Anzhi Makhachkala: Satu Projek Bola Sepak Yang Gagal Dan Wujud Atas Kepentingan Politik

Dulu mungkin ada yang teringat tentang sebuah kelab di Rusia yang bernama Anzhi Makhachkala. Sebuah pasukan yang langsung tidak berhemah ketika berbelanja.

Kini, mereka di ambang untuk pupus terus daripada bola sepak professional selepas gagal medapatkan lesen daripada Persekutuan Bola Sepak Rusia untuk bersaing di divisyen ketiga.

Melihat kembali bagaimana pasukan ini dahulunya mampu menarik pemain-pemain terbaik dengan menaburkan wang, apa yang terjadi hari ini sangat mengejutkan.

MENGENAI ANZHI MAKHACHKALA

Anzhi Makhachkala adalah sebuah kelab kecil yang bertapak di Dagestan dan mungkin tiada seorang pun pernah mendengar tentang kelab itu sebelum mereka memulakan projek besar.

Makhachkala merupakan ibu kota kepada Dagestan, sebuah wilayah autonomi di negara Rusia yang penuh dengan diversiti, kerap menjadi subjek kepada konflik, sekaligus meletakkannya sebagai sebuah tempat yang kurang selamat untuk didiami.

DAGESTAN, RUSSIA – AUGUST 22, 2018: The emblem of FC Anzhi Makhachkala in Kaspiysk. Russia relocates the headquarters of the Caspian Flotilla from Astrakhan to Kaspiysk. Yelena Afonina/TASS PUBLICATIONxINxGERxAUTxONLY TS08DA21

Kebanyakan pemain Anzhi memilih untuk tinggal di luar wilayah dan berlatih di Moscow yang jaraknya sejauh 1000 batu daripada stadium pasukan.

Ketika hari perlawanan sahaja barulah mereka balik ke Makhachkala dengan dikawal oleh sejumlah pengawal yang ramai.

FASA PEMBINAAN DI ERA BARU

Setelah 8 musim, Anzhi akhirnya kembali ke pentas tertinggi bola sepak Russia pada tahun 2010.

Ini membuka mata billionaire daripada Rusia iaitu Suleyman Kerimov yang terus membeli 100% saham kelab tempat asalnya.

(FILES) This file photo taken on November 22, 2012 shows Russian powerful oil and metals magnate, billionaire Suleiman Kerimov attending the UEFA Europe League group A football match Anzhi Makhachkala against Udinese Calcio in Moscow.
The billionaire and Russian senator Suleiman Kerimov was arrested on the evening of November 20, 2017 and placed in custody in Nice, south-east France, where he is questioned in connection with a case of tax evasion, according to a judicial source on November 21. / AFP PHOTO / –

Sebelum itu, kelab dimiliki penuh oleh kerajaan Republik Dagestan.

Selepas Manchester City dan Paris Saint Germain menjadi pasukan yang menerima suntikan dana yang gila daripada pemilik, tiba pula giliran Anzhi Makhachkala melakukan hal yang serupa.

Suleyman Kerimov ketika itu merupakan manusia ke 36 terkaya di dunia, membuat keputusan untuk mengepam dana di sebuah kelab yang langsung tiada seorang pun hiraukan.

Kerimov ingin membuat pelaburan yang bernilai ratusan juta terhadap infrastuktur kelab, termasuklah pembinaan baru stadium yang menepati piawaian UEFA, dan dalam masa yang sama ingin memberi keuntungan kepada bandar Makhachkala.

Selain pelaburan dalaman kelab, Kerimov juga mula membuka langkah masuk ke pasaran pemain.

Pada bulan Ogos 2011, Anzhi mengumumkan bahawa mereka berjaya menandatangani Samuel Eto’o dengan yuran perpindahan sebanyak €28 juta.

Kontrak 3 tahun yang bernilai sebanyak €30 juta terlalu besar untuk ditolak, menjadikan Eto’o sebagai pemain yang menerima bayaran termahal di dunia.

Selain itu, beberapa lagi nama besar menyertai pasukan seperti Yuri Zhirkov (Chelsea), Chris Samba (Blackburn Rovers), dan Roberto Carlos (Corinthians).

ERA TERBAIK 2011-13

Musim pertama di era baru, Anzhi menamatkan liga di kedudukan kelima.

Musim kedua, Kerimov terus berbelanja dan kali ini membawa masuk pula Lacina Traore, Lassana Diarra, dan William.

Pada bulan Februari 2012, Guus Hiddink dilantik sebagai pengendali pasukan dan mereka semakin menjadi bualan para pemerhati bola sepak di dunia.

Anzhi nampak sangat kuat di awal musim dan meletakkan diri mereka sebagai pencabar liga. Namun di akhirnya, mereka hanya sekadar berjaya berada di kedudukan ketiga liga.

Walaupun pasukan terlepas tempat ke kejohanan Champions League, tetapi tetap meneruskan pengembaraan Eropah dengan layak ke Europa League.

Di kempen sama, mereka berjaya menewaskan Liverpool dengan jaringan 1-0. Sayangnya, di peringkat 16 terakhir, Anzhi tumpas di tangan Newcastle United.

Musim itu, Samuel Eto’o dan Lacina Traore masing-masing menyumbangkan sebanyak 38 gol.

MULA MENURUN

Masuk musim 2013/14, Anzhi dijangka untuk terus berbelanja besar seperti musim sebelumnya.

Sehinggalah tiba-tiba Suleyman Kerimov mengumumkan untuk memotong bajet pasukan secara drastik.

Ada laporan menyebut ketika itu kesihatan Kerimov sudah mula merosot dan pelaburan perniagaannya banyak yang rugi

Tetapi sebab utama adalah Kerimov terlibat dengan skandal Uralkali, berada dalam senarai dikehendaki Interpol berikutan pertembungan di antara syarikat potassium miliknya dan kepentingan kerajaan Belarus.

Kerimov yang juga bercita-cita untuk menjadi Presiden Dagestan gagal membina Anzhi sebagai alat tunggangan politik.

Selain itu, perbelanjaan pemain yang tinggal di luar kawasan juga menjadi beban kepada kelab.

Dalam masa beberapa minggu, Willian, Lassana Diarra, dan Chris Samba semuanya keluar meninggalkan pasukan.

q aq

Yuri Zhirkov, Igor Denisov, dan Aleksandr Kokorun juga keluar secara berpakej dengan menyertai Dynamo Moscow pada Ogos 2013.

Pemergian Samuel Eto’o ke Chelsea menandakan satu pengakhiran kepada sebuah era.

Selepas Guus Hiddink mengangkat kakinya, Rene Meulensteen diberikan tanggungjawab sebagai pengurus baru tetapi hanya mampu bertahan selama 16 hari sahaja

Gadzhi Gadzhiyev, bekas jurulatih kelab kembali semula. Secara mengejut, sebuah pasukan yang ada potensi besar jatuh dengan sangat teruk.

Anzhi menamatkan kempen 2013/14 di kedudukan terakhir, dengan hanya mencatatkan tiga kemenangan untuk semusim.

Anzhi layak bermain di kejohanan Europa League pada musim itu tetapi tersingkir sekali lagi di peringkat 16 terakhir.

PASCA ERA TERBAIK

Semusim sahaja di divisyen dua, Anzhi kembali ke divisyen satu liga Rusia pada musim 2015/16.

Disember 2016, Kerimov menjual kelab itu kepada Osman Kadiyev.

Sejak penjualan tersebut, Anzhi jatuh secara mendadak. Mereka gagal untuk mendapatkan lesen daripada Persekutuan Bola Sepak Rusia bagi menghadapi musim 2019/20.

Hanya ada dua pilihan, sama ada bermain di divisyen ketiga liga atau isytihar kelab sebagai bankrap.

Berikutan krisis kewangan, Anzhi gagal untuk mendaftar pemain baru. Di divisyen ketiga, mereka hanya meletakkan pemain bawah 20 tahun atau berhadapan dengan kemungkinan untuk tersingkir terus ke liga amatur.

RUMUSAN

Ada pepatah menyebut, lebih tinggi anda naik, lebih kuat anda akan jatuh.

Cita-cita dan impian Kerimov tidak tercapai juga. Anzhi boleh menjadi sebuah pasukan yang mencabar tetapi hari ini mereka berada di divisyen ketiga bola sepak Rusia.

Dua tahun berbelanja secara besar mungkin membuka mata orang ramai tentang kelab mereka ketika itu, cuma apabila tidak digunakan secara berhemah sudah tentu akan menjadi masalah juga kelak.

Sedekad yang lepas, mereka bersaing di liga utama bola sepak Rusia. Kini semuanya nampak seperti sudah berakhir dan berhadapan dengan prospek untuk terus pupus dalam kancah bola sepak.

Anzhi Makhachkala terperangkap dengan kemasyhuran yang dibina sebentar suatu ketika dahulu. Untuk penyokong, musim 2011 hingga 2013 sudah tentu adalah tempoh yang paling indah dalam hidup mereka.

Baca yang lain