Apa Yang Ronaldo Buat Ini Telah Membuatkan Vinicius Meraikan Gol Gaya Beliau

Hari yang sangat indah buat Real Madrid pada hari ini. Mana tidaknya, mereka menang el clasico, kemudian memintas pula Barcelona pada carta La Liga.

Real Madrid menang 2-0 ke atas Barcelona. Dua gol Real Madrid adalah hasil sumbangan Vincius Jr dan juga Mariano – kedua duanya pada separuh masa kedua.

Vinicius Jr kini menjadi pemain remaja pertama yang menjaringkan gol dalam el clasico selepas Lionel Messi yang terakhir sebelum ini.

Selain daripada gol penting untuk pasukannya, Vinicus Jr turut meraikan gol tersebut dengan gaya Cristiano Ronaldo di hadapan legenda itu sendiri.

Vinicius Jr berlari ke seksyen penjuru padang dan melayangkan badannya di udara dengan gaya legenda dari Portugal itu.

Ronaldo hanya tersenyum melihat keraian itu, pastinya beliau terkenangkan detik meraikan gol dengan gaya tersebut di Bernabeu terutama sekali ketika el clasico.

https://twitter.com/i/status/1234310720864436225

Cristiano Ronaldo, hadir dalam aksi tersebut sebagai penonton. Beliau menyaksikan perlawanan dari tempat duduk VIP.

Ternyata kehadiran beliau ke Madrid kali ini tidak sia-sia kerana, menyaksikan Real Madrid akhirnya menang ke atas Barcelona dalam el clasico.

Ini pertama kali Real Madrid menang el clasico selepas pemergian Ronaldo.

Kisah kenapa Vinicius meraikan gaya Ronaldo

Namun di sebalik keraian itu, Vinicius Jr menyatakan beliau meraikan gaya itu sebagai penghargaan kepada legenda itu.

Pada separuh masa, Cristiano Ronaldo telah pergi ke bilik persalinan Real Madrid dan memberikan kata kata semangat kepada para pemain Real Madrid.

Itu telah menaikkan moral para pemain, menurut pemain remaja Brazil itu.

“Cristiano datang ke bilik persalinan kami ketika separuh masa untuk menyokong pasukan dan memberikan kami sokongan moral. Sebab itulah saya meraikan gol itu seperti gaya beliau.”

“Beliau [Cristiano Ronaldo] adalah pemenang di dalam padang dan di luar padang.”

Itulah kisah bagaimana Ronaldo memberikan auranya kepada para pemain Madrid. Dan pada separuh masa pertama Real Madrid memang agak bergelut.

Malah Gerard Pique dengan lantang menganggap pasukan separuh masa pertama Real Madrid sebagai yang paling teruk beliau pernah lawan di Bernabeu.

Komen itu sudah dibalas oleh Ramos. Kita serahkan hal hal mereka ni kat mereka je la.

Pique Perlekehkan Real Madrid, Ramos Tembak Balik

Cinta Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid masih kuat. Beliau pernah meninggalkan Man United satu ketika dahulu kerana menyatakan ia adalah impian beliau sejak kecil untuk bermain dengan Real Madrid.

Punyalah berat hati Sir Alex Ferguson nak melepaskan anak emas Man United itu pada ketika itu.

Di Bernabeu, Ronaldo telah membantu Real Madrid memenangi segalanya. Dan beliau menamatkan karier di Bernabeu dengan membantuk kelab itu menjulang 4 UCL ketika di sana.

Ronaldo juga meninggalkan Bernabeu sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Real Madrid. Memenangi pelbagai anugerah termasuk beberapa siri Ballon d’Or.

Cristiano Ronaldo kini bermain untuk Juventus. Dan beliau masih lagi bermain di peringkat tertinggi pada tahap tertinggi di dalam kariernya.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari