Pemain sayap Manchester United, Antony menunjukkan apa yang dia mampu lakukan, atau, apa yang Antony diharapkan oleh peminat United selama ini – ketika dia di Real Betis.
Antony mungkin mempunyai alasan yang kukuh ketika dia mengadu kekurangan minit permainan di Manchester United membuatkan dia gagal menyerlah.
Di mana ketika di United dia sudah bermain untuk 3 orang pengurus iaitu Ten Hag, Nistelrooy [interim] dan Amorim, dia langsung tidak menjadi pemain kesebelasan utama pilihan utama mereka musim ini.
ANTONY. 🇧🇷
WHAT. A. PLAYER. 🔥 pic.twitter.com/a63rRPTRSz
— LALIGA English (@LaLigaEN) February 16, 2025
Antony bermain lebih daripada 400 minit dalam semua pertandingan untuk United musim ini dan hanya berjaya menyumbang satu gol, penalti menentang Barnsley.
Manakala musim lalu dalam 1,910 minit beraksi, Antony hanya menjaringkan tiga gol dan melakukan dua assist. Dua gol dan 1 assist daripada jumlah itu hadir dalam aksi menentang kelab bawahan Newport County.
Ia tidak mengejutkan dia dipinjamkan, terutamanya dengan taktik Ruben Amorim yang menjadikannya sesuai dengan kedudukan yang ganjil. Di Real Betis, Antony kelihatan lebih segar.
Dijanjikan minit permainan dan tempat automatik oleh Betis, kelab itu benar benar menunaikan janji mereka. Dan Antony membalasnya.
Antony telah dihantar secara pinjaman ke Real Betis pada jendela perpindahan Januari telah menjadi set semula kerjaya yang dia perlukan.
Ineos memasukkan klausa yang menegaskan Antony mesti bermain beberapa minit, atau Betis berdepan penalti kewangan, dan Real Betis tidak akan kecewa dengannya sekarang.
Antony telah menjadi penyumbang utama untuk pasukan Sepanyol itu, dan menjaringkan gol sekali lagi dalam kemenangan mereka ke atas Real Sociedad.
Kali ini dia melakukan gol menerusi voli yang sangat cantik.
NO WAY ANTONY SCORES FOR BETIS AGAIN
— Janty (@CFC_Janty) February 16, 2025
Dia juga menjadi pemain sayap yang memberikan banyak masalah kepada Sociedad dalam perlawanan ini.
Antony vs Real Sociedad pic.twitter.com/n26GFn9w3l
— . (@Hxkzaftbl) February 16, 2025
Dan ketika ini, dia sudah 3 kali menjadi pemain terbaik perlawanan sejak tiba di Real Betis. Musim masih panjang untuk Antony menambahkan lagi jumlah gol, assist dan juga anugerah MOTM.
Siapa tahu dia mungkin akan jadi Pemain Terbaik Bulanan La Liga bulan ini?
Three LALIGA matches, three match MVP awards for Antony ✨
Incredible 👏 pic.twitter.com/7vxTyfUGir
— ESPN FC (@ESPNFC) February 16, 2025
Prestasinya mengingatkan peminat kepada prestasi kemuncaknya di Ajax. Itulah sebabnya kenapa Man United pecah tabung untuk membelinya €100 juta. Walaupun diakui harga itu tetap agak mahal. Namun kelab menilai potensi yang masih boleh dikembangkan berdasarkan usianya.