Antony Kongsi Screenshot Bukti Perempuan ‘Serah Diri’ Bukannya Dipaksa

Antony telah berkongsi tangkap layar perbualan dia dengan Ingrid Lana.

Ingrid Lana salah seorang lagi wanita mendakwa dia telah dipaksa melakukan hubungan kelamin oleh Antony.

Dalam kenyataannya sebelum ini Ingrid Lana berkata, dia terkejut ketika Antony cuba memaksanya untuk melakukan hubungan kelamin.

Ketika dia menolak, Antony telah menamparnya dan menolak dia dengan ganas ke dinding.

Antony tampil mempertahankan dirinya dan berkongsi paparan tangkap layar. Di mana daripada perbualan itu, wanita itu jelas menyerahkan dirinya kepada Antony dengan menunggu pemain itu di katil dalam keadaan tanpa pakaian.

Berikut adalah terjemahan daripada perbualan mereka.

Antony: Apa saja yang awak cakap saya akan datang.

Ingrid: Jika awak mahu kitew akan tunggu awak dalam keadaan tanpa pakaian di atas katil tau.

Antony: Wow, cambest je sayang.

Jap saya baru je sampai ni awak, dah tidur ke? Awak, mana? ada kat dalam rumah tu ke? Janganlah menghilang macam tu je cantikku.

Hari berikutnya.

Ingrid: Awak nak datang lagi ke nanti sayangku? Kite sedang berjalan jalan je ni sekitar kawasan ni. Beritahu kite taw kalau kalau awak nak datang balik.. kiss kisss.

——–

Ingrid: Semoga tuhan terus bersama awak. Kite ni nanti nak ke airport. Tapi sebelum tu kitew nak jumpa awak dulu…. ada benda nak bincang la, berkaitan antara lelaki dan perempuan, kerana kita macam tak betul.

Awak ibarat cahaya, tuhan bersama awak selalu, dan begitulah nampaknya sekarang ni. Tapi ini baru permulaan kepada rahmat tuhan ke atas hidup awak, tuhan bukan takat merahmati kita dari segi materialistik taw, tetapi spiritual sekali.

Kita tak pasti akan akan jadi di dunia ini. Apa yang kita telah tinggalkan di belakang masa lalu kita adalah legasi dan kenangan. Kiss, jumpa awak bila bila masa kamu free.

Ingrid (selepas mesej audio): Jangan marah marah la awak.

Ingrid (selepas panggilan video): Kite benar benar teruja setiap kali berjumpa awek giteww

Ingrid: Kite tak akan pernah menyakiti awak. Awak, awak caye tak kat kite?

Antony (selepas mesej audio Ingrid): Ini soal kepercayaan wei. Kite rasa tak sedap hati bila awak berterusan screenshot perbualan kita [nota editor: mungkin dia kongsikan dengan kawan kawan terdekatnya]

Itu tak bagus, so sila padamkannya.

Ye aku caye kat kau tapi aku tak rasa apa kau buat ni betul.

Ingrid: Baiklah Antony sayang, terima kasih sebab cayekan kita.

Aku datang dari jauh nak jumpa awak. Takkan awak tak percayakan saya.

Awak tak balas pun mesej kitew? Antony, kite dah delete tau. Masih marah kat kite ke tu? Nanti kite padamkan terus daripada cloud sekali, cuma kite tak reti la awaa. Cakaplah dengan kitew. Boleh tak kitew tengok gambar awak, boleh la kita rasa happy sangat kat sini.

Jika benar seperti dalam perbualan itu, ternyata Ingrid bukan ada hubungan sekadar rakan niaga dengan Antony tetapi ianya hubungan peribadi atau pasangan kekasih.

Antony sudah bertekad dia akan membersihkan namanya.