukan.
Sebelum ini Erik Ten Hag yakin Antony pemain yang bagus cuma masalah luar padang seperti isu dengan bekas teman wanitanya menggganggunya.
Berbalik kepada Ruben Amorim, jelas pengurus itu setakat ini tidak yakin Antony sesuai dengan pasukan United dan Liga Perdana Inggeris.
“Apabila kamu bermain menentang mana mana pasukan di England. Di sini mereka lebih keras dan fizikal. Jika kamu tak ada kemampuan fizikal yang bagus maka kamu akan bergelut.
“Lihat Antony sekarang, dia cemerlang di Sepanyol [yang kurang fizikal].
🎥-🔴 Ruben Amorim on the challenges of the #PL & how Antony is thriving in LaLiga
🗣️ “if you don’t have physicality, you will struggle a lot. Antony is so much better now in Spain. It’s [because of] a lot of factors but I guarantee you it’s physicality”
pic.twitter.com/7AdCxUm3oR— Beyond United (@BeyondUTD1) March 1, 2025
“Ada banyak faktor yang mungkin, namun saya jamin kepada kamu itu semua kerana faktor fizikal,” tegas Amorim.
Ada peminat rasa Amorim kini sedang memperlekehkan kualiti La Liga. Kerana menurut mereka La Liga pun memiliki daya saing fizikal yang kuat.
A dig at La Liga?
— Herbert karima (@ALBERTOMWANALDO) March 1, 2025
Ada juga yang merasakan Amorim menghantar mesej jelas dia tak mahu bertanggungjawab mencuci kegagalan Ten Hag pada Antony, lebih baik dia membeli pemain dia mahu.
Kemudian yang lain menyatakan bahawa pemain seperti Amad Diallo pun tidak keras secara fizikal, begitu juga Kobbie Mainoo namun mereka masih mampu menunjukkan kualiti mereka.