Pada awal musim 2019 Selangor banyak menggunakan formasi 4-4-2 yang dikemudikan oleh Halim Saari dan Endrik dos Santos di bahagian tengah. Rufino Segovia dan Antonio German menjadi penyerang berkembar.
German dikeluarkan dan digantikan dengan Sandro da Silva, yang bermain lebih kebawah berbanding German. Sandro menyertai Halim dan Endrik menjadi connection antara pertahanan dan penyerang.
Endrik mengalami kecederaan sekitar April hingga Mei, tempatnya diganti oleh K.Sakurnan. Sakurnan bermain sebanyak 10 perlawanan berturut-turut sehingga digantung selepas mengutip kad merah ketika tewas kepada JDT 2-3 di Larkin.
Sakurnan terus menjadi pilihan B.Sathianathan dalam kempen Piala Malaysia apabila pemain berusia 23 tahun ini tampil 7 kali dari 8 perlawanan sepanjang kempen. Pada ketika itu Halim digilirkan dengan Endrik, adakalanya mereka bertiga diturunkan serentak.
Begitulah gambaran ringkas tentang pemain tengah Selangor pada musim 2019. Bagaimana rupa bentuk unit tengah Selangor pada musim hadapan?
Brendan Gan 2019 lebih cergas berbanding 2018. 2020?
Brendan Gan dibawa masuk. Kemasukan Brendan menjadi penambahbaikan besar untuk The Red Giant memperkasakan jentera tengah pasukannya. Kemampuan Brendan tidak boleh dipertikaikan, agak menonjol dalam perlawanan besar. Lebih besar perlawanan tersebut, Brendan akan menjadi semakin bagus.
Kelemahan yang ada pada bekas pemain Perak ini adalah, dia bukan pemain yang boleh bermain lebih 75% perlawanan semusim. 2 kali mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) membataskan kemampuannya untuk tampil dalam lebih banyak perlawanan.
Musim pertama Brendan di Perak, beliau baru semusim kembali dari kecederaan ACL yang ke-2 dalam kariernya. Pemain tengah kelahiran Australia ini hanya tampil 5 kali dari 15 perlawanan pertama Perak termasuk di pertandingan Piala FA. Seterusnya 7 kali dalam 11 perlawanan terakhir Liga Super.
Brendan bangkit ketika Perak menjuarai Piala Malaysia, menewaskan Terengganu melalui sepakan penalti selepas terikat 3-3. Pemain berusia 30 tahun itu tampil 10 dari 11 perlawanan yang membawa kepada kejuaraan tersebut.
Pada musim 2019, Brendan terlepas 7 perlawanan sekitar awal Februari dan awal April. Walau bagaimanapun Brendan hanya terlepas 1 perlawanan pada bulan-bulan lain. Kecergasan pemain ini berada di tahap yang lebih baik. Tampil 31 kali berbanding 23 kali pada musim sebelumnya.
Adakah Brendan akan mengalami situasi bebas dari cedera dan terlepas 7 perlawanan seperti sebelumnya di Selangor?
Safuwan pemain yang susah untuk cedera tetapi banyak mengutip kad
2 kali final, 1 kali naib juara liga, 2 kali di top 4, dan 1 kali di best 8. Pemain ini sudah biasa dengan pengalaman mencabar kejuaraan. Apabila Selangor memutuskan membawa pemain kebangsaan Singapura ini, ia akan menjadi good signing kepada pasukan. Pengalamanya dianggap salah satu perkara yang terbaik selepas 2 musim bersama pasukan yang sering mencabar kejuaraan.
Safuwan hanya terlepas 4 dari 22 perlawanan liga, 1 dari 7 perlawanan Piala FA dan 1 dari 8 Piala Malaysia pada musim 2018. Pada musim 2019 Safuwan terlapas 5 perlawanan Liga, 1 dari 6 perlawanan Piala FA dan 2 dari 10 perlawanan Piala Malaysia. Pemain ini agak sukar untuk cedera, tetapi terlepas 5 perlawanan kerana pengantungan.
Safuwan juga pemain kesebelasan utama skuad kebangsaan Singapura yang bermain dalam kesemua perlawanan kelayakan Piala Dunia.
22 kad kuning 2 kad merah menjadikan Safuwan pemain yang mudah mendapat kad dan digantung perlawanan.
Dari sisi lain, pemain tengah bertahan ini mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol, dia merekod 6 jaringan sepanjang 2 musim bersama Pahang.
Bagaimana Sathianathan boleh meraih maksima dari 2 pemain ini?
Sebelum kedatangan Safuwan, kami menjangkakan shape utama Selangor adalah single pivot dengan 2 target man.
Brendan akan berfungsi lebih ke bawah dan Sandro lebih ke atas menyokong 2 penyerang Rufino Segovia dan Ifedayo Olusegun. Sementara itu 4 nama besar di posisi sisi seperti Syazwan Zainon, Norhakim Hassan, Kyril Muhaimeen dan Wan Zack Haikal akan merebut 2 posisi sayap.
4-1-3-2 la senang cerita
Apabila nama Safuwan sudah berada dalam senarai pasukan, ia akan menjadi tanda tanya apa pelan utama Sathianathan berkaitan formasi pasukan. Ia akan terjawab apabila Liga Super akan membuka tirai pada lewat Februari 2020.
“Safuwan lebih kebawah, akan lebih bagus. Brendan lebih keatas, akan lebih bagus.” Ini ungkapan ringkas pandangan taktikal tentang 2 pemain ini.
Melihat kepada kemampuan Brendan dan Safuwan berbanding Halim, Sakurnan dan Endrik, kelihatan Selangor berada dalam proses penambahan sangat baik berbading musim sebelumnya. Bagaimana susunan pemain Selangor 2020? Kami tidak pasti kerana Selangor sudah mempunyai pemain yang mempunyai status regular player yang ramai.
Senarai pemain Selangor sehingga 14 Disember 2019
- GK, Farizal Harun
- GK, Khairul Azhan Khalid
- GK, Haziq Ridwan,
- GK, Taufiq Ar-Rashid (Baharu)
- DR, Syahmi Safari
- DR, A.Namathevan
- DL, K.Prabakaran
- DL, Syukri Azman
- DC, Taylor Reagan
- DC, Rodney Celvin Akwinsivie (Baharu)
- DC, Nicholas Ryan Swirad (Baharu)
- DC, Ashmawi Yakin
- DC, Tamil Maran
- MC, Brendan Gan (Baharu)
- MC, Safuwan Baharuddin (Baharu)
- MC, Halim Saari
- MC, K.Sakurnan
- MR, Wan Zack Haikal Noor
- MR, Kyril Muhaimeen
- ML, Syazwan Zainon
- ML, Norhakim Hasan (Baharu)
- ML, Sean Selvaraj
- AM, Sandro da Silva
- SC, Rufino Segovia
- SC, Ifedayo Olusegun
11 pemain 2019 yang tidak dikekalkan
- DR, Azrin Zulkafli
- DL, Fandhi Othman
- DL, Nuridzuan Abu Hassan
- DC, Michal Nguyen
- DC, Latif Suhaimi
- MC, Norhakim Isa
- MR, Faiz Nasir
- MR, D.Kugan (tiada status)
- ML, Amri Yahya
- SC, Antonio German (dilepaskan awal musim)