Apa Itu Semi-Automated Ofsaid Yang Akan Digunakan Di EPL Musim Depan?

Premier League sebulat suara mengundi untuk menggunakan teknologi pengesan ofsaid separa automatik.

Teknologi itu akan mulai digunakan di EPL pada musim hadapan. Ianya akan membantu sistem yang sedia ada yang bergantung sepenuhnya kepada VAR.

Teknologi yang sama sudah digunakan dalam UCL serta pertandingan kelab eropah lain pada musim ini.

Sebagai rekod Qatar 2022 menjadi Piala Dunia pertama menggunakan teknologi pengesanan ofsaid secara automatik untuk meningkatkan lagi ketepatan dan kecepatan dalam keputusan ofsaid.

Teknologi tersebut telah lulus ujian di Piala Arab 2021 dan Piala Dunia Kelab 2 sebelum ini.

FIFA juga memutuskan untuk menunjukkan video tersebut terus di skrin di dalam stadium berdasarkan animasi 3D. Peminat di kaca tv sudah tentunya akan ditunjukkan video tersebut seperti mana video VAR.

Presiden FIFA, Gianni Infantino said menganggap ianya adalah kejayaan terbaru FIFA dalam evolusi bola sepak.

“Teknologi ofsaid separa automatik ini adalah evolusi kepada sistem VAR yang sudah diimplementasi di seluruh dunia.

“FIFA komited untuk menggunakan lebih banyak teknologi dalam usaha meningkatkan mutu bola sepak di semua peringkat. Dan penggunaan teknologi ofsaid separa automatik di Piala Dunia 2022 Qatar, adalah bukti yang sangat jelas.”

Bagaimana ianya berfungsi?

Teknologi ini akan menggunakan 12 kamera pengesan bersensor tinggi yang akan dipasang di bumbung stadium. Ianya akan mengesan bola dan boleh mengesan 29 data pemain secara individu dengan kepantasan 50 kali per saat.

29 data yang dikumpul ini termasuk kesemua anggota badan dan data data yang relevan untuk ofsaid.

Bola rasmi Piala Dunia Qatar 2022, Al Rihla telah dipasang dengan sensor IMU atau Intertial Measurement Unit Sensor – di dalam bola – berada di tengah tengah bola.

Sensor ini akan menghantar data 500 kali per saat ke bilik operasi dan mengesan titik bola disepak dengan tepat sekali.

Dengan menggabungkan data daripada sensor IMU dan juga data kamera pengesan, maka FIFA menyatakan bahawa kadar ketepatan dalam menentukan ofsaid menjadi lebih tepat. Di mana ianya akan menghasilkan di mana detik bola ditendang dan terus secara automatik mengeluarkan garisan ofsaid.

Teknologi Ofsaid Semi-automatik digunakan pertama kali dalam aksi UCL melibatkan aksi pertama antara Chelsea dan Dynamo Zagreb pada 2022.

Dan teknologi itu membuatkan ramai kagum kerana kecepatan dan juga kecanggihannya.

Sebelum ini FIFA sudah menerima banyak kritikan kerana pengenalan teknologi ofsaid separa automatik ini. Kerana terlalu banyak teknologi.

Namun FIFA menyatakan bahawa teknologi seperti VAR telah membawa lebih banyak kebaikan berbanding dengan kelemahannya. Ofsaid sentiasa menjadi isu yang sangat sukar untuk VAR. Kerana ianya mengambil masa yang lama untuk menentukannya.

Lantas FIFA mengeluarkan teknologi yang baharu.

“VAR mempunyai kesan yang sangat positif terhadap bola sepak dan bilangan kesilapan pengadil akan berkurangan. Namun, ada perkara yang boleh diperbaiki, dan ofsaid adalah salah satu daripadanya,” kata pengadil legenda Itali yang kini mengetuai Suruhanjaya Pengadil FIFA , Pierluigi Collina, dilaporkan oleh BBC Sport.

“Kami sedar bahawa proses untuk menyemak offsaid boleh mengambil masa lebih lama daripada keputusan lain, terutamanya apabila ia sangat pantas.”

“Kami juga menyedari bahawa kedudukan garisan mungkin tidak 100% tepat. Jadi FIFA sedang membangunkan teknologi yang boleh memberikan jawapan dengan lebih cepat dan tepat,” tambah Collina lagi.

Sejak pengenalan VAR dalam liga utama Eropah, keputusan ofsaid telah menjadi salah satu yang paling kontroversi. Ia adalah beberapa gol yang tidak dibenarkan oleh margin yang sangat tipis.

Gol Roberto Firmino untuk Liverpool menentang Aston Villa pada 2019, misalnya, telah dibatalkan kerana ofsaid kerana dikatakan kedudukan ketiaknya.

Ada juga yang ofsaid kerana jari. Sedangkan anggota badan itu tak boleh digunakan untuk menjaringkan gol.

Teknologi terbaru ini akan berfungsi separa automatik untuk mengesan pergerakan pemain dan kedudukan mereka. Ada 10-12 kamera yang akan digunakan.

Jika ianya melihat ada potensi ofsaid, amaran akan dihantar kepada VAR dan akan disiarkan semula untuk analisis sebelum akhirnya memberitahu pengadil utama.

“Ini dikenali sebagai teknologi Ofsaid Semi-automatik. Bagi ofsaid, keputusan akan diambil selepas menganalisis kedudukan pemain, dan juga penglibatan mereka dalam permainan. Teknologi ini boleh membuat garisan secara terus, tetapi pertimbangan tetap di tangan pengadil. Ini masih penting,” kata Collina lagi.

Pada mulanya, percubaan alat ini dijadualkan pada tahun 2020. Namun, ia terganggu oleh pandemik yang menyaksikan banyak kejohanan ditunda dan ada yang dibatalkan. Jadi tahun ini ianya benar benar akan diuji. Sebelum ini, beberapa ujian awal telah dijalankan di UK, Sepanyol, dan Jerman.

“Ianya beroperasi berdasarkan teknologi pengesanan anggota badan,” kata Pengarah Teknologi dan Inovasi FIFA, Johannes Holzmueller.

“Perisian sedang memproses data ini, dan jika ia meleset, amaran automatik akan dihantar ke bilik kawalan VAR. Itulah sebabnya kami memanggilnya semiautomatik,” tambah Holzmueller.

“Ada dua titik fokus. Fokus pertama adalah pada titik sepakan ketika bola dimainkan, dan yang kedua bahagian badan mana yang paling hampir dengan garisan gol, pertahanan atau penyerang.”

“Kami berharap dengan teknologi ini kami dapat menjadi lebih pantas dan lebih tepat,” kata Holzmueller.

Teknologi Ofsaid Semi-automatik di UCL

Skuad bimbingan Thomas Tuchel dikejutkan oleh pasukan kerdil dari Croatia menerusi gol tunggal Mislav Orsic pada minit ke-13 pada aksi 2022.

Ianya adalah gol daripada situasi breakaway. Dynamo Zagreb bertahan dengan sebaik mungkin untuk mencipta kemenangan bersejarah ke atas juara Eropah dua kali itu.

Chelsea mencipta beberapa peluang gol termasuk gol ofsaid yang dibatalkan oleh Teknologi Ofsaid Semi-automatik.

Di mana Matteo Kovacic menghantar bola sesedap rasa kepada Ben Chilwell yang terus melorongkan kepada Pierre Emerick Aubameyang.

Malangnya keraian gol tersebut dirampas balik oleh VAR dengan bantuan Teknologi Ofsaid Semi-automatik.

Saksikan bagaimana ianya berfungsi di sini:

 

Baca yang lain