Pada petang 23 Januari 2013, di bawah kecerahan lampu yang menerangi Liberty Stadium untuk perlawanan Leg kedua, pertembungan separuh akhir Capital One Cup antara Chelsea dan Swansea.
Telah berlaku satu insiden yang melibatkan pemain bola sepak Eden Hazard dengan seorang Budak Pengutip Bola berusia 17 tahun Charlie Morgan telah menjadi bual bicara seluruh peminat bola sepak dunia.
Kedinginan malam rabu di Selatan Wales menjadi saksi kepada insiden ini. Di leg pertama pertemua mereka, Swansea telah berjaya menewaskan Chelsea dengan kemenangan 0-2 di Stamford Bridge.
Chelsea VS Swansea
Capital One Cup semi-final, first LegMATCH FACTS
Head-to-head
The two clubs… http://t.co/hLPnNEnv
— Juma Engsoft (@EngsoftKenya) January 9, 2013
Michu penyerang berbisa Swansea menjaringkan satu gol dan satu gol lagi telah dijaringkan oleh Danny Graham. Dengan dua jaringan itu nampak selesa untuk Michael Laudrup menghadapi Chelsea untuk perlawanan leg kedua di halaman mereka sendiri.
Stadium Liberty gegak gempita dengan persembahan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan. Peminat Swansea sudah tidak sabar untuk meraikan kejayaan pasukan mereka untuk mara ke perlawanan akhir yang pertama dalam sejarah pasukan mereka selepas 100 tahun.
Tetapi segala kemeriahan itu berubah menjadi suasana berbeza pada minit ke-80 perlawanan. Apabila bola telah keluar untuk tendangan gol, pemain sayap Chelsea Eden Hazard begitu bersemangat untuk memulakan semula perlawanan dengan cepat tetapi secara tidak sengaja beliau telah menendang Morgan.
ON THIS DAY: In 2013, Eden Hazard was sent off vs. Swansea for kicking a ball boy during their League Cup clash. pic.twitter.com/CXSN83sn76
— Squawka Football (@Squawka) January 23, 2019
Morgan yang ketika itu baru berusia 17 tahun menahan kesakitan dan memegang tulang rusuknya yang ditendang oleh Hazard. Para penyokong Swansea menyuarakan rasa tidak senang dengan tindakan yang dilakukan oleh Hazard.
Tidak lama selepas itu, Hazard terus diberikan Kad Merah oleh pengadil Chris Foy. Berita ini mula menjadi hangat semula apabila rakaman insiden itu tersiar di seluruh media sosial.
Pemain antarabangsa Belgium itu telah dikenakan hukuman penggantungan sebanyak tiga perlawanan atas tindakannya di The Liberty Stadium pada malam itu. Tetapi selepas peristiwa luar biasa yang berlaku itu,Morgan ditemubual bersama Ayahnya dan beliau tidak membuat aduan mengenai tindakan pemain itu.
Sementara itu, Hazard terus membuat permohonan maaf secara terbuka kepada remaja lelaki itu dalam satu wawancaranya bersama Chelsea Tv sejurus selepas perlawanan itu tamat.
“Budak lelaki itu melindungi bola dengan meletakkan seluruh tubuhnya keatas bola dan saya hanya cuba menendang bola.”
Menurut Hazard lagi
“Saya fikir saya menendang bola dan bukan budak lelaki itu, saya minta maaf, budak lelaki itu datang ke bilik persalinan dan kami sempat berbual, saya memohon maaf dan budak lelaki itu memohon maaf juga, semuanya sudah selesai.”
Pihak Polis Selatan Wales ketika itu mengumumkan bahawa pemain sayap Chelsea itu tidak akan dikenakan caj, Sementara Charlie memecah kesunyiannya di Twitter dengan memuat naik status tentang apa yang berlaku.
Tiada tindakan selanjutnya diambil dan kemudian semuamya menjadi aman dan tinggal sehagai sejarah.
Tapi apa yang berlaku selepas insiden yang tidak dapat dilupakan itu? Dan apakah yang berlaku kepada Charlie sekarang?
Beberapa hari bah kan beberapa jam selepas insiden itu, nombor telefon Morgan tersebar luas di media sosial. Berikutan hal itu, pengikutnya di Twitter meningkat kira-kira sebanyak 15,000% kepada lebih daripada 100,000 pengikut.
Malahan sehingga hari ini, bekas pengutip bola Swansea City itu masih tetap terkenal dan diingati walaupon pengikutnya berkurang kepada 36,000.
Charlie, yang berumur 17 tahun pada masa itu, telah menjadi selebriti yang tidak disengajakan.
The king of all ball boys is back making his final appearance #needed #for #timewasting
— Charlie Morgan (@CHARLIEM0RGAN) January 23, 2013
Crazy 24 hours. Spoke to Hazard and I will not be pressing charges. Be in touch
— Charlie Morgan (@CHARLIEM0RGAN) January 25, 2013
Beberapa hari selepas insiden itu, beliau telah tampil di dalam beberapa Akhbar Nasional manakala akaun media sosialnya terus mendapat perhatian dari pelbagai pihak.
Sebelum insiden ini berlaku, remaja itu dikenali ramai sebagai Anak kepada pemegang saham terbesar Swansea City, Martin Morgan dan Isterinya,Louisa.
Ketika insiden itu berlaku beliau masih lagi seorang pelajar, dan pada waktu ini cita-cita Morgan untuk memulakan perniagaan akan menjadi kenyataan.
Charlie dan sahabat baiknya, Jackson Quinn perasan bahawa terdapat jurang di dalam pasaran untuk Premium Vodka terutama dalam bentuk botol.
Mereka berdua memutuskan untuk memulakan perniagaan dan membuka syarikat yang diberi nama Au Vodka.
Minuman berjenama Ultra-Premium British yang akhirnya akan memberikan perkhidmatan kepada
orang-orang seperti Selfridges, Harvey Nichols dan Costco.
DJ British, produser dan penyampai TV Charlie Sloth juga merupakan pemilik separa syarikat itu, menurut Morgan.
Au Vodka Black Grapehttps://t.co/pBlLOy9rNY pic.twitter.com/wPpZMPjXmV
— Au Vodka (@AuVodka) January 14, 2020
Begitulah kehidupan terkini beliau seorang pengutip bola yang pernah ditendang Oleh Eden Hazard.