Apa Mesej Yang Ingin Disampaikan Wan Kuzain?

Sejak beberapa hari lepas kem Malaysia agak panas dengan berita pemain ke-26 yang bakal menyertai pasukan itu.

Berita tersebut tidak terlalu terkejut kerana ramai sudah mengetahui siapakah pemain itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Dato’ Hamidin Mohd Amin dilihat agak gembira. Setiausaha Agong FAM, Stuart Ramalinggam juga gembira.

Para peminat pun gembira.

Hari ini, FAM mengesahkan Dion Cools akan bekerjasama dengan Tan Cheng Hoe dalam misi melengkapkan jadual kelayakan Piala Dunia.

Walaupun seperti misi mustahil, Malaysia masih berada dalam landasan baik untuk mengintai peluang ke pusingan akhir kelayakan.

Disebalik kegembiraan tersebut timbul satu pertanyaan apabila Wan Kuzain membuat hantaran emoji yang meragukan.

 

Banyak respon baik seperti tunjuk tangan best ke 👍, tunjuk api ke 🔥 atau sebagainya.

Apa-apa hantaran dari individu terkenal seperti Wan Kuzain pasti akan mendapat reaksi lebih-lebih lagi hal berkaitan Malaysia.

Umum mengetahui, Wan Kuzain adalah seorang yang mempunyai susur galur dari Malaysia namun dia secara rasminya masih belum menjadi pemain Malaysia.

Hal ini berlaku kerana dia boleh bermain dengan Malaysia atau Amerika Syarikat. Wan Kuzain masih belum milik Malaysia selagi dia belum melakukan debut bersama skuad senior negara.

Terdapat beberapa hal boleh menimbulkan komplikasi jika Wan Kuzain memilih untuk menjadi pemain Malaysia.

Sebagai contoh, status dia di Amerika Syarikat, adakah dia akan dikategorikan sebagai pemain asing disana?

Wan Kuzain dibesarkan di Amerika Syarikat, dia mula bermain bola sepak disana. Tidak banyak sumbangan secara langsung atau tidak langsung diberikan oleh Malaysia.

Hak untuk memilih berada di tangan Wan Kuzain.

Apabila Wan Kuzain memberi respon tentang kesudian Dion Cools menjadi sebahagian dari Malaysia, pemain ini masih mengikuti perkembangan bola sepak negara.

Untuk memberi komen yang lebih dalam Wan Kuzain perlu menjadi sebahagian dari Malaysia iaitu menjadi pemain Malaysia.

Jika tidak ianya akan dilihat sebagai pemain Amerika Syarikat bercakap tentang bola sepak Malaysia.

Dalam kes Dion Cools, mungkin pemain ini melihat peluangnya untuk menembusi skuad utama Belgium agak sukar.

Belgium bukan sebuah negara bola sepak picisan dunia. Mereka mempunyai ramai berbakat besar, bermain di Piala Eropah dan Piala Dunia.

Liganya lebih sebagai medium membangunkan pemain sebelum dijual ke seluruh pelusuk Eropah.

Pemainnya bertebaran di liga-liga besar. Ianya lebih sukar dari Amerika Syarikat.

Pertahanan sisi semasa Belgium dianggota nama besar Timothy Castagne dan Yannick Carrasco.

Dalam sistem wingback Roberto Martinez, Thorgan Hazard dijadikan pemain pertahanan sisi.

Peluang buat Dion Cools agak terbatas. Pemain ini sudah berusia 24 tahun. Umur yang dianggap agak lewat dieropah jika terus bermain di liga kecil.

Hanya Wan Kuzain sahaja mempunyai jawapan emoji tersebut.

Baca yang lain