Apa Dah Jadi? Maldini Tidak Sehaluan Dengan Pemilik Milan Dan Bakal Digantikan

AC Milan dilaporkan terlibat dalam pergeseran pendapat dengan Paolo Maldini. Ini menjadikan beberapa projek Rossoneri berkemungkinan terbantut lagi.

Pengurusan AC Milan mula dilanda isu yang tidak menyenangkan di sebalik tabir baru-baru ini.

Pengarah teknikal AC Milan, Paolo Maldini, dilaporkan terlibat dalam perselisihan faham dengan bekas pemilik kelab, Elliott Management.

Perselisihan antara kedua-dua pihak bermula dengan kegagalan AC Milan mendapatkan dua sasaran musim panas mereka iaitu Renato Sanches dan Sven Botman.

AC Milan gagal bersaing dengan kelab lain untuk mendapatkan Sanches dan Botman.

Menurut Football Italia, AC Milan hanya menawarkan yuran pembelian sebanyak EUR15 juta  kepada LOSC Lille untuk Renato Sanches.

Malah, Lille meminta dua kali ganda harga yang ditawarkan AC Milan iaitu 30 juta euro.

Pengurusan Elliott, yang masih memegang pemilikan AC Milan sehingga September 2022, tidak mahu meningkatkan tawaran tersebut.

Akibatnya, Lille turut membatalkan penjualan Sanches kepada AC Milan dan akan memeterai perjanjian dengan juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain.

PSG dikatakan sanggup membayar 30 juta euro untuk membawa pemain tengah Portugal itu.

Kes serupa turut dialami AC Milan apabila mereka mahu membawa masuk Botman dari Lille.

Pengurusan Elliott enggan mematuhi klausa pelepasan yang ditetapkan oleh Lille untuk Botman atas persetujuan pemain itu. Dalam bola sepak, jika pemain tersebut setuju untuk tidak mengaktifkan klausa pelepasan  – atas dasar mahu membantu kelab mereka – maka perjanjian akan dikawal oleh kelab.

Akhirnya, pemain pertahanan Belanda itu dilaporkan membatalkan perpindahannya ke AC Milan dan telah berunding dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United.

Kegagalan AC Milan membawa Sanches dan Botman dilaporkan membuatkan Paolo Maldini kurang gembira. Ini kerana dia sudah berjanji dengan 2 pemain tersebut akan membawa mereka ke San Siro. Dan dia mengerti kenapa rundingan itu gagal.

Semuanya kerana tawaran harga terlalu rendah. Ketegangan antara Maldini dan Pengurusan Elliott dilaporkan meningkat.

Ini mengakibatkan lanjutan kontrak Maldini dan rakan pembantunya Ricky Massara, sebagai Pengarah Teknikal kini terancam.

Maldini sudah memberikan sindiran kepada Elliot bahawa projek bola sepak di AC Milan harus ada kesinambungan bukannya terhenti atau terus berpuas hati selepas memenangi Serie A.

Mereka harus berbelanja untuk mendapatkan pemain baharu bagi menguatkan pasukan yang sedia ada.

Maldini menegaskan bahawa kini mereka seharusnya berada dalam lembaran baharu projek mereka. Malangnya, segalanya serba tak menjadi.

“Ini adalah apabila pemilik, Elliott atau sesiapa sahaja yang boleh datang, perlu menyedari projek tiga tahun ini selesai dan memikirkan strategi yang mereka mahukan sesuatu baharu untuk masa depan.”

“Dengan dua atau tiga pemain penting, dan menggabungkan dengan pemain yang kami ada, kami boleh bersaing untuk sesuatu yang lebih besar dalam Liga Juara-Juara Eropah,” kata Maldini.

Maldini sendiri menjadi tokoh penting di sebalik kebangkitan AC Milan pada musim 2021-2022.

Strategi menjual dan membeli pemain yang tepat dari Maldini menjadikan AC Milan berjaya merangkul Scudetto.

Stefano Pioli benar benar berterima kasih dengan Maldini. Yang dianggap sebagai pengarah sukan yang sangat berkaliber.

Dia seorang perunding yang sangat baik dan memiliki rekod yang cemrerlang dalam negosiasi harga.

Oleh sebab itu Maldini agak kecewa kerana penilaian harganya ke atas Sanches dan Botman dipertikaikan.

Nama Walter Sabatini sudah disebut sebut sebagai pengganti Maldini jika dia tidak mendapat kontrak baharu atau mungkin dipecat jika dia berterusan lantang mengkritik Elliot.

Penyokong Milan mulai mengecam Elliot yang menurut mereka terlalu kedekut. Kerana sudah 3 musim kelab itu tidak berbelanja terlalu besar. Selepas menjuarai Serie A dan kembali ke UCL, sudah pastinya mereka harus berbelanja.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai