Bayern Munich menang dengan cemerlang ke atas Schalke dalam aksi DFB Pokal – peringkat suk akhir – pada awal pagi tadi waktu Malaysia.
Namun ada satu detik yang agak kelakar berlaku melibatkan Thomas Muller.
Muller pada awalnya, mahu mengambil sepakan penjuru itu. Dan beliau mengubah fikirannya untuk memberikannya kepada Joshua Kimmich.
Melihat Kimmich yang masih jauh, Muller sekali lagi u turn menukar keputusannya seperti seorang menteri.
Muller mengambil sepakan penjuru itu dan apa yang berlaku seterusnya, bola itu dihantar terus ke luar padang.
Muller sendiri tidak percaya dengan apa yang beliau sudah lakukan dan hanya mampu menyembah bumi tanda kecewa.
Puts the ball down for a corner.
Decides to leave it to Kimmich.
Changes his mind.
Kicks the ball out of play.@esmuellert_ 🤣🤣🤣#S04FCB pic.twitter.com/XJyU5PmxOX
— Goal (@goal) March 3, 2020
Muller sendiri tidak tahu apa yang sedang merasuknya pada ketika itu.
Thomas Müller – a man of many talents. Just not corner kicks 😅🙈#S04FCB pic.twitter.com/nqPn5t7z09
— The DFB-Pokal (@DFBPokal_EN) March 3, 2020
Thomas Muller merupakan pemain senior di dalam pasukan Bayern Munich. Beliau digelar raumdeuter. Satu gelaran diberikan Louis Van Gaal kepadanya kerana kecerdasannya dalam mentafsir ruang di atas padang.
Muller dan Bayern Munich musim ini dalam misi memperthankan kejuaraan Bundesliga. Dan pada masa yang sama masih meneruskan kemaraan dalam kempen Liga Juara Juara Eropah.