Jordan Henderson diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan pilihan Penulis Bola Sepak (FWA) Di England.
Henderson menewaskan calon lain termasuk Kevin De Bruyne dan Marcus Rashford.
Jordan Henderson diberikan penghargaan itu selepas prestasi cemerlang di atas padang dan reputasinya di luar padang.
Beliau menjadi pemain Liverpool ke-12 memenangi hati media dengan anugerah itu selepas Mo Salah memenanginya 2 tahun lalu.
BREAKING: Jordan Henderson has been crowned the Football Writers' Association Footballer of the Year for the 2019/20 season.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) July 24, 2020
Henderson turut menewaskan rakan sepasukan Virgil van Dijk dan Sadio Mane.
Juara England, Liverpool menguasai pencalonan FWA kali ini. Berikut adalah senarai penuh pencalonan: Jordan Henderson, De Bruyne, Rashford, Van Dijk Mane, Trent Alexander-Arnold, Alisson, Raheem Sterling, Aaron Wan-Bissaka, Sergio Aguero, Adama Traore, Danny Ings, Jack Grealish, James Maddison dan Jonny Evans.
https://youtu.be/U8kK1tGRkAM
FWA TOP FIVE
1. Jordan Henderson
2. Kevin De Bruyne
3. Marcus Rashford
4. Virgil van Dijk
5. Sadio Mane
Selain daripada cemerlang di atas padang, sikap pemurahnya di luar padang dan banyak terlibat dalam kebajikan juga menjadi sebab beliau menarik hati media.
Henderson melancarkan kempen #playerstogether yang berperanan memberikan bantuan dana kepada mereka yang memerlukan kerana kesan daripada wabak melanda global.
Beliau mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya seperti Mohamed Salah, Steven Gerrard dan Luis Suarez.
Henderson berkata: “Chek sangat happy la dapat award ni dan kepada hangpa semua yang hat sapot chek selama ni terutama sekali, apanama, Football Writers’ Association secara umumnya.”
BREAKING – Jordan Henderson is the new Footballer of the Year for 2019-20. The Liverpool and England midfielder held off strong competition from Kevin De Bruyne, Marcus Rashford and other LFC team-mates to win football oldest individual award. Details: https://t.co/fHqoq9Rl1d pic.twitter.com/8s3uCYyGCG
— The FWA (@theofficialfwa) July 24, 2020
“Hangpa semua lihat pemenang sebelum ni, ada beberapa nama yang chek rasa gembira dapat bermain bersama dengan depa, macam Stevie (Gerrard), Luis (Suarez) dan Mo (Salah).”
“Dengar nama pun dah tau anugerah ni bukan kaleng kaleng baq hang.”
“Tapi dalam masa yang sama, chek sangat gembira sebab dapat merasa sendiri memegang anugerah ni. Aku tak rasa, semua benda yang aku capai selama ni kerana usaha aku sorang.”
“Chek banyak terhutang budi kepada ramai orang. Tapi yang pasti, kawan kawan chek hat ada sekarang ni paling paling banyak membantu.”
“Ayak mana ayak, lapaq ayaq ni.”
“Kita semua berhak mendapatkan apa yang kita dapat hari ini, kerana hangpa semua memang baguih dan mabeles sekali,” tegas Henderson yang terpengaruh dengan bahasa Utara sejak menjadi juara.
4 pemenang terdahulu
2017-18: Mohamed Salah (Liverpool)
2016-17: N’Golo Kante (Chelsea)
2015-16: Riyad Mahrez (Leicester)
2014-15: Eden Hazard (Chelsea)
Henderson menjadi nadi penting Liverpool terutama sekali sejak musim lalu. Di mana beliau menguatkan pengaruhnya dalam pasukan Liverpool.
Klopp menyatakan Henderson adalah pemain yang sukar dicari ganti berbanding dengan pemain yang lain walaupun Mo Salah dan Sadio Mane sekalipun.
Jurgen Klopp congratulates @Jhenderson on being voted Footballer of the Year, after a historic season for @LFC: "A perfect example that a mix of talent and attitude makes the difference. Well deserved, outstanding achievement, still a lot to come. Wow!" #FOTY20 #Henderson #Klopp pic.twitter.com/0y1z89EHX9
— The FWA (@theofficialfwa) July 24, 2020
Henderson menjulang Liga Perdana Inggeris pertama Liverpool sejak kali terakhir memenanginya pada 30 tahun lalu.