Apa Itu Kad Biru Dalam Bola Sepak, Jom Fahami Asasnya

International Football Association Board (IFAB) sedia untuk mengumumkan kad disiplin baharu yang pertama sejak Piala Dunia 1970.

Penggubal undang undang bola sepak dunia itu akan mengesahkan penggunaan kad biru pada Jumaat.

Penggunaan kad biru sudah diuji sebelum ini di Wales.

Pemain yang menerima kad biru akan dihantar ke sin-bin, sistem ala ragbi di mana pemain akan dimasukkan ke dalam sin bin ataupun tong dosa. Ok ke translate tu?

Mereka akan berada di tong kurungan selama 10 minit. Idea ini sebenarnya sudah lama dibahaskan di peringkat FIFA.

Namun perlaksanannya memerlukan kajian mendalam dan beberapa sesi ujian. Dan kini FIFA yakin sudah tiba masanya ia dilaksanakan.

Peraturan ini tidak akan dipakai pada Euro yang akan dilangsungkan di Jerman pada musim panas dan UCL musiim depan.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin sebelum ini menyatakan bahawa dia menentang perlaksanaan kad biru kerana ianya boleh merosakkan bola sepak.

“Saya tak pernah setuju dengan idea kad biru. Ini dah bukan bola sepak lagi,” tegas beliau bulan lalu.

Kad biru adalah kad yang diberikan kepada pemain yang melakukan kekasaran secara taktikal. Seterusnya, ia juga digunakan ke atas pemain yang toksik. Ini termasuk pemain yang suka membantah cakap pengadil, bertelagah, memaki hamun dan meninggikan suara kepada pegawai perlawanan.

IFAB dijangka akan mengumumkan bahawa pemain yang mengutip dua kad disiplin, sama ada 2 kad kuning, atau satu kad kuning dan satu kad biru, atau dua kad biru, akan menyebabkan mereka dilayangkan kad merah dan dibuang padang.

Selepas pengumuman dibuat IFAB kelak, beberapa liga dijangka akan terus melaksanakannya. Ini termasuk EPL.

Baca yang lain