Anuar Dan Ellina Kenang Kembali Lagu Legenda Suasana Di Hari Raya (1984)

Lagu Suasana Di Hari Raya dihasilkan pada tahun 1984 pada bulan Ramadan di studio Redifussion di Jalan Pahang.

Dua anak muda yang bernama Anuar Zain dan Ellina Razak ketika itu telah merakamkan lagu Hari Raya yang mereka sendiri tak akan sangka bakal menjadi lagu klasik.

Karya agung itu disusun oleh penerbit legenda, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan, dengan lirik oleh Habsah Hassan yang bertahan menjadi lagu malar segar.

Rojak Daily telah menghubungi Anuar dan Ellina untuk mengetahui lebih lanjut mengenai latar belakang dan bagaimana mereka merenungkan kejayaan lagu tersebut.

Walaupun Anuar Zain terus kekal dalam kancah hiburan, Ellina pula gembira sebagai suri rumah dan juga berkhidmat sebagai ahli lembaga Pertubuhan Tarian Antarabangsa Malaysia.

“Saya sangat teruja untuk merakamnya,” kata Anuar tentang bagaimana perasaannya ketika mengetahui bahawa dia akan merakamkan lagu Raya. Ellina, juga sama teruja.

“Ketika saya diberitahu tentang hal itu, itu hanya tugasan yang saya anggap sebagai perlu dilakukan. Saya hanyalah kanak-kanak pada masa tu dan tidak tahu banyak.”

“Tetapi sekarang, saya gembira (bahawa) saya adalah orang yang diberikan kepercayaan untuk membawa lagu itu. ‘Lucky’ adalah perkataan terbaik untuk menggambarkan semuanya, “katanya.

“Itu adalah satu pengalaman hebat bagi kami berdua sebagai budak budak, untuk merakam vokal kami pada waktu itu. Saya sangat bersyukur untuk itu,” tambah Anuar Zain lagi.

“Kami tahu bahawa proses rakaman ketika itu jauh lebih membosankan dan memakan masa. Pita digunakan untuk merakam muzik dan vokal. Terdapat banyak pita dipotong untuk menyunting dan memutar balik pita tersebut dan memindahkannya dari pita besar ke yang lebih kecil. ”

“Mixing dan mastering juga memerlukan banyak masa kerana semuanya dilakukan secara manual, ”jelas Anuar.

“Dengan pita analog yang dimainkan, anda cuba untuk tidak merosakkannya terlalu banyak. Apa yang anda nyanyikan itulah yang anda dengar,” kata Ellina.

“Tahu tak? Pada hari rakaman, Ellina sebenarnya jatuh sakit dengan selesema. Nasib baik, saya berjaya menyanyikannya tanpa banyak kesulitan,” jelas Ellina lagi.

Mengenai elemen visual, Anuar menjelaskan bahawa terdapat beberapa klip yang dirakam oleh beberapa stesen televisyen untuk lagu tersebut.

“Yang cukup terkenal adalah yang dirakam di rumah kami bersama anak-anak jiran. Senario itu seperti Hari Raya yang sebenar. Ia sangat mengagumkan!” jelas Anuar.

Kedua-duanya sama sama mengatakan bahawa mereka tidak pernah menjangka vokal mereka akan menjadikan lagu itu bakal menjadi lagu legenda dan klasik.

Anuar berkata: “Tidak pernah dalam sejuta tahun sekalipun kami menyangka bahawa lagu itu akan menjadi hit dan menjadi lagu Raya yang paling banyak dimainkan sejak sekian lama, hingga sekarang.”

Anuar mengucapkan terima kasih atas inisiatif yang diambil oleh penyanyi dan peminat yang melakukan beberapa cover untuk lagu tersebut. Dia juga merasa dengan rendah hati dan bangga mendengar lagu tersebut telah dipilih sebagai muzik latar untuk berbagai iklan Raya.

Selain daripada lagu raya tersebut, Anuar dan Ellina juga bergabung dalam satu lagi lagu klasik kanak kanak iaitu Kain Pelikat.

“Senang bekerja dengan Ellina,” kata Anuar.

“Kami seperti adik-beradik hingga sekarang. Kami sangat senang dengan satu main. Kami juga selalu bertengkar.”

Ellina turut berkongsi sikap rendah diri Anuar Zain. Walaupun ketika itu Anuar sudah menunjukkan kemampuan nyanyian seorang profesional, namun beliau sentiasa tidak mengambil mudah lagu tersebut.

Malah Anuar Zain menurut Ellina, langsung tak pernah mengganggu ataupun cuba membetulkan nyanyiannya ketika sesinya dirakam.

Mereka berdua terus berhubung sehingga ke hari ini.

Ellina, yang hari ini ibu kepada empat orang anak, menambah, beliau mendapat tahu lagu itu juga banyak dimuat turun oleh pelajar Malaysia di luar negara yang tak dapat balik.

“Mereka rindu dengan suasana di rumah lagu itu membuatkan terasa seperti di rumah. Saya berbesar hati kerana dikenang dengan cara itu. Kami bernasib baik. Saya bernasib baik kerana menjadi sebahagian daripada Raya setiap orang.”

“Rakan-rakan lama saya dari sekolah adalah orang yang lebih bersemangat menyanyikannya, lebih daripada saya,” akui Ellina.

“Malah mereka juga akan memperkenalkan kepada anak-anak mereka bahawa saya ni kawan mereka.”

Bagi anak-anaknya pula mereka lebih tenang mendengar lagu ibu mereka itu.

“Saya biasanya keluar cepat-cepat dari sesuatu tempat jika mereka memainkan lagu kerana saya cukup pemalu (dan) tidak mahukan perhatian.”

Anuar pula menyatakan, “Saya rasa Hari Raya tahun ini akan sangat santai dan sederhana berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah normal baru kita dan saya fikir ia akan menjadi Hari Raya yang hebat kerana tidak akan berlaku kesesakan seperti tahun-tahun sebelumnya – bukan kerana saya tidak menyukainya tetapi ia akan menjadi sesuatu yang berbeza.”

“Cuma kami, seluruh keluarga merayakan Hari Raya bersama-sama. Ini akan menjadi luar biasa!”

Seperti yang lain, Ellina juga merasakan keperitan dan kesedihan kerana tidak dapat berada di sisi ibu bapanya di Kuala Kangsar, Perak pada Raya ini.

Suaminya, Muzaffar Abdul Rahman, juga tidak akan merayakannya di rumha kerana komitmen kerja.

Namun, dia tetap merancang untuk menghidupkan semangat dengan menyediakan hidangan istimewa untuk Raya!

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga saya, rakan-rakan saya dan para sahabat saya yang merupakan peminat saya, peminat muzik Malaysia kami dan kepada seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia.”

“Berpeganglah kepada normal baharu, jaga diri dan keluarga dengan terus berada di rumah semasa Hari Raya yang akan datang ini.”

“Semoga kita semua diberkati oleh Allah SWT dalam tempoh ujian ini.”

“Semoga kita semua bergembira, banyak ketawa, menikmati makanan enak di meja kita dan jangan lupa untuk membuat panggilan video dengan orang yang anda sayangi. Jaga antara satu sama lain,” tegas Anuar Zain

“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua peminat lagu kami dan kepada rakan-rakan dan keluarga saya. Mari melalui pengalaman ini dengan hati yang rendah hati.”

“Tidak perlu kereta baru, perabot baru, baju raya baru dan semua tu. Raya ini akan Menjadi Raya yang paling sederhana. Tinggal di rumah, supaya kita dapat pulang kampung untuk Raya tahun depan,” ucapan daripada Ellina Razak.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi