Apple Keluarkan iPhone Dengan Saiz Paling Besar, Serta Paparan OLED Tahun Depan

iPhone sudah lama meninggalkan isu saiz kecil di dalam penghasilan telefon pintarnya. Malah kini mereka dilaporkan sedang dalam proses menghasilkan iPhone baharu dengan saiz paling besar dalam sejarah mereka.

iPhone bersaiz besar itu akan dikeluarkan pada tahun 2020. Dan Apple sudah bersedia untuk melancarkan iPhone paling besar pernah mereka hasilkan.

Setakat ini, berikut adalah saiz iPhone paling besar:

iPhone 11: 6.1 inci

iPhone 11 Pro: 5.8 inci

iPhone 11 Pro Max: 6.5 inci

ETNEws juga melaporkan, saiz paling kecil untuk iPhone 12 adalah 5.4 inci. Untuk saiz medium akan kekal 6.1 inci.

Namun untuk versi yang besar, ianya akan hadir dengan saiz skrin 6.7 inci. Jika ini benar-benar berlaku, bermakna ianya hanya seinci sahaja lebih kecil daripada iPad Mini.

iPhones sudah memfokuskan isu saiz skrin ini bagi menyaingi banyak telefon Android yang lain. Di mana ramai pengguna memilih skrin yang besar pada hari ini.

Laporan yang sama juga menyatakan 3 telefon iPhone selepas ini akan hadir dengan skrin OLED dan hanya 1 sahaja daripadanya akan dilengkapi dengan cip pemprosesan yang boleh menerima rangkaian 5G.

https://twitter.com/DigiSlice/status/1199745064844582912

Apple dikatakan yakin langkah itu akan meningkatkan lagi jualan mereka pada tahun akan datang.

Sumber: Mashable

Baca yang lain

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa

Buffon Mahu Saiz Tiang Gol Ditambah

Bekas pemain Juventus dan Itali yang berstatus legenda dunia, Gianluigi Buffon pernah menyatakan pandangannya agar saiz tiang gol yang ada ditambah lagi.