Antony akui dia kini kembali tersenyum dan menikmati bola sepak di Real Betis.
Pemain asal Brazil itu berdepan detik sukar di Man United terutama sekali selepas kes dia dengan bekas teman wanitanya.
Di mana Antony dituduh melakukan kekerasan ke atas wanita. Seterusnya muncul lagi wanita lain yang mendakwa Antony mer***lnya.
Antony menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Dan ianya membuatkan dia tertekan di dalam dan luar padang.
Erik Ten Hag sendiri mengakui Antony terkesan teruk dengan perkara tersebut.
Kini Antony dipinjamkan ke Real Betis. Dan dia berjaya menjadi MOTM dalam 3 perlawanan daripada 4 aksi dia terlibat. Dia turut mencetak 3 gol untuk kelab tersebut setakat ini.
Ia telah membuatkan Antony kini dicalonkan dalam anugerah pemain terbaik bulan Februari La Liga bersama sama dengan Mbappe, Pedri dan Ante Budimir.
🚨 Antony has been included in La Liga’s Player of the Month candidates with Kylian Mbappé, Pedri, Ante Budimir and Oihan Sancet. pic.twitter.com/FzPr4jOgAt
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 19, 2025
Antony berkata: “Saya sangat bersyukur dengan detik saya di Manchester United. Saya berdepan detik sukar di United dan pada masa yang sama memenangi beberapa piala.
“Namun begitu, di Real Betis, saya boleh katakan saya akhirnya menemui semula sentuhan saya. Ini semua kerana kegembiraan yang saya ada pada ketika ini.
“Setiap hari saya bangun dan tersenyum, masa nak masuk tidur pun saya tersenyum. Bagi saya, inilah perkara yang paling penting,” tegas Antony.
Moving to Real Betis helped Antony regain his happiness 🥹💚
(via @RealBetis) pic.twitter.com/bOLhBmS6ds
— ESPN FC (@ESPNFC) February 19, 2025
Antony menyertai Real Betis secara pinjaman. Dia sebelum ini dibeli Man United dari Ajax dengan nilai EUR100 juta.
Prestasi luar biasa dia di Ajax menjadikan dia antara pemain terbaik di Eropah pada ketika itu. Dia juga dipanggil untuk mewakili skuad kebangsaan Brazil.