Apple Dipaksa-rela Guna USB-C Bermula 2023

Apple kini tiada banyak pilihan lain. Dan kini, ianya bukan soal suka atau tidak, tetapi soal bila nak mulakan untuk membuang port lightning kepada USB C.

Hal ini kerana Parlimen Eropah telah bersetuju sementara pada cadangan yang memerlukan syarikat teknologi memasukkan port pengecasan USB-C pada semua “peranti elektronik mudah alih bersaiz kecil dan sederhana.”

Senarai peranti yang mesti mematuhi undang-undang tersebut termasuk:

  • Tablet
  • Fon telinga
  • telefon
  • kamera digital
  • set kepala
  • Pengawal permainan video dan konsol pegang tangan
  • fon telinga
  • E-pembaca
  • Pembesar suara mudah alih

Siaran media oleh EU menyatakan bahawa akan ada rehat musim panas sebelum satu lagi undian rasmi dibuat untuk memasukkan keperluan baharu itu ke dalam undang-undang berkaitan perkara itu.

Oleh itu,  buat masa ini, ianya masih belum diwartakan secara rasmi sepenuhnya.

Namun proses itu adalah pasti. Apabila ianya sudah diwartakan kelal pembuat telefon pintar perlu mematuhi dalam tempoh 24 bulan selepas pengesahan tersebut.

Dengan pembuat komputer riba sebaliknya mendapat tempoh pematuhan 40 bulan. Dalam erti kata lain, iPhone mungkin akan mempunyai port USB-C pada mereka menjelang akhir tahun 2024.

Jelas sekali, keperluan telefon menggunakan USB-C berpotensi menimbulkan sakit kepala untuk Apple, yang telah menggunakan standard Lightning sebagai proprietarinya selama bertahun-tahun.

Tetapi kesatuan EU menegaskan bahawa syarikat besar seharusnya menyedari sepenuhnya perubahan arus dalam dunia teknologi.

Oleh itu, Apple dilaporkan sudah menguji iPhone USB-C yang boleh memasuki pasaran seawal 2023.

Penganalisis Ming-Chi Kuo juga berkata produk Lightning lain seperti pengecas AirPods dan MagSafe juga akan beralih kepada USB-C selepas ini.

Perubahan ini akan menjadi hampir keseluruhan positif kepada pengguna. USB-C mampu mengecas jauh lebih pantas daripada Lightning, dan memaksa setiap peranti kecil dan sederhana menggunakannya bermakna anda tidak perlu menjejaki beberapa pengecas di rumah anda.

Namun mungkin juga Apple akan berkeras untuk mempertahankan Lightning mereka dengan hanya memperkenalkan produk iPhone berbeza hanya untuk Eropah sahaja, contohnya. Boleh jadi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di