Apa Itu Tradisi Guard of Honour

Menjadi kebanggaan bagi seorang pemain bola sepak memenangi piala bagi pasukan yang diwakilinya. Apatah lagi jika berjaya menamatkan kemarau berpuluh tahun untuk menjulang sesuatu kejuaraan.

Semalam Liverpool berjaya mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama mereka apabila pencabar terdekat, Manchester City tumbang 2-1 ditangan Chelsea di Stamford Bridge.

Sudah menjadi tradisi di England, jika sebuah pasukan menjadi juara sebelum perlawanan terakhir liga, mereka akan menerima guard of honour pada perlawanan seterusnya.

Maksud

Guard of honour ialah keadaan di mana sekumpulan pemain dan staff berbaris untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan yang baru dinobatkan sebagai juara liga. Ia dilihat sebagai tanda penghormatan kepada juara EPL.

Upacara ini bermula pada tahun 1955 apabila Manchester United melakukan kepada juara liga, Chelsea.

Wajib ke?

Namun begitu, ia tidak diwajibkan bagi mana-mana kelab untuk memberikan guard of honour jika mereka menghadapi juara liga yang baru dinobatkan tetapi pada perlawanan seterusnya.

Upacara ini haris dipersetujui oleh kedua-dua kelab sebelum perlawanan bermula. Pemain mungkin enggan dan mereka tidak boleh dipaksa melakukannya oleh mana-mana pihak berkuasa bola sepak.

Liverpool Dapat Ke Guard of Honour?

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sebelum ini memberitahu bahawa beliau dan pasukannya tiada masalah untuk melakukan guard of honour sekiranya The Reds berjaya memenangi liga.

Manchester City menerima guard of honour dari Swansea City pada musim 2017/2018

Namun terdapat persoalan adakah dibolehkan dalam masa dunia menghadapi pandemik kobis ini?

Peraturan baru yang diperkenalkan EPL selepas pandemik ini ialah pasukan harus keluar secara berasingan sebelum perlawanan bermula, dengan pasukan pelawat akan keluar terlebih dahulu sebelum diikuti oleh pasukan tuan rumah.

Ini adalah bertujuan untuk menjaga penjarakan sosial sebelum perlawanan. Berdasarkan SOP baru itu, upacara guard of honour seakan mustahil untuk dilakukan.

Alasan keselamatan mungkin menjadi penghalang bagi upacara itu. Mungkin pihak Liverpool boleh mencari alternatif lain untuk majlis penghormatan sambil mengekalkan penjarakan sosial.

Guard of Honour Yang Terkenal

Robin van Persie menerima guard of honour dari bekas rakan sepasukannya di Stadium Emirates

Antara detik yang paling diingati ialah ketika Arsenal bersetuju memberi penghormatan kepada kapten mereka, eh bekas kapten, Robin van Persie dan Manchester United di Stadium Emirates pada musim 2012/2013.

Chelsea menerima guard of honour daripada Liverpool pada 2015 sebelum memberi penghormatan itu kepada Leicester City pada musim seterusnya.

Sir Alex Ferguson menerima guard of honour ketika perlawanan akhirnya sebagai pengurus

Pengurus lagenda Manchester United, Sir Alex Ferguson menerima guard of honour ketika menentang Swansea di Old Trafford pada 2013 bersempena perlawanan terakhirnya bersama United.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan