Apa Rahsia Panjang Umur Sampai 100 Tahun? Atok Ini Jawab Dia Merokok Setiap Hari

Semua manusia mahu hidup lama. Malah dalam sejarah manusia itu sendiri, telah ramai yang mencari penawar ataupun ubat untuk hidup selama lamanya. Namun benda tu memang tak ada.

Kerana manusia pasti akan mati jua pada satu hari nanti.

Menurut life expectancy, purata umur manusia adalah 72.6 tahun. Di China seorang atok meraikan harijadinya ke-100 tahun. Dia adalah centenarian yang telah melalui banyak perkara dalam hidupnya.

Sudah pastinya soalan paling glamor akan ditanya kepadanya adalah, bagaimana tips dia hidup lama?

Agak mengejutkan kerana atok yang bernama Zhang Kemin itu menyatakan dia merokok setiap hari untuk memastikan dirinya kekal cergas dan bersemangat.

Selain daripada merokok dia juga seorang peminum minuman keras. Dan lebih mengejutkan dia tidak menjaga pemakanannya, dan makan apa saja benda dia nak makan.

Sepertinya perkara yang diberitahu oleh atok Zhang itu akan membuatkan manusia pendek umur. Tetapi dia berpendapat sebaliknya.

Zhang yang berasal dari Jinjin di China, sangat yakin bahawa itulah yang membuatkannya panjang umur.

LadBible turut melaporkan bahawa minuman keras dan rokok adalah ‘nafsu terbesar’ dalam hidupnya.

Dia mulai merokok secara tegar pada usia 20 tahun, dan masih merokok sebungkus setiap hari.

Pada usia 90 tahun dia sudah mengurangkan pengambilan alkohol kerana dia tidak mahu terlibat dalam kemalangan di tempat kerja.

“Sekarang saya tidak dapat mengetahui sama ada merokok dan minum itu baik atau buruk,” katanya LadBible.

atu-satunya tanda kematian, baginya, mungkin rambutnya yang kelabu dan pendengarannya yang semakin teruk, serta pergerakannya mulai semakin perlahan.

Kemin kini bekerj menjadi penjaga buku di kedai buku. Oleh sebab dia sangat cintakan pekerjaannya, dan buku, maka dia mengurangkan pengambilan alkohol.

Kisah serupa dari 2018, di mana seorang lagi atok bernama Fredie Blom yang menyambut ulang tahunnya yang ke-114 dua tahun lalu – mengaku merokok setiap hari.

Namun Blom memberitahu Newsweek dia tidak yakin rokok adalah sebabnya untuk panjang umur.

Dengan ini, penulis ingin membuat penafian bahawa, artikel ini hanyalah laporan, dan penulis masih percaya bahawa merokok itu membahayakan kesihatan.

Depetik daripada infosihat.gov:

Bahaya merokok:

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak

Kanak-kanak juga dikategorikan sebagai perokok pasif. Ini kerana kanak-kanak menyedut asap rokok basi yang disebarkan oleh perokok.

Akibatnya, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Kanak-kanak adalah permata hati kita. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi menjamin keselesaaan dan kesihatan kanak-kanak. Di antara langkah yang boleh diambil bagi memastikan kanak-kanak tidak terdedah keapda asap rokok adalah;

  • Jangan merokok di dalam rumah/kereta yang mempunyai kanak-kanak
  • Jangan pegang kanak-kanak tanpa membasuh tangan selepas menghisap rokok
  • Jangan dukung kanak-kanak selepas menghisap rokok. Mendukung kanak-kanak hanya boleh dilakukan selepas mandi dan menukar baju selepas menghisap rokok.
  • Jangan merokok dihadapan kanak-kanak. Perkara ini bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak kepad bahaya asap rokok malah mendedahkan kanak-kanak kepada tingkahlaku yang tidak sihat.
  • Jangan meneruskan tingkahlaku merokok jika kanak-kanak kerap sakit. Tunjukkan rasa tanggungjawab kepada kanak-kanak.
  • Berhenti merokok – Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Kesan merokok terhadap kesuburan lelaki

Tingkahlaku merokok akan mengakibatkan gangguan pada tahap kesuburan lelaki. Di antara gangguan yang mungkin berlaku adalah;

  • Mati pucuk yang mana saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersebut.
  • Kualiti sperma terganggu sehingga mengakibatkan kesukaran untuk mendapatkan zuriat mahupun zuriat yang kurang sempurna
  • Lemah tenaga batin kerana terjadi gangguan pada lemampuan menghasilkan ereksi.
  • Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok

Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan kesan merokok adalah Strok (Angin Ahmar)
Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.

Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan salur darah akan menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah

Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut. Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok.

Oleh itu, anda seharusnya;

Jangan merokok kerana merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).Lakukan aktiviti yang sihat seperti bersukan mahupun melakukan hobi harian. Alihkan keinginan untuk merokok dengan berfikir secara positif.

Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan

Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok juga dikaitkan dengan serangan jantung. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

Sayangkan Jantung Anda

Oleh itu, anda seharusnya;

  • Berhenti merokok kerana merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Jauhkan diri daripada asap rokok basi
  • Lakukan aktiviti fizikal seperti bersukan
  • Sentiasa berfikiran positif

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok

50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok. Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.

60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok. Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.

Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Punca penyakit adalah asap rokok yang mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser.

Asap rokok . Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru

Perkara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan kanser paru-paru

  • Berhenti merokok atau jangan mula merokok.
  • Elakkan diri daripada perokok
  • Elakkan pergi ke tempat-tempat yang boleh mendedahkan anda kepada asap rokok basi
  • Amalkan cara hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal dan berfikiran positif
  • Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok – Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Sumber: Ladbible / Infosihat

Baca yang lain