Antony Menangis Mengenangkan Dia Kena Spin Dengan Cinggey

Antony tampil membuat kenyataan terbuka tentang tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

Sebelum ini Gabriela Cavallin membuat laporan polis mendakwa dia dipukul dan dicederakan oleh Antony.

Antara kecederaan yang dialami oleh Gabriela Cavallin adalah luka pada jarinya yang menurutnya kerana ditoreh oleh Antony dengan kaca.

Antony menyatakan bahawa dia tidak pernah menyerang Gabriela. Sebaliknya pada hari kejadian, Gabriela yang bertindak ganas dengan membaling dan memecahkan pinggan dan cawan kaca.

“Saya pada masa itu nak beritahu dia bahawa saya ada tanggungjawab untuk diselesaikan dan harus pergi keluar. Dan dia kemudian mengambil pinggan dan gelas lalu menghempaskannya ke lantai.”

“Saya terus merangkulnya untuk menenangkannya dan saya tidak menyakitinya.”

Antony tidak tahu bagaimana Gabriela bole cedera.

Antony kemudian menyatakan dia sangat menentang keganasan ke atas wanita, kerana dia pun ada ibu dan adik beradik perempuan.

“Saya tidak menyokong perkara seperti ini [keganasan terhadap wanita]. Kerana ianya salah sepenuhnya. Saya ada ibu dan adik beradik perempuan. Dan saya tak mahu perkara seperti itu berlaku kepada mereka.”

Ditanya sama ada dia risau kalau kontraknya dengan Man United mungkin akan ditamatkan kerana kes seperti ini.

Pemain itu tidak risau. Kerana menurutnya dia tidak bersalah dan yakin bahawa kebenaran akan ditegakkan selepas ini.

“Saya tidak perlu takut untuk menanggung akibat perkara yang yang saya tidak lakukan. Saya tidak bersalah. Dan kebenaran itu pasti akan muncul.”

Bercakap tentang pengguguran namanya dari skuad Brazil, Antony menjelaskan dia sangat sukar menerimanya. Kerana dia tidak pernah melakukan sebarang keganasan terhadap wanita.

Antony menitiskan air matanya, sedih mengenangkan perkara yang sedang menimpanya kini.

Baca yang lain