Apa Itu Macau Scam Dan Bagaimana Mereka Mencuci Wang Haram?

Mencuci wang sebenarnya merujuk kepada ‘membersihkan’ wang yang terang terang daripada sumber haram supaya ia sah di sisi undang undang.

Baru baru ini kita digemparkan dengan penangkapan seorang individu yang dikaitkan dengan Macau Scam.

“Macau Scam’ adalah satu sindiket yang didalangi sindiket Taiwan serta China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong juga tempatan.

Salah satu teknik yang paling popular adalah ‘spoofing’. Di mana mereka akan menggunakan nombor orang lain yang mampu meperdaya mangsa. Misalnya, menggunakan nombor balai polis ataupun mahkamah dengan menggunakan paltform Voice Over Internet Protocol (VoIP).

Teknik ini membolehkan scammer meletakkan sebarang nombor telefon untuk memperdaya pemenerima bahawa pemanggil adalah dari nombo yang tertera di skrin.

Banyak kes yang berlaku tanpa mengira latar belakang ekonomi dan profesion. Dari pekerja kilang sehinggalah ke datuk, kesemuanya ada dalam senarai mangsa mereka.

 

Modus Operandi (Cara beroperasi)

Macau Scam seolah olah satu penipuan yang terus berleluasa. Dan sudah pasti mereka ada modus operandi yang sangat kompleks untuk memperdaya mangsa.

Berikut antara 4 modus operandi Macam Scam.

i) Cabutan bertuah (Lucky Draw)

Ini adalah yang paling glamor. Sama ada menerusi platform digital ataupun direct.

Mangsa akan dihubungi dan menyatakan mereka memenangi cabutan bertuah (lucky draw) bernilai jutaan dollar dari syarikat Hong Kong dan Macau.

Lalu scammer akan meminta butiran lengkap jika mangsa berminat mahu menebus hadiah mereka.

Biasanya mangsa akan diminta membayar cukai kastam dan insurans barangan yang mereka menangi. Selepas memasukkan duit itu, barang pun tak sampai.

Lalu mangsa yang sudah membayar wang insurans itu call lagi dan scammer akan meminta mereka membuat beberapa lagi pembayaran.

ii) ‘Spoofing’ pegawai polis / agensi kerajaan

Ini antara teknik yang paling berkesan digunakan oleh macau scammer ni. Sebab mereka ada butiran akaun mangsa. Dan mereka biasanya akan mengaitkan akaun bank itu dengan kegiatan haram (seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah).

Mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang dari akaun mereka ke dalam akaun tertentu, kononnya bagi mengelakan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

Mangsa yang panik akan terus berbuat demikian kerana mereka sangat yakin orang yang bercakap dengan mereka adalah pegawai polis ataupun mahkamah.

iii) ‘Spoofing’ pegawai bank negara atau bank komersil (kad kredit)

Teknik ini hampir sama dengan di atas. Cuma kali ini melibatkan pegawai bank ataupun pegawai kredit.

Pegawai tersebut akan menghubungi mangsa dan menyatakan mangsa gagal membuat pembayaran kad kredit.

Mangsa akan diarahkan berurusan dengan seorang lagi perunding yang kononnya – biasanya – dari  Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan.

Mangsa akan mengikuti langkah yang mereka minta. Sama ada untuk membuat settlement beberapa amaun ataupun full settlement.

Mangsa diminta memasukkan wang menerusi perbankan internet ataupun menerusi CDM ke akaun scammer.

(iv). Tipu culik dan minta wang tebusan

Ini dilakukan dengan menakutkan mangsa dengan mendakwa anak mereka diculik dan meminta mangsa memasukkan wang tebusan ke akaun pihak ketiga.

Apa itu akaun pihak ketiga?

Sekiranya korang mengizinkan seseorang menggunakan akaun bank anda untuk tujuan haram – sering disebut sebagai “mule account” ataupun “akaun bank keldai” – korang sebenarnya melanggar undang-undang.

Kini ramai yang menyewakan akaun bank mereka untuk kegunaan orang lain. Eii, ingatkan rumah dan kereta je ada sewa ni.

Walaupun korang tidak terlibat secara langsung dalam apa sahaja jenayah yang dilakukan oleh “penyewa”, korang tetap diburu.

Pemangku Pengarah Komisioner Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, dalam wawancara dengan Malay Mail, mengatakan bahawa ramai daripada mereka yang menyewakan akaun bank mereka berpendapat bahawa apa yang mereka lakukan itu tidak menyalahi undang-undang.

Motif mereka, katanya, adalah untuk mendapatkan sejumlah wang cepat kerana penipu membayar mereka dengan wang lumayan dengan membenarkan mereka menggunakan akaun bank tersebut.

Saiful Azly menambah bahawa keldai wang ini boleh didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan wang secara haram dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki barangan curi.

Saiful Azly berkata, penyewa akaun mule akan mencari akaun di laman membeli-belah dalam talian dan aplikasi mudah alih, serta di platform media sosial seperti Facebook, dengan menggunakan profil palsu.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa penipu ini mensasarkan anak muda kerana mereka adalah yang paling mudah; senang direkrut di media sosial dan sering kekurangan wang.

“Ramai orang tidak tahu bahawa penipuan keldai ini adalah haram, mereka tidak menyedari hukuman.”

“Keldai yang menyewkan ini terdapat dari golongan penagih dadah sehingga pelajar yang mahu mencari wang cepat … dari hanya RM100 hingga RM200 dibayar penyewa akaun berpengalaman untuk memperoleh jumlah yang lebih besar,” katanya.

Saiful Azly berkata, sebilangan besar keldai ini berusia antara 20 dan 40 tahun. Namun beliau juga memberi amaran kepada mereka yang lebih tua.

Ini kerana penipu juga mensasarkan mereka dan mereka yang tidak mempunyai latar belakang jenayah, kerana mereka akan dianggap kurang mencurigakan oleh bank serta pihak berkuasa.

Jenis akaun keldai

Ada terdapat banyak jenis akaun keldai / mule account ni.

i. Akaun dicuri

Salah satu daripadanya, yang dibuat oleh penjenayah menggunakan identiti yang dicuri atau sintetik. Di mana mereka menggunakan sepenuhnya secara sah atau menggabungkan maklumat pelanggan yang sah dan palsu untuk membuka akaun.

Penipu mempunyai kawalan penuh apabila mereka menggunakan akaun yang dicuri kerana tidak dapat dikesan atau dijejak.

Di sini mereka dapat menggunakan akaun tersebut untuk memindahkan dana di antara mereka untuk “membersihkan” wang atau untuk meningkatkan skor kredit pada akaun sebelum memaksimumkan had debit.”

ii. akaun disewa

Yang kedua adalah akaun milik pelanggan sah yang telah membenarkan penjenayah menggunakan akaun mereka. Ini adalah akaun sewaan.

Selalunya mereka adalah orang yang mahu cepat mendapat wang tunai dan mereka dikenali sebagai “ejen pemprosesan wang.”

Ada yang menjadikan ini satu pekerjaan serius – dengan sengaja tetapi ada yang tidak menyedari bahawa aktiviti tersebut adalah haram.

Apa yang mereka buat hanyalah memberikan maklumat akaun bank mereka. Wang kemudian masuk ke dalam akaun mereka dan mereka mengikuti arahan untuk menghantar wang ini ke akaun lain – selalunya untuk pemotongan jumlah yang dipindahkan.

Ramai yang menganggapnya adalah cara yang tidak berbahaya dan mudah untuk menjana wang.

Tetapi ianya adalah tidak sah kerana wang itu pada pangkalnya berkaitan dengan pelbagai jenis jenayah termasuk keganasan, dadah, penjualan senjata haram, pemerdagangan orang dan banyak lagi.

Selalunya apabila akaun bank keldai ini sudah dikenalpasti, pemilik akaun akhirnya akan menjadi mangsa kerana jenayah tersebut, sementara penipu pula bebas.

Mereka menerima lebih banyak wang daripada yang mereka minta dan mengatakan bahawa itu adalah kesalahan pentadbiran.

Mereka kemudian diminta untuk mengirimkan lebihan pembayaran ke akaun bank yang berbeza. Dan meninggalkan jumlah wang yang mereka pinjam di akaun mereka.

Ini adalah bagaimana cara penjenayah “membersihkan” wang mereka, sehingga sukar bagi polis untuk mengesan mereka.

Saiful Azly berkata, anak buahnya di CCID melakukan operasi harian dan bekerjasama rapat dengan bank untuk membatalkan akaun bank, terutamanya yang didalangi oleh Macau scam di Malaysia.

“Kami mempunyai Taskforce Internet Banking khas (IBTF). Semua daerah di Malaysia akan memaklumkan bank melalui platform itu, sehingga mereka (bank) tahu bagaimana mengalihkan dan menyenarai hitamkan akaun keldai ini.

“Bank-bank juga akan bekerjasama dengan kami dan memberi tahu kami ketika suspek mengeluarkan wang dan kami akan segera bertindak untuk menangkap mereka … begitulah cara kami bekerja.”

Korang boleh semak akaun mule di sini: Semak Mule

Cuci wang haram

Bagaimana mereka mencuci wang haram ini tadi? Berikut adalah antara 4 cara yang mereka gunakan.

1. Berjudi di casino

Ini dianggap cara paling power digunakan mencuci wang haram ini. Di mana mereka akan mengisytiharkan wang itu sebagai wang hasil kemenangan pertaruhan di kasino.

Mereka akan berjudi dengan menukar wang kepada cip. Dan mereka menukar balik cip itu kepada wang – dengan identiti mereka tidak dapat dikesan pihak berkuasa. Paling penting mereka ada resit penukaran cip kepada wang.

Semakin besar wang yang mereka mahu cuci semakin ramai pemain yang diperlukan untuk melakukannya.

Jadi, mereka berjudi ni cuma wayang. Mereka akan berjudi sesama mereka di satu meja dan wang itu akan kekal berada di kalangan mereka.

Motif utama adalah untuk mendapatkan resit yang mengisytiharkan kemenangan mereka di kasino.

2. Mencampurkan wang haram dengan wang bersih / sah

Scammer akan menubuhkan banyak syarikat perniagaan dan mereka akan mencampurkan hasil wang haram dengan wang yang sah.

Syarikat yang mereka tubuhkan ini memang sah di sisi undang undang. Cuma kali ini ada sumber haram yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat ataupun perniagaan mereka.

Scammer akan mengisytiharkan pendapatan mereka secara berlebihan / overstated. Banyak cara yang mereka boleh lakukan termasuk membuat banyak invois dan dokumen palsu yang lain.

Syarikat ini sekarang menjadi sumber aliran yang akan membersihkan wang haram tersebut.

3. Penstrukturan dana

Disebabkan bank mempunyai prosedur pencegahan pengubahan wang, mereka mengalami kesukaran untuk memindahkan sejumlah wang besar menerusi bank.

Maka penstrukturan dana dilakukan – mengupah ramai pekerja untuk jangka masa pendek bagi melakukan banyak deposit kecil ke dalam beberapa akaun yang kemudiannya akan dikitar sebelum dipulangkan semula kepada tuan punya akaun; sama ada ke akaun luar pesisir atau dalam akaun syarikat palsu.

Kaedah penstrukturan ini akan memakan masa yang lebih lama sekiranya melibatkan jumlah yang besar bagi mengelakkan timbulnya keraguan. Pemindahan akan dibuat menerusi beberapa bank yang mengekalkan kerahsiaan tahap tertinggi pelanggan seperti Bank Swiss.

4. Jual beli hartanah untuk keuntungan (Flipping)

Pengubahan wang haram akan membeli rumah atau tanah daripada penjual tetapi memperkecilkan nilai pembelian dalam kertas.

Penjual kemudiannya bersetuju menerima perbezaan antara nilai sebenar pembelian dengan nilai yang tertulis di dalam kertas perjanjian.

Pembeli seterusnya akan menjual hartanah kepada individu lain dengan nilai yang lebih tinggi dan nilai perbezaan ini kemudiannya akan bertukar menjadi wang bersih menerusi penjualan beli hartanah.

Rujukan 

Astro Awani

Loanstreet

Malay Mail

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai