Apa Itu Titik Fokal Dalam Bola Sepak

Korang mssti pernah dengarn pengulas luar negara menyebut fokal dalam ulasan bolas sepak mereka.

Namun, korang tahu ke maksud fokal di dalam taktikal. Fokal adalah perkataan inggeris focal yanng bermaksudh pusat/titik utama yang paling penting.

Jadi fokal ni bukan pivot. Sebab pivot ini adalah merujuk kepada posisi DM dalam bola sepak. Pivot merupakan penghubung barisan pertahanan dnegan barisan di atas mereka.

Fokal ini berbeza. Mereka boleh jadi sesiapa sahaja.

Fokal ni boleh jadi pemain no.9, pemain sayap, pemain tengah dan sebagainya. Tetapi keeper tu taklah kan.

Jadi, pemain fokal ini biasanya akan menjadi sasaran utama bola daripada rakan yang mahu menghantar kepada mereka.

Sebab itu fokal ini biasanya disebut titik fokal / focal point.

Ini kerana ia menjadi elemen utama aktiviti sesebuah pasukan di dalam permainan bola sepak.

Misalnya Harry Kane yang menjadi titik fokal pasukannya. Apabila beliau tiada ataas padang ia akan memberikan impak kepada taktikal.

Di mana pasukannya akan terpaksa menukar pendekatan. Jika mereka dapat laksanakan plan B tanpa Kane dengan baik, maka ok la.

Dahulu Liverpool ada Steven Gerrard yang jelas menjadi focal point kepada maereka. Dan Barcelona ada pemain seperti Ronaldinho dan selepas itu Lionel Messi.

Manchester United pernah ada Cristiano Ronaldo dan ada beberapa lagi pemain fokal pada era berbeza.

(L-R) Manchester United’s Carlos Tevez, Wayne Rooney and Cristiano Ronaldo

Dan Alex Ferguson kerap menekankan bahawa, anda perlu memusnahkan titik fokal pasukan lawan ini.

Kerana apabila fokal ini ditekan, ia akan memberikan impak kepada persembahan pasukan mereka secara keseluruhannya.

Itu juga yang dilakukan oleh Mourinho misalnya, ketika beliau menekan fokal pasukan Chelsea iaitu Eden Hazard dengan Ander Herrera.

Dan tak semestinya anda merantai fokal itu. Ada pasukan mereka menekan pemberi utama bola kepada fokal itu.

Misalnya, di Barcelona, ada pasukan menekan Sergio Busquet kerana mustahil untuk man marking vs Lionel Messi.

Malah Vicente Del Bosque menganggap Busquet sebagai system player yang menjadi pelancar kepada pemain fokal.

‘Apabila korang tengok  perlawanan secara keseluruhan, korang tak akan nampak Busquet. Namun apabila korang melihat Busquets sahaja bermain, korang akan nampak pasukan keseluruhan perlawanan.’ – Del Bosque

Jadi, setiap pasukan pasti ada titik fokal mereka. Dan hanya ada 1 fokal di dalam pasukan. Misalnya Liverpool ada Sadio Mane dan Mohamed Salah. Dan fokal pasukan Liverpool lebih kepada Roberto Firmino.

Jika pemain itu tidak bermain ianya akan lebih kepada Mo Salah berbanding dengan Mane.

Semoga korang fahamlah apa itu titik fokal di dalam bola sepak selepas ini.

Dan ia bukan merujuk kepada penyerang target man semata-mata. Memang banyak pasukan menjadikan target man ni titik fokal.Tetapi tak semua.

Misalnya dahulu Chelsea ada Drogba sebagai target man. Namun titik fokal mereka lebih kepada Frank Lampard.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.