Anugerah EPL BBC: Jordan Henderson Pemain Terbaik, Bruno Fernandes Lolos XI Terbaik

Kapten pasukan Liverpool Jordan Henderson telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdahan Inggeris musim 2019/20 oleh BBC berdasarkan satu undian yang dijalankan oleh media arus perdana itu.

Henderson memenangi 23% undian, mengatasi rakan sepasukan Sadio Mane dengan 17%. Kevin De Bruyne diundi di tangga ketiga dengan hanya 14% undian.

Henderson telah menunjukkan musim cemerlang beliau musim ini. Berjaya mendapat lebih penghargaan daripada media dan pundit selain daripada pemain seperti Mo Salah dan Sadio Mane.

Berikut adalah senarai 12 pemain yang merupakan finalis kepada anugerah tersebut:

Sergio Aguero (Manchester City)
Trent Alexander-Arnold (Liverpool)
Alisson (Liverpool)
Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal)
Kevin De Bruyne (Manchester City)
Virgil van Dijk (Liverpool)
Jordan Henderson (Liverpool)
Raul Jimenez (Wolves)
John Lundstram (Sheffield United)
Sadio Mane (Liverpool)
Mohamed Salah (Liverpool)
Jamie Vardy (Leicester)

Bintang Man City, Kevin De Bruyne menikmati satu lagi musim luar biasa. Sementara itu, Jamie Vardy merupakan pendahulu senarai Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim 2019/20 yang diberikan kepada penjaring terbanyak. Namun beliau gagal menempatkan diri dalam XI terbaik.

Henderson menjaringkan 3 gol dan 5 assist dalam EPL musim ini, telah menunjukkan kepentingan beliau kepada dinamik pasukan Jurgen Klopp.

Jadi para peminat merasakan sudah tiba masanya pemain tengah itu diberikan lebih penghargaan.

Salah seorang peminat menyatakan: “Henderson memang pemain terbaik musim ini. Menunjukkan betapa pentingnya lilitan kapten kepada dia dan kelab.”

Seorang lagi berkata: “Semestinya Henderson pada pandangan saya. Lihatlah bagaimana Liverpool, pasukan terbaik di England akan mereana jika dia tiada.”

Rio Ferdinand juga memuji Jordan Henderson dengan menyatakan bahawa beliau adalah pemain yang luar biasa dan kini akan dirindui apabila tiada dalam pasukan.

Gary Lineker mengucapkan tahniah dan menyatakan ia adalah pilihan yang tepat sekali.

Sementara itu, dalam senarai XI Terbaik EPL 2019/20 pilihan BBC menyaksikan dominasi pemain Liverpool. Dengan lapan pemain mereka berada dalam senarai.

Agak menarik apabila bintang yang baru beraksi beberapa minggu di EPL, Bruno Fernandes juga berjaya memecah masuk dalam senarai XI Terbaik musim ini.

Beliau menyertai Man United pada Januari lalu dan memberikan impak luar biasa di atas padang.

Sergio Aguero mengenepikan Jamie Vardy serta Pierre Emerick Aubameyang untuk posisi no.9.

Bagi kategori pemain muda pula, Trent Alexander Arnold diundi sebagai pemenang. Jurgen Kopp diundi sebagai pengurus terbaik EPL pada musim ini.

Liverpool terus berada dalam senarai pilihan apabila kekalahan mereka di tangan Watford juga disenarai sebagai momen paling diingati musim ini.

Dean Henderson pula diundi sebagai ‘signing’ terbaik pada musim ini.

Bagi kategori gol tercantik, gol ala Maradona oleh Son Heung Min telah dipilih peminat. Bintang Wolves, Adama Traore dianggap sebagai pakej kejutan pada musim ini.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil