Antony tak akan berhenti untuk mempamerkan skilnya kepada umum walaupun ramai yang menjadikannya bahan jenaka.
Prestasi Antony sejak musim lalu membimbangkan peminat United. Sehinggakan ada yang melabel dia pembelian €100 juta paling gagal dalam sejarah.
Baru baru ini Manchester United dilaporkan sudah bermesyuarat dan memutuskan sedia menjual Antony dengan harga 50% diskaun.
Antony sebelum ini hampir dilepaskan ke kelab Sepanyol secara pinjaman namun dia tidak mahu. Dan bertekad mahu terus kekal. Dia malah berjanji akan membuatkan peminat mendengar namanya lebih kerap diumumkan sebagai penjaring gol dan pencipta assist.
“Saya tahun musim lalu bukan musim yang baik. Namun saya berjanji kamu akan mendengar lebih kerap nama Antony sebagai pencetak gol atau pencipta assist,” tegas pemain itu.
Terbaru Antony menegaskan dia tidak akan menukar cara permainannnya yang suka menggelecek dan mempermalukan lawannya.
“Menggelecek sentiasa akan menjadi sesuatu yang ada dalam diri saya. Ianya naluri semulajadi. Saya tak akan tunduk dengan tekanan siapa siapa.
“Saya akan melakukan elastico mengatasi pengedar dadah. Saya akan melakukan rainbow flick mengatasi pemandu bus. Me-nutmeg pencuri. Saya memang tak kisah langsung [dengan mulut orang lain].
“Dengana ada bola di kaki saya, saya tak ada sebarang ketakutan dalam diri.”
🇧🇷🗣️ Antony: "Dribbling was always something inside me. It was a natural instinct. And I refused to bow my head to anyone."
"I would elastico the drug dealers. Rainbow the bus drivers. Nutmeg the thieves. I really did not give a f***. With a ball at my feet, I had no fear." pic.twitter.com/ojfD8l1yi5
— CentreGoals. (@centregoals) October 18, 2024
Antony masih lagi bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Man United musim ini. Namun beberapa bulan lalu Ten Hag yakin pemain itu akan bangkit.
“Apa yang berlaku padanya [di luar padang] mempengaruhi prestasinya. Namun dia pemain yang hebat dan saya yakin dia akan bangkit,” tegas Erik Ten Hag.