Apa Sebenarnya Berlaku Kepada Pato: Hampir Hilang Tangan Kepada Prospek Elit Yang ‘Dibunuh’ Kecederaan

Bekas pemain AC Milan, Alexandre Pato akhirnya telah mendedahkan kisah sebenar, apa yang terjadi kepada kepadanya yang membawa kesuraman kepada karier bola sepaknya sehingga gagap mencapai potensi sebenar.

Alexandre Rodrigues da Silva merupakan salah seorang pemain berbakat besar dari Brazil dan diramalkan menjadi pemain bola sepak terbaik dunia dan pemenang masa depan Ballon d’Or.

Namun itu semua tidak menjadi kenyataan walaupun pada awalnya perjalanan karier bola sepaknya sangat lancar untuk menepati ramalan dan mencapai potensi diri ke tahap maksima.

Pato telah mendedahkan apa yang terjadi kepada perjalanan bola sepaknya kepada The Player Tribune dengan mengimbau kembali kisah ketika beliau menjalani percubaan bersama kelab Brazil, Internacional.

Pato menjawab segala persoalan apa terjadi kepadanya, kenapa tidak menang Ballon d’Or? dan kenapa Pato selalu cedera?

Internacional

Seperti kebanyakkan pemain Brazil yang lain, Pato berasal dari keluarga yang kurang berada, lantaran itu bapanya hanya mampu menyewa hotel tempat manusia bermaksiat [atau pusat pelacuran murahan] ketika menghadiri sesi percubaan.

“Jadi hari besar tiba dan kami pergi ke sesi percubaan di Internacional,”

“Peluang seumur hidup. Kami memandu dari Pato Branco ke Porto Alegre, sembilan jam dalam perjalanan. Kami tiba di sana dan ayah saya sedar: dia tidak mampu membayar hotel yang elok.”

“Apa yang dia buat? Dia mendaftar masuk kami di hotel tempat orang bermaksiat. Saya tidak faham!! Saya terlalu muda untuk memahami. Saya rasa bilik itu mempunyai satu katil kecil, itu sahaja.”

Apa yang dilalui Pato dan bapanya hanyalah satu proses kehidupan tatkala hidup yang semakin mendesar demi mencari masa depan yang lebih cerah dan Pato lepas dan diteriman Internacional.

Bakat Pato menjadi sebutan di Liga Brazil apabila beliau menjadi penjaring terbanyak dalam liga bawah-20 tahun bersama Internacional.

Pada tahun berikutnya Pato telah diserap ke pasukan utama Internacional dan kekal tajam.

Malah memecahkan rekod Pele sebagai pemain paling muda yang menjaringkan gol dalam kejohanan anjuran FIFA, ketika menentang Al-Ahly dalam kejohanan FIFA Club World Cup.

Hampir Kehilangan Tangan

Pato terus mengimbau setahun kebelakang sebelum menyertai Internacional apabila mendedahkan bahawa beliau hampir kehilangan tangannya disebabkan kecederaan akibat terjatuh ditempat letak kereta.

Kegilaan kepada bola sepak tidak menghalang Pato untuk terus beraksi walaupun dengan tangan berbalut.

“Saya bermain kejohanan dengan tangan saya di anduh. Selepas pemain keluar, saya dan rakan-rakan bermain permainan bodoh ini di mana sesiapa yang bangun dari sofa akan ditendang — melainkan dia berjaya melarikan diri.”

“Pada awalnya sangat seronok sehingga saya secara tidak sengaja terduduk di atas lengan kiri sendiri dan rasa sakitnya sangat teruk sehingga mencecah kaki saya.

“Doktor melakukan X-ray dan mendapati tumor besar. Dia berkata, ‘Dia mesti menjalani pembedahan sekarang atau kami perlu memotongnya.”

“Saya terkejut. Saya kurang 24 jam lagi untuk kehilangan lengan kiri saya.”

Kerana permainan bodoh itulah Pato telah terduduk atas lengan sendiri dan baru sedar bahawa ada ketumbuhan serius ditangannya lantaran rasa sakit amat.

Bapa Pato tidak mampu untuk menampung kos pembedahan awalnya, dengan situasi mendesak idea kreatif hadir dari bapanya dengan merakam aksi Pato digelanggang futsal.

Bapa Pato telah menunjukkan rakaman video kepada doktor dan menyatakan tidak sanggup melihat anaknya berhenti bermain.

Keajaiban terjadi apabila doktor tersebut terkesima dengan aksi Pato dan menanggung segala kos pembedahan.

“Saya memberitahu anda, ia adalah satu keajaiban.”

“Saya tidak akan lupa nama itu: Paulo Roberto Mussi. Dia memberi saya kehidupan baru.”

Kerana tulang yang diperlukan Pato tidak ada dalam bank tulang maka tulang pinggulnya menjadi pengganti, nasib Pato baik apabila terselamat selepas terkena jangkitan kuman menyebabkan tangannya menjadi hijau.

AC Milan

Kehebatan dan keculasannya membuka mata kelab eropah dan akhirnya AC Milan berjaya mengikat Pato pada Ogos 2007.

Walau bagaimanapun Pato hanya mula melakukan debut bersama AC Milan pada Januari 2008, kerana tertakluk kepada undang-undang EU bagi tenaga kerja di bawah 18 tahun.

Pada 2009, Pato menjadi pemain Brazil pertama mendapat anugerah Pemain Muda Terbaik Serie A.

“Saya tidak dapat dihalang apabila saya hidup pada masa sekarang. Tetapi kepala saya tersangkut pada masa hadapan.”

Pato juga mendedahkan kenapa beliau memilih AC Milan berbanding Ajax, Real Madrid dengan satu soalan menggamit kenangan.

“Pernah tak awak main Playstation guna pasukan AC Milan?”

“Mereka adalah pasukan yang tak masuk akal pernah wujud!! Kaká, Seedorf, Pirlo, Maldini, Nesta, Gattuso, Shevchenko! Wahai Fenômeno, Ronaldo SEBENAR. Saya bermain dengan sekumpulan lelaki itu.”

“Barisan lelaki apakah ini? Mereka baru sahaja memenangi Liga Juara-Juara. Milan adalah pasukan hebat ketika itu. Saya seperti, Bilakah penerbangan seterusnya?”

Pato menceritakan keterujaan beliau apabila Carlo Ancelotti memperkenalkannya sebagai penyerang baru dan beliau berpeluang berjabat tangan dengan Ronaldo, Kaká, Seedorf dan semua.

Hari pertama Pato di Milan telah menukar fantasi permainan video Pato kepada realiti.

Kecederaan Menghantui

Ketika namanya semakin meningkat bersama AC Milan, kecederaan mula membelenggu Pato, dan dia banyak menghabiskan masa di meja rawatan berbanding di padang.

Malah pada musim 2010-2011, Pato hanya mampu bermain sebanyak 20 permainan sekali lagi kerana kecederaan dan hasil daripada kecederaan ini Pato kehilangan keyakinan dengan badannya.

“Saya akan pergi ke sesi latihan dengan difikiran, saya tidak boleh cedera. Jika saya cedera, saya tidak akan memberitahu sesiapa,” katanya.

“Saya akan pulih daripada masalah otot, kemudian saya pulas buku lali saya dan bermain. Ia bengkak seperti bola, tetapi saya tidak mahu mengecewakan pasukan.

“Saya mahu menggembirakan semua orang. Itu adalah salah satu kelemahan saya.”

Kecederaan teruk membuatkan Pato mula bergelut di Milan serta merasa keseorangan dan mula mengenali rakan sebenar. Ramai orang disekelilingnya mula beranggapan Pato akan gagal.

Pada ketika itu Pato masih mentah diusia 18 tahun dan tidak tahu bagaimana industri bola sepak berjalan, ketika media melaporkan berita palsu mengenainya Pato tidak mempunyai wakil untuk menjawab dan ejen bola sepak ketika itu tidak seperti sekarang.

“Adakah saya banyak berpesta? Tidak sebanyak yang mereka mahu anda percaya. Adakah saya kekurangan keinginan? Mereka berkata demikian kerana cara saya berlari.”

“Siapa yang benar-benar tahu? Tuhan menjadikan saya seperti ini. Saya tidak boleh mengubahnya.”

“Saya tidak pernah memahami kepentingan berkomunikasi dengan baik dan membina hubungan. Saya diberitahu bahawa hanya keputusan di padang yang paling penting. Ini tidak benar.”

Kecederaan yang dialami membuatkan Pato mula memahami bagaimana industri bola sepak itu berfungsi dan betapa pentingnya komunikasi.

Mencari punca Kecederaan

Alexandre Pato telah juga telah menceritakan bagaimana beliau telah berusaha mengembara ke seluruh pelusuk dunia mencari doktor yang dirasakan berbaloi bagi mencari punca kecederaan sebenar.

“Seorang Doktor di Atlanta membuat saya tergantung terbalik semasa dia memutarkan saya. Diagnosis? Refleks saya tidak sejajar dengan otot saya.

“Seorang doktor di Jerman menyuntik cecair ke seluruh punggung saya — keesokan harinya saya berjalan membongkok di lapangan terbang Munich kerana kesakitan.

“Seorang doktor memasukkan 20 jarum setiap pagi dan setiap petang.”

Pato terus kebingungan selepas berjumpa dengan ramai doktor kerana mereka telah memberitahu punca yang berbeza.

Pada Januari 2013, Pato dijual kepada kelab Brazil, Corinthians dan perkara sama berlaku di mana dia sekali lagi bergelut dengan prestasi dan kecederaan.

Pato mahukan perpindahan ini kerana mahu beraksi di Piala Dunia 2014 dan juga kerana mahu berkerja bersama Bruno Mazziotti yang merupakan fisioterapi Ronaldo original.

Di Corinthians, Pato menjumpai punca kecederaan dan mulai sembuh.

“Sebaik sahaja saya tiba di sana mereka mengeluarkan otot dari lengan saya untuk melakukan biopsi. Saya terbaring di atas katil sambil menggigil kesakitan.”

“Selepas 20 hari mereka mendapati bahawa beberapa otot saya telah memendek akibat kecederaan. Saya mempunyai lebih banyak otot di bahagian depan kaki saya daripada di belakang. Seluruh badan saya tidak seimbang.”

“Bruno membuatkan saya cergas semula. Sejak 2013 saya hanya mengalami tiga kecederaan otot, saya fikir.”

Musim 2014 menyaksikan Pato berpindah pasukan lagi apabila Sao Paolo meminjamnya dari Corinthians. Pada musim panas 2015, Pato dikaitkan dengan Tottenham Hotspur untuk digandingkan dengan Harry Kane.

Di sebalik rekodnya yang cepat cedera, berpindah ke Liga Perdana Inggeris mungkin bukanlah satu langkah yang bijak tetapi Pato akhirnya ke Chelsea sebagai pemain pinjaman.

Kemudian Pato menabur bakti bersama Villareal di La Liga sebelum ke China untuk bersama kelab Tianjin Quanjian pada tahun 2017 dan Pato dilihat kembali menikmati bola sepak.

Pato kembali ke Sao Paulo pada 2019 dan kini beraksi di liga bola sepak Amerika Syarikat, Major League Soccer bersama Orlando City.

Berdamai Dengan Diri Sendiri

Di mata peminat bola sepak, Pato dilabel sebagai pemain yang bakal menggegar dunia dan pemenang bakal Ballon d’Or masa hadapan namun gagal sampai ke tahap itu.

Namun bagi Pato yang kini berusia 32 tahun beliau hanya gagal mencapai potensi dan tidak menjadi pemain terbaik dunia tetapi dari segi kehidupan beliau menganggap dirinya sudah berjaya dan menang.

“Mungkin saya tidak menjadi pemain terbaik di dunia. Tetapi, abang adik kakak sekalian, izinkan saya memberitahu awak sesuatu. Saya mempunyai hubungan yang luar biasa dengan keluarga saya.”

“Saya berdamai dengan diri saya sendiri. Saya mempunyai isteri yang saya sayangi. Caranya Saya melihatnya, saya mempunyai banyak Ballon d’Ors.”

“Jika hidup adalah permainan, saya telah menang.”

Walaupun tidak menjadi pemain bola sepak terbaik dunia, karier bola sepaknya telah berjaya merubah nasib keluarganya untuk menjadi golongan T20 Brazil dan merasai kemewahan.

Pato kini mampu untuk menginap dihotel mewah bersama keluarga dan tidak lagi perlu menyewa hotel tempat orang mencari pelacur murahan.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang