Secara rutin Serie A merupakan antara 5 liga paling sibuk di eropah pada setiap jendela perpindahan awal musim. Sekurang-kurangnya berkaitan jumlah pemain yang beralih ke pasukan lain berbanding jumlah wang yang dibelanjakan oleh kelab.
Selain pembelian Fikayo Tomori dari AC Milan, pembelian terbesar yang berlaku setkat ini adalah €23 juta yang dibayar Fiorentina kepada Stuttgart untuk mendapatkan pemain antarabangsa Argentina Nicolas Gonzales.
Selain dari 2 urusan diatas, jendela perpindahan kali ini agak perlahan namun dijangka sedikit aktif pada beberapa minggu akan datang.
JUVENTUS -Pasukan sudah berdaya saing
Selepas 11 tahun bertindak sebagai Pegawai Bola Sepak Juventus, Fabio Paratici meninggalkan kelab menuju ke Tottenham sebagai pengarah sukan disana.
Federico Cherubini dilantik oleh Juventus untuk mengisi kekosongan tersebut. Cherubini yakin Juventus masih berdaya saing dan tidak perlu melakukan pelaburan besar pada jendela perpindahan kali ini.
Juvetus hanya memperbaiki kontrak pemain remaja dan memanjangkan kontrak pinjaman Alvaro Morata. Juventus juga tidak terlalu agresif dalam perebutan mendapatkan Manuel Locatelli.
Locatelli juga sedang diintai oleh Arsenal dan Borussia Dortmund. Locatelli lebih berminat menyertai Juventus jika dia membuat keputusan meninggalkan Sassuolo.
Pemain tengah, Athur sedang menjalani proses pemulihan yang memerlukan pembedahan. Juventus perlu melihat seorang pemain lain bagi mengukuhkan bahagian tengah pasukan.
Max Allegri dilihat mahu membawa semula Miralem Pjanic selepas dijual ke Barcelona pada musim lepas. Pjanic tidak banyak bermain di sana kerana sering mengalami kecederaan.
Walaupun Juventus mempunyai wang untuk dibelanjakan bagi mendapatkan Pjanic namun kos tetap perlu dikawal dan situasi mendesak di Barcelona memudahkan Juventus merealisasikan perpindah itu.
Juventus juga perlu mencari solusi berkaitan perancangan masa hadapan Aaron Ramsey, Daniele Rugani dan Mattia De Sciglio yang akan kembali ke kelab selepas tempoh pinjaman tamat.
Juventus telah melepaskan bek tengah, Cristian Romero pergi ke Atalanta dan kelab memerlukan pelapis untuk menyokong Matthijs de Ligt, Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci.
Allegri juga berharap Juventus dapat mencari persetujuan dengan Paulo Dybala mengenai kontrak baharu dan Cristiano Ronaldo akan menghabiskan baki kontraknya yang akan tamat pada hujung musim ini.
Sehingga hari ini Juventus masih belum mempunyai petunjuk jelas adakah Ronaldo benar-benar mahu pergi.
INTER MILAN -pelan penjimatan
Pembelian mega tidak akan berlaku di Inter Milan. Inter dalam situasi mahu memberi kestabilan kepada kewangan pasukan dan menjual beberapa pemain penting.
Inter perlu lebih berdiplin dengan wang dan mereka tidak akan berbelanja besar. Inter menjual Achraf Hakimi ke Paris Saint Germain namun ia masih belum cukup untuk Inter mengimbangi buku kewangannya.
Inter telah membawa masuk Hakan Calhanoglu secara percuma dari musuh setempat AC Milan bagi mengisi tempat Christian Eriksen yang sedang dalam proses pemulihan selepas mengalami serangan jantung di EURO.
Tempat Hakimi masih belum diganti, kelab mempunyai Valentino Lazaro dan Matteo Darmain untuk bersaing merebut posisi bek kanan. Sementara itu Inter perlu mendapatkan Nahitan Nandez secara pinjaman bagi menjadi pemain simpanan kepada Nicolo Barrella.
Jurulatih baharu Inter, Simone Inzaghi telah dijanjikan oleh kelab bahawa dia akan diberikan sebuah pasukan yang kompetitif. Inzaghi berharap Romelu Lukaku akan dikekalkan bersama Lautaro Martinez untuk membawa cabaran pasukan musim ini.
AC MILAN -paling aktif
AC Milan telah kembali ke Liga Juara Eropah selepas 7 tahun gagal melakukannya. Milan menjadi pasukan paling sibuk di Itali dalam urusan perpindahan pemain musim ini.
Penghijrahan Guanluigi Donnarumma yang membantu Itali menjuarai EURO menjadi kehilangan terbesar buat pasukan itu. Milan tidak sanggup memberi kenaikan gaji besar kepada Donnarumma.
Milan membawa masuk Mike Maignan dari Lille bagi mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Donnarumma. Maignan diberi kontrak 5 tahun.
Oliver Giroud pula akan memberi pengalamannya kepada salah sebuah pasukan termuda di Serie A ini. Kehadiran Giroud mengurangkan kebergantungan kelab kepada Zlatan Ibrahimovic.
Zlatan kini berada dalam proses pemulihan selepas melakukan pembedahan akibat mengalami kecederaan. Giroud agak sesuai dengan corak permainan yang diterapkan Stefano Pioli dan dia dibeli dengan harga murah.
AC Milan telah mendapat Fikayo Tomori secara kekal selepas meminjam pemain itu dari Chelsea selama 6 bulan.
Milan juga telah mendapatkan Sandro Tonali secara kekal, Tonali sanggup menerima potongan gaji selepas mendapat 1 musim sukar di San Siro.
Milan juga meminjam semula Brahim Diaz dari Real Madrid, pada perjanjian pinjaman kali ini AC Milan mempunyai pilihan untuk membelinya secara kekal.
Brahim Diaz akan mengisi tempat yang ditinggalkan Calhanoglu yang menyertai Inter. Milan juga sedang mengintai penyerang remaja dari Santos iaitu Kaio Jorge Pinto. Pemain berusia 19 tahun itu sedang berada di hujung kontrak di Santos.
Milan juga dalam rundingan untuk memanjangkan kontrak pemain terbaik tahunan mereka iaitu Frenkie Kessie.
LAZIO -‘drama’ luar lebih mencuri tumpuan
Perlantikan Maurizio Sarri memberi isyarat Lazio mahu menggerakan semula pasukannya untuk berada di kelompok 4 teratas hujung musim nanti.
Kelab telah menandatangi pemain pertahanan sisi Elseid Hysaj dari Napoli ultras kelab memberi reaksi negatif apabila pemain tersebut mencetuskan krontoversi lagu ‘Bella Caio’.
Lazio telah mengeluarkan satu kenyataan mengecam keras sepanduk ‘Lasio adalah Fasis’ yang ditinggalkan oleh sekumpulan ultras yang menghina pemain yang berasal dari Albania itu.
Kembali kepada masalah di padang, pengarah sukan Lazio -sistem back 4 (sebelum ini back 3) bakal menutup peluang Stefan Radu bermain di center back.
Radu sebelum ini mahu mengikut jejak bekas jurulatih Lazio Simone Inzaghi behijrah ke Inter namun perkara itu tidak berlaku.
Perubahan formasi yang berlaku pada musim ini bakal mengubah peranan beberepa pemain termasuk kepulangan semula Filipe Anderson selepas dipinjamkan 3 musim ke West Ham United.
Pada awal musim kem Lazio dipenuhi dengan ‘drama’ apabila Salernitana meraih promosi ke Serie A. Kelab tersebut juga dimiliki oleh pemilik Lazio iaitu Caludio Lotito.
Badan penganjur tidak membenarkan 1 pemilik memegang 2 saham kelab dalam divisyen sama bagi mengelakkan konflik dan Lotito terpaksa membuat struktur pentadbiran baru di Lazio atau Salernitana.
Playmaker paling inventif di Serie A, Luis Alberto lewat menyertai kelab dalam persiapan pra musim dan ia menimbulkan keraguan tentang masa depannya.
Luka Romero menjadi pemain paling mencuri tumpuan, dikenali sebagai ‘wonderkid’, Lazio membelinya dari Mallorca namun mungkin terlalu awal untuk mengharapkan sesuatu yang besar dari pemain remaja ini.
NAPOLI -baru ‘lepas’ berbelanja besar
Napoli sudah merasakan mereka mempunyai skuad yang kuat untuk diberikan kepada Luciano Spalletti. Menurut kelab mereka telah melantik yang mempunyai idea yang sama dengan staf di Napoli.
Spalletti tidak akan mempunyai ruang besar untuk membeli pemain baru. Pengarah sukan Napoli Cristiano Giuntoli telah memecah rekod perbelanjaan kelab pada 2 musim terakhir.
Pada musim lepas penyerang utama Napoli, Victor Ohsimhem dibeli Lille dengan harga €70 juta. Musim sebelumnya Napoli berbelanja hampir €200 bagi mendapatkan 10 pemain baharu.
Walaupun Napoli mengeluarkan wang hampir €300 juta namun mereka masih gagal melayakan diri ke pertandingan Liga Juara Eropah. Tekanan tersebut boleh dilihat apabila Napoli menggunakan 4 khidmat jurulatih dalam tempoh 5 musim.
Situasi paling sukar, kontrak kapten pasukan Lorenzo Insigne sedang berada di tahun akhir. Nilai pemain ini meningkat selepas bersama Itali menang EURO pada beberapa minggu lepas.
AS ROMA -Mourinho lebih popular
‘Biggest Signing’ belaku di Serie tidak melibatkan pemain tetapi jurulatih. Kembalinya Jose Mourinho di Serie A mendapattumpuan besar dan bakal meningkatkan nilai liga tersebut.
Mourinho telah diumumkan sebagai jurulatih AS Roma sebelum musim lepas berakhir selepas dipecat oleh Tottenham. Mourinho mempunyai banyak masa untuk meninjau skuad yang bakal diuruskannya.
Dia bersama pengurus besar kelab, Thiago Pinto telah menyusun semula AS Roma sedikit demi sedikit. Pinto berjaya mengeluarkan beberapa pemain dalam pasaran yang sukar.
Marseille mengambil Pau Lopes dan Chengis Under secara pinjaman dengan pilihan membelinya secara kekal.
AS Roma membawa masuk penjaga gol baru apabila Rui Patricio (Wolves) menyertai mereka pada minggu lepas dan Roma dalam proses memuktamadkan perjanjian dengan Granit Xhaka.
Pada 2 musim sebelumnya AS Roma mengalami kerugian €204 juta apabila Javier Pastore dan Steven N’Zonzi gagal menepati harga yang dibayar oleh AS Roma.
Kedua-dua pemain itu didatangkan dengan kos €52 juta namun tidak memberi impak besar dan nilainya merosot teruk untuk dijual semula.
Kecederaan yang dialami Spinazzola pada EURO lepas memaksa kelab mencari pengganti baharu. Spinazzola perlu berehat panjang akibat pecah tendon Achilles. AS Roma dalam proses akhir mendapatkan Matias Vina dari Palmieras.
Lain-lain perkembangan Nicolo Zaniolo sudah pulih dari kecederaan dan persetujuan Henrikh Mkhitaryan untuk kekal di Roma memberi nafas lega pasukan itu.
Akhir sekali, kapten ‘masa depan’ Roma, Lorenzo Pellegrini sedang berada di tahun akhir kontrak dan Pinto perlu menyakinkannya supaya terus kekal di sana.