Apa Itu Freemason dan Apa Sejarahnya

Kita sering mendengar perkataan Freemason tetapi agak samar tentang maknanya apatah lagi sejarah berkaitan dengannya.

Freemason mempunyai sejarah yang panjang. Rekod bertulis paling tua itu bertarikh 1390 Masehi. Ditemui di England tanpa diketahui siapa penulisnya.

Manuskrip itu turut mendakwa sejarah Freemason jauh lebih tua daripada tahun manuskrip itu ditulis. Dipercayai berakar sejak zaman Mesir Purba.

Freemason dimulakan oleh golongan pengukir dan pembina monumen-monumen gergasi di bawah arahan para Firaun. Firaun adalah panggilan kepada pemerintah Mesir pada ketika itu.

Mereka ini bukanlah golongan hamba abdi, tetapi merupakan golongan pengukir yang memiliki kemahiran tinggi dalam bidang binaan dan ukiran batu.

Mason itu sendiri bermaksud tukang batu.

Kemahiran luar biasa dan misteri itu diwarisi sejak era kerajaan Israel yang dipimpin Nabi Sulaiman (King Solomon) sekitar tahun 931 hingga 971 sebelum Masehi. Berpusat di Jurusalem.

Bangsa Yahudi dari Bani Israel mula memasuki Mesir sejak zaman Nabi Yusof (Joseph) menjadi pemerintah Mesir sekitar 1500 sebelum Masehi.

Mereka hidup aman damai di Mesir sehinggalah Nabi Musa (Moses) membawa mereka keluar akibat seksaan yang dikenakan keatas mereka oleh Firaun Ramses ll.

Akar sejarah Freemason berkait rapat dengan bangsa Yahudi. Ia digambarkan oleh bekas hakim Amerika Syarikat Isaac Weis dalam majalah Israel-Amerika Syarikat.

Freemason menurut sejarah, darjat dan ajarannya adalah yayasan Yahudi. Kata-kata dan upacara ritual yang ada dalam Freemason dari A hingga Z adalah berjiwa Yahudi.

Justeru itu wujud pihak yang berpendapat Freemason adalah fahaman Crypto-Judaism atau Judaisme tersembunyi.

Kemahiran mengukir batu dan kemasan yang cantik dan teliti, selain membangunkan bangunan yang gah memerlukan kemahiran yang tinggi.

Golongan Mason juga meliputi kemahiran di bidang mekanikal dan geometri. Ini diwarisi secara rahsia dan terancang sejak ribuan tahun menjadikan mereka kelompok terhormat terutamanya semasa Zaman Gelap Eropah.

Kemudian kelompok elit ini menjalankan perjumpaan rahsia yang dipanggil Lodge di lokasi tertentu. Mereka mula melantik beberapa ahli penting bagi menyimpan buku dan dokumen penting selain mengurus kewangan dan menjaga kebajikan mereka.

Hal ini menjadi semakin mistik dan kompleks apabila mereka menerima penyertaan ahli-ahli politik dan ahli-ahli perniagaan berpengaruh seta mengamalkan ritual-ritual misteri penuh simbolik yang mengaitkan dengan ilmu-ilmu mistikus purba Mesir.

Pada hari ini, Freemason adalah pertubuhan rahsia yang dipercayai begitu berpengaruh dan berherarki. Ahli-ahlinya terdiri dari pelbagai golongan elit dari seluruh dunia termasuk dari negara islam. Freemason juga dikaitkan dengan gerakan kultus rahsia seperti Rosicrucians dan Knights of Templer. Terdapat juga dakwaan mengatakan Freemason adalah versi moden Knights of Templer yang ditubuhkan pada tahun 1129 Masehi.

Revolusi Amerika Syarikat pada 1775 yang mengakibatkan terbentuknya negara Amerika Syarikat digerakkan oleh ramai nama-nama terkemuka dalam kalangan persaudaraan Freemason antaranya Ethan Alien, Edmund Burke, John Claypoole, William Daws, Benjamin Franklin, John Hancock, John Paul Jones, Robert Livingstone, Pual Revere, Benjamin Tupper dan George Washington.

Daripada 56 tandatangan deklarasi Kemerdekaan, 8 darinya merupakan ahli Freemason dan 7 lagi mempunyai bukti mereka memiliki keahlian Masonik. Daripada 40 tandatangan Perlembagaan Amerika Syarikat, 9 dikenali sebagai Freemason, 13 ahli Masonik dan 6 lagi kemudiannya menyertai Freemason.

Semasa Revolusi Amerika Syarikat melalui saat-saat kritikal, kelompok ahli perniagaan Yahudi yang menyebelahi Amerika Syarikat membantu membiayainya. Henry Ford dalam bukunya yang terkenal The International Jew menyatakan pada zaman Washington, terdapat kira-kira 4,000 ribu orang Yahudi yang kebanyakannya menjalankan perniagaan yang bagus di Amerika Syarikat.

Beberapa presiden Amerika Syarikat diketahui umum sebgai ahli-ahli kehormat ataupun tertinggi dalam Lodge masing-masing termasuk Bapa Kemerdekaan Amerika Syarikat, Presiden George Washington. Oleh itu Amerika Syarikat dikatakan tertubuh di atas ideologi Masonik George Washington dan rakan-rakannya.

Terdapat banyak bukti yang diketahui bagi mengesahkan dakwaam itu. Sekadar menyebut beberapa contoh, George Washington mengangkat sumpah sebagai presiden di hadapan Robert Livibgstone, Grand Master Lodge Masonik New York.

Naskah Bibble yang dipegangnya sewaktu membaca sumpah diambil dari Lodge Masonnya sendiri. Batu Asas bangunan pentadbiran Capital pula diletakkan oleh Grand Lodge dari Maryland.

Beberapa presiden lain dikenalpasti sebagai ahli kehormat Freemason antaranya

  • James Monroe
  • Andrew Jackson
  • John Knox Polk
  • James Buchanan
  • James Abram Garfield
  • William McKinley
  • Theodore Roosevelt
  • William Howard Taft
  • Waren Gamaliel Harding
  • Franklin D.Roosevelt
  • Lyndon Johnson
  • Harry Truman
  • Gerald Rudolph Ford

Sementata itu Presiden Thomaa Jefferson dan James Madison turut didakwa sebagai ahli Freemason.

Modus operandi penuh kerahsian peerubuhan Freemason menyebabkan tidak sukar untuk orang awam memikirkan peertubuhan itu mempunyai niat tidak baik kepada masyarsakat, negara dan dunia.

Penglibatan ahli-ahli Freemason yang beepengaruh dalam pentadbiran Amerika Syarikat misalnya, menguatkan lagi kepercayaan umum kepada teori konspirasi New World Order yang muncul di Amerika Syarikat.

Penglibatan dan pengaruh Freemason dalam pentadbiran Amerika Syarikat bagaimanapun turut tidak disenangi oleh banyak pihak. Bahkan pada peringkat awal penubuhan Amerika Syarikat, pengembangan pengaruh Freemason sudah mewujudkan penentangan secara terang-terangan ahli politik negara itu.

Pada tahun 1828, parti politik yang dikenali sebagai Anti-Masonic Party ditubuhkan di New York. Para penyokong presiden ke-6 Amerika Syarikat iaitu John Quincy Adams yang dikenali ssbagai Adam’s Men atau Anti-Jackson menggerakkan usaha menentang dasar Jacksonian Democracy yang diperkenalkan oleh Andrew Jackson yang begitu dipengaruhi oleh ajaran Freemason.

Andrew Jackson merupakan ahli Freemason yang berpangkat tinggi dan sentiasa memuji pertubuhan itu secara terang-terangan.

Parti anti-Masonic ini turut ditubuhkan bagi mendapatkan keadilan kepada bekas ahli gerakan Freemason, iaitu William Morgan yang diculik dan dibunuh oleh gerakan sulit itu. Hal itu berlaku selepas beliau menyatakan hasrat menulis buku berkaitan rahsia-rahsia Freemason.

Sebelum Morgan dilaporkan hilang, beliau didakwa oleh Freemason atas tuduhan enggan membayar hutang mereka, mencuri pakaian dan lari dari pinjaman. Ini menyebabkan beliau ditahan beberapa kali.

Pembunuhan Morgan disangkal oleh pertubuhan Freemason. Mereka mendakwa mambayar Morgan $500 dollar kepada Morgan supaya keluar dari Amerika Syarikat sebagai Morgan Affair.

Anti-Masonic Party pernah mempertaruhkan William Wirt dan Amos Ellmaker sebagai presiden dalam pilihanraya 1832, tetapi mengalami kekalahan besar.

Parti itu turut mencalonkan Jonathan Blanchard pada tahun 1882 yabg juga berakhir dengan kekalahan. John Quincy Adams yang sudah bersara daripada jawatan turut kalah dalam pemilihan Gabenor Massachussettes selepas bertanding atas tiket parti Anti-Masonic pada tahun 1836.

Party Anti-Masonic dibubarkan pada tahun 1838 dan diganti dengan Parti Whig yang meneruskan dasar Anti-Jackson.

Hari ini terdapat kira-kira 4.8 juta ahli Freemason dalam Lodge biasa yang bertebaran di seluruh dunia. Freemason juga aktif di beberapa negara dengan menggunakan nama dan bentuk yang lebih terbuka dan mesra seperti Kelab Lions dan Kelab Rotary.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan