Eric Bailly beraksi sangat cemerlang ketika aksi Chelsea vs Man United di Stamford Bridge semalam.
Beliau baru sahaja kembali dari kecederaan. Bailly merupakan pemain bek tengah yang bagus tetapi kerapkali diganggu kecederaan.
Namun ada satu aksi yang menarik dan penuh debar dilakukan Bailly semalam.
Di mana beliau melakukan fake body feint until mengacah dan menggelecek Michy Batshuayi.
Gaya gelecekan itu popular dengan pemain seperti Lionel Messi dan Maradona serta tak ketinggalan penulis artikel ini juga.
Ramai juga penyokong United mengalami simptom risau melihat gaya lenggokan itu. Silap hari bukan boleh terlepas bola dan menghadiahkan gol kepada lawan.
Bailly menggunakan feint movement itu untuk mengeluarkan bola dan bukannya terus melakukan clearance.
Saksikan di sini:
Fake body feint ni juga digelar shoulder feint. Di mana penggelecek yang mengaktifkan kuasa ini akan menggelecek dengan acahan badan.
https://twitter.com/sia_ndlela/status/1229510663317442561?s=19
Ole Gunnar Solskjaer memuji aksi dan prestasi Bailly di dalam perlawanan ini.
Ole Gunnar Solskjaer berkata:
“Eric [Bailly] adalah pemain yang hebat. Ini aksi pertamanya bersama kami [Manchester United] sejak aksi berhadapan Chelsea pada bulan April.”
“Eric pertahan hebat, dia laju, dia berani bak singa.”
Bailly bukan sahaja keras dan melawan ketika di ground sahaja, malah di udara pun sama.
Eric Bailly won 4/4 defensive aerial duels vs. Chelsea, no player on the pitch won more.
An imperious return. 👌👌👌 pic.twitter.com/IvWJP0XrXp
— Statman Dave (@StatmanDave) February 17, 2020
Bailly melakukan stats Berikut ketika berdepan The Blues:
42 touches
29/34 passes completed (85%)
— 21/25 forward passes (84%)
6 recoveries
5/5 aerial duels won (100%)
3/4 long passes completed (75%)
3 blocked shots
2 clearances
Dan Aku cakap dalam artikel Bruno tadi, Aku personally pilih dia sebagai Man Of The Match.
Korang Lihat tackle last man dilakukan dia ni. Kalau dia tak buat mungkin gol ni setan.
Kalau silap bentes boleh kad merah tu. Namun Bailly sangat yakin dan melakukan bentesan kemas, sekemas rambut Tomok ketika remaja yang dibelah dua.
Incredible Last ditch tackle from Eric Bailly. @ericbailly24
My CB 💪🏿🔴 pic.twitter.com/xTGJmAtAAR
— United Zone (@ManUnitedZone_) February 18, 2020
Manchester United menang 2-0 dalam aksi di Stamford Bridge berhadapan dengan Chelsea.
Dua gol United adalah menerusi tandukan. Gol pertama sumbangan ikhlas daripada Anthony Martial selepas menerima hantaran Aaron Wan Bissaka.
Sementara gol kedua adalah menerusi kapten pasukan Harry Maguire yang menerima hantaran dari sepakan penjuru oleh Bruno Fernandes.
Kemenangan ini membolehkan United semakin dekat dengan top 4. Tapi tu lah, sebelum ni dekat juga tapi dia buat hal lepas tu. Geram kan?
United hanya dibezakan 3 mata dengan Chelsea di tangga keempat.
Slot layak ke UCL musim depan boleh jadi sampai top 5 sebab Man City yang digantung oleh UEFA. Tetapi mereka masih lagi dalam proses untuk membuat rayuan.
Chelsea pula sudah mengalami kekalahan ke-9 dalam Liga Perdana Inggeris musim ini. buat pertama kalinya sejak 1994/95 The blues tewas 7 kali di tempat sendiri dalam semua kompetisi.