Antony Lancar Mogok Tak Mahu Berlatih, Desak Kelabnya Terima Tawaran Manchester United

Baru beberapa hari lalu, Antony menyatakan dia gembira di Ajax dan kemudian mencium logo kelab itu ketika menjaringkan gol.

Dan keadaannya berubah kini. Di mana pemain asal Brazil itu dilaporkan mogok tak nak berlatih kerana mahu menyertai Manchester United.

Antony kini mendesak agar Ajax mempertimbangkan tawaran daripada Manchester United untuknya.

Antony kecewa kerana Ajax menolak bidaan EUR80 juta daripada Manchester United untuk membelinya.

Fabrizio Romano mengesahkan bahawa: “Antony mahu menyertai Manchester United. Dia mendesak perpindahan tersebut, dan inilah sebabnya kenapa dia tidak berlatih pada hari ini.”

“Antony memberitahu Ajax bahawa ia mahu kertas tawaran Man United dibincangkan, tetapi Ajax berkata tidak kepada tawaran bernilai €80 juta.”

Mike Verweij turut melaporkan bahawa Antony tiba tiba tidak dapat berlatih untuk pasukannya. Walaupun sebelum itu dia nampak baik baik sahaja.

Verweij yang merupakan pakar perpindahan Belanda berkata: “Antony meninggalkan kelab pada Khamis dalam keadaan sangat cergas. Namun keesokan harinya dia tidak dapat berlatih. Saya merasakan bahawa dia cuma mahukan perpindahan ke Manchester United.”

Manchester United setakat ini sudah melakukan sekurangnya 2 bidaan untuk Antony. Dengan Ajax menyatakan bahawa mereka hanya akan mempertimbangkan tawaran untuk Antony jika ianya bermula dengan angka €100 juta.

Ajax telah menjual Donny Van De Beek beberapa musim yang lalu ke Man United. Dan musim ini mereka baru sahaja menjual Lisandro Martinez.

Antony merupakan penyerang yang digilap oleh Erik Ten Hag sehingga dia menjadi pemain elit di Eropah.

Beberapa bula lalu, Antony pernah membayangkan bahawa, jika Ten Hag memerlukan bantuannya, dia sedia memberikan bantuan yang dia mampu.

Namun kemudian Antony menegaskan bahawa dia mahu terus kekal bersama Ajax, bermain dalam Liga Juara Juara Eropah.

Manchester United baru sahaja memuktamadkan perjanjian mendapatkan Casemiro. Dan kini mereka beralih kepada Antony.

Pelbagai sumber juga mendedahkan bahawa Man United masih berusaha untuk mendapatkan Frenkie De Jong.

Erik Ten Hag juga mengesahkan bahawa kelab mereka tidak akan sesekali menjual Cristiano Ronaldo.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan