Apa Fungsi Jalur Pada Cermin Belakang Kereta? Kenapa Ianya Sangat Penting

Adakah anda tahu fungsi garisan pada cermin belakang kereta? Mungkin ada yang sudah tahu, dan ramai yang masih belum tahu tentangnya.

Kereta moden biasanya dilengkapi dengan ciri pelengkap untuk menyokong keselamatan dan keselesaan.

Salah satunya ialah garisan garisan ataupun jalur yang  ada pada kaca belakang kereta.

Mungkin anda yang tidak tahu menganggapnya sebagai hiasan kaca yang biasa. Malah ada yang mahu menanggalkannya pun ada.

Jangan silap, kerana alat ini dipanggil defogger.

Defogger pada kereta

Dipetik dari laman Top Gear, Defogger dapat diaktifkan atau dinyahaktifkan jika diperlukan. Ia memainkan peranan penting supaya penglihatan kaca belakang sentiasa jelas ketika memandu ketika hujan.

Defogger berfungsi sebagai penghangat kaca yang menghilangkan kelembapan kaca belakang.

Biasanya untuk menghidupkan atau mematikannya, cari butang dengan ikon segi empat tepat, yang ditambah dengan 3 anak panah yang beralun.

Bagaimana defogger berfungsi?

Defogger kaca belakang diperbuat daripada wayar nipis atau filamen sebagai pemuat dan konduktor kepada haba.

Apabila ada embun — ketika fungsinya dihidupkan, wayar akan mengalirkan haba ke bahagian kaca.

Ini untuk meminimumkan perbezaaan suhu di luar dan dalam kereta.

Oleh itu, jangan lupa mematikannya jika hujan berhenti dan embun hilang. Ramai antara kita yang lupa untuk mematikannya.

Kesannya, defogger yang dihidupkan terlalu lama boleh merosakkan filem tinted kereta korang. Oleh itu, biasanya tauke tinted sangat melarang korang menekan butang defogger ini untuk beberapa hari selepas korang memasang tinted pada kaca bahagian belakang.

Terdapat juga banyak kes di mana tinted ataupun pelapik tingkap yang berkedut kedut. Salah satu sebabnya adalah kerana defogger yang tak dimatikan.

Ianya juga dipaggil defroster. Kerana di negara yang ada salji, fungsi defroster ini sangat penting.

Jadi, jika korang merasakan defogger korang sudah tak berfungsi dengan baik, boleh pergi ke bengkel untuk memperbaikinya. Kerana ianya salah satu ciri keselamatan yang penting.

Sumber: Top Gear

Baca yang lain