Apa Itu Disleksia? ‘John Wick’ Dan ‘Jack Reacher’ Antara Yang Pernah Mengalaminya

Disleksia adalah perkataan yang berasal Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan.

Disleksia ini bukannya satu penyakit, tetapi ia merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang kebiasanya dialami oleh kanak-kanak.

Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira.

Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Penghidap Disleksia bukan lah boleh dikategorikan sebagai kecacatan malah ada antara mereka yang menghidap Disleksia ini berjaya dalam kehidupan dan bidang masing-masing.

Jangan terkejut kerana ada golongan bintang terkenal dunia yang menghidap Disleksia ini.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Bagi Kanak-kanak yang mengalami Disleksia mereka bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh.

Menurut kajian, mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Penghidap Disleksia akan mengalami kesukaran seperti belajar membaca dengan lancar dan dengan kefahaman yang tepat walaupun kecerdasan yang normal.

Ini termasuk kesukaran dengan kesedaran fonologi , fonologi penyahkodan, kelajuan pemprosesan, coding dgn sistem ejaan , pendengaran ingatan jangka pendek , kemahiran bahasa / kefahaman lisan, dan / atau penamaan pesat

Disleksia adalah masalah pembelajaran yang paling biasa dan masalah pembacaan yang paling diakui. Terdapat kesukaran membaca yang lain yang tidak berkaitan dengan disleksia.

CIRI-CIRI PENGHIDAP DISLEKSIA

Selalunya akan dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. Mereka akan lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.

Ketika membaca pula mereka sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. Mereka selalu keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘d’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.

Perhatian mereka juga mudah terganggu dan mereka sering gagal menghabiskan sesuatu kerja hingga selesai. Ada antara penghidap Disleksia boleh berlanjutan sehingga mereka melangkah ke alam dewasa.

Seperti yang dikatakan bukan semua penghidap Disleksia ini gagal ada antara mereka yang menjadi bintang besar.

Mari kita kenali 3 bintang besar dunia yang menghidap masalah Desliksia ini.

TOM CRUISE

Seorang bintang Hollywood yang terkenal dengan watak Jack Reacher, Tom Cruise ternyata mengidap disleksia. Cruise menyedari beliau menghidap Disleksia ketika beliau berusia tujuh tahun.

Namun, beliau sentiasa mencuba untuk menyembunyikannya dari rakan-rakan nya dan menunjukkan bahawa beliau hanya buta huruf.

Ketika bersekolah Cruise mengalami masalah dalam membaca.

Namun ketika berusia 19 tahun Cruise mula mencintai bidang lakonan dan beliau sedari bayawa ketidak mampuan nya membaca akan menggangu kariernya.

Kemudian beliau mula mengamalkan ajaran dari L. Ron Hubbard.

“Saya harus melatih diri untuk memberikan sepenuh perhatian saya, saya menjadi sangat visual dan belajar bagaimana untuk menciptakan citra mental untuk memahami apa yang saya baca,” kata Tom Cruise.

KEANU REEVES

Keanu Reeves tidak boleh melanjutkan pembelajaran nya kerana masalah Disleksia yang beliau hidapi. Siapa yang tak kenal John Wick ni?

“Kerana saya memiliki masalah membaca, saya tidak boleh menjadi seorang murid yang baik. Saya tidak dapat menghabiskan persekolahan menengah saya. ”

“Saya banyak berpura-pura sebagai seorang kanak-kanak, itulah cara saya mengatasi kenyataan dalam diri saya sendiri,” ungkap Keanu.

KEIRA KNIGHTLEY

Bintang film Pirates of the Caribbean, Keira Knightley, didiagnos mengidap disleksia ketika beliau berusia enam tahun.

Namun, beliau tidak menyerah kalah begitu sahaja. Beliau menjadikan Disleksia itu sebagai semangat yang memacunya untuk menjadi yang terbaik ketika zaman persekolahan.

Mandatory Credit: Photo by John Salangsang/BFA/REX/Shutterstock (9933778ce)
Keira Knightley
Elle Women in Hollywood, Arrivals, Los Angeles, USA – 15 Oct 2018

“Saya mendorong diri saya untuk menghentikan disleksia dan ketika saya menamatkan persekolahan saya, saya mendapat pencapaian terbaik,” kata Keira Knightley.

KAEDAH RAWATAN

Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia.

Masalah ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.

Di Malaysia kita ada pakar yang boleh membantu anda sama ada di klinik pakar kerajaan mahupun swasta.

Jika anak anda ada disleksia, dapatkan bantuan untuk membantu perkembangan mereka. Namun jangan risau, ini bukanlah penyakiy ye.