Antony gembira dengan keputusannya menyertai Real Betis. Ini kerana menurutnya, Betis membuatkan dia terasa seperti berasa di kampung halamannya di Brazil.
Berbanding dengan tinggal di Manchester yang kurang menerima cahaya matahari. Namun Antony menyatakan dia bukan tidak suka Manchester United. Dia cuma kurang suka dengan kehidupan di Bandar Manchester.
Antony berkata: “Ke mana sahaja saya pergi saya akan bercakap yang baik baik sahaja tentang Man United.”
Kemudian Antony menyatakan bahawa dia juga perlu memastikan keluarganya gembira. Dan mereka sukakan kehidupan di Seville.
Antony menambah: “Saya pun mahu keluarga saya gembira. Dan setiap hari, saya memikirkan bahawa, keputusan menyertai Real Betis adalah keputusan terbaik yang pernah saya buat,
“Saya menikmati kehidupan di Seville. Di sini mengingatkan saya kepada Brazil, dengan adanya matahari, makanan di sini, dan orang di sini baik bai baik. Saya sangat gembira.”
Antony sebenarnya pernah mendapat tawaran lebih awal daripada Betis untuk menyertai mereka pertengahan musim lalu. Namun pemain itu menolaknya kerana masih yakin dia dapat merebut tempat dalam Man United.
🚨🚨🎙️| Antony: "Wherever I go, I’ll always speak highly of Manchester United. At Betis, I found myself. I needed my family to be happy too. Each day, I realize joining Real Betis was the best decision I made. I enjoy Seville. It reminds me of Brazil for the sun, the food, the… pic.twitter.com/xe7qg3e2fn
— centredevils. (@centredevils) April 2, 2025
Antony akhirnya akur dan menyertai Real Betis pada Januari lalu sebagai pemain pinjaman. Ianya selepas dia diberitahu bahawa dia masih tiada dalam perancangan pengurus kelab termasuk Ruben Amorim.
Antony menyertai United dengan nilai mencecah €100 juta dari Ajax pada 2022. Sejak itu dia gagal untuk menepati tanda harganya. Ini ditambah tekanan daripada masalah luar padang.
Kini dia menikmati semula bola sepak terbaiknya. Pengurus Betis, Manuel Pellegrini memuji Antony selepas kemenangan pasukan mereka dalam Derbi.
“Ada sebab kenapa Man United sanggup membayar €100 juta untuk Antony,” tegas pengurus itu.
Bintang Betis, Isco kemudian berseloroh meminta semua orang di Real Betis untuk membuat kutipan derma awam untuk memastikan Antony kekal semusim lagi selepas ini.
Hal ini kerana harga Antony pastinya sangat mahal pada masa ini. Tiada angka klausa beli tetap dalam kontrak Antony yang membuatkan United tidak terikat dengan mana mana harga.
Dilaporkan sebelum ini bahawa Man United mahukan sekurang kurangnya £50 juta untuk Antony. Tetapi harga itu pastinya meningkat berdasarkan prestasi semasanya.