Antony Dibenarkan Kembali Walaupun Masih Disiasat

Antony kini tersedia untuk pemilihan pemain yang akan bermain dalam aksi Man United yang akan datang.  Man United dalam kenyataannya berkata: “Sejak tuduhan pertama kali dibuat ke atasnya dibuat pada Jun, Antony telah bekerjasama dengan polis sama ada di Brazil dan di UK, dan dia akan terus bekerjasama.”

“Sebagai majikan Antony, Manchester United memutuskan bahawa Antony akan kembali berlatih di Carrington. Dan akan tersedia untuk pemilihan sementara siasatan polis berjalan. Ini akan berada di bawah pemerhatian sementara menunggu perkembangan terbaru dalam kes ini.”

“Sebagai sebuah kelab kami mengecam sebarang tindakan keganasaan dan penderaan. Kami sedar pentingnya menjaga keselamatan semua pihak terlibat dalam situasi ini. Dan kami juga sedia maklum tentang impak tuduhan ini keoada mangsa penderaan yang berjaya menyelamatkan diri.”

Ramai peminat mulai membezakan layanan diterima Antony berbanding Mason Greenwood. Antony yang masih dalam siasatan kes keganasan domestik dibenarkan untuk kembali. Bebeza dengan Mason Greenwood sebelum ini yang tidak dibenarkan beraksi sepanjang siasatan ke atasnya.

Dan kemudian kelab melakukan siasatan dalaman ke atas Greenwood sebaik sahaja kesnya dengan polis selesai.

Namun begitu ada juga peminat United percaya kes Antony dengan Greenwood adalah berbeza, kerana untuk Antony masih tidak ada bukti yang benar benar kukuh.

Ada juga menganggap kelab kali ini mengendalikan kes Antony lebih baik daripada yang mereka lakukan ke atas Greenwood.

Antony sebelum ini direhatkan daripada tugasan selepas dia digantung oleh pasukan kebangsaan Brazil. Ianya kerana laporan polis yang dibuat bekas pasangan hidupnya Gabriela Cavallin. Dan kemudian dua lagi wanita tampil menyatakan pemain itu turut berkelakuan ganas ke atas mereka.

Antony menafikan kesemua tuduhan ke atasnya dan menyatakan bahawa dia sedia untuk bekerjasama. Antaranya, Antony memuat naik tangkap layar Whatsapp dengan salah seorang wanita, Ingrid Lana, yang menyatakan dia tak kenal Antony secara peribadi dan cuma rakan niaga.

Daripada perbualan itu ternyata wanita itu kenal Antony dan ada hubungan intim dengannya.